| Home | My Old Blog | About Bob | Guestbook | Contact |



Feb 22, 2005

Nasi kandar Pulau Pinang


Pada satu hari diminggu yang lalu, bob telah berpeluang pergi ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) KL pada sebelah tengahari. Sebenarnya bob kesitu kerena hendak menyelesaikan urusan bank bob. Tetapi pada waktu berjalan hendak pulang kembali kepejabat. ketika melalui sebuah kedai makan berhadapan disebelah seberang kompleks belibelah Sogo, bob telah memutuskan untuk makan tengahari dengan menu nasi kandar Pulau Pinang. Dihadapan kedai nasi kandar ini terpampang namanya " Sithique".

Kelihatan mamak yang menjual nasi kandar ini sedang sibuk menyusun lauk pauknya. Lauk pauk ini dipamirkan didalam rak kaca yang terdapat dibahagian hadapan kedai itu. Bob terus sahaja meminta sepinggan nasi kandar bersama lauk dan kuahnya. Bob memilih bahagian dada ayam masak hitam sebagai pilihan utama walaupun terdapat lauk lain seperti udang goreng, ikan goreng, sotong ketam dan lain yang kelihatan sungguh mengancam. Kemudian kuah dan sayurnya yang lain bob serahkan kepda simamak itu sendiri memilihnya kedalam pinggan tadi. Sebelum bob menerima pinggan yang bertimbun itu bob meminta beliau untuk memasukan juga sebiji cili hijau. Sesampai sahaja kemeja bob terus meminta pula segelas teh o ais.

Setelah membasuh tangan dipili yang disediakan dan membaca bimillah secara otomatik tangan bob pun terus memulakan suapan. Setelah suapan kedua, bob terasa ada sesuatu yang tertinggal. Bob terus bangun dan menatang pinggan bob semula kehadapan meminta sambal. Mamak itu menghalakan bob kepada satu meja berhampiran yang terdapat sebesen potongan timun, papedum dan dua mangkuk besar sambal. Satu mangkuk berisi sambal belacan dan satu lagi berisi sambal kelapa yang bob cari-cari. Bob menceduk dua sudu sambal kelapa dan terus menyambung semula suapan bob.

Memang sedap nasi kandar dimakan bersama sambal kelapa yang dibuat khas untuknya. Ianya agak cair, sedikit masam dan sedkit rasa pudina. Apabila sahaja selesai makan dan sebelum minum teh o ais tadi bob pun cuba menjilat jari. Kemudian barulah bob pergi membasuh tangan. Tetapi tidak dibasuh dengan sabun supaya baunya boleh dicium lagi disepanjang perjalanan pulan kepejabat.

Begitulah enaknya apabila kita dapat makan makanan yang lama kita rasai. Sesekali kita bertukar selera, teramatlah sedap rasanya. Sekali cuba rasa masakan Melayu, sekali mamak, sesekali ala Cina atau Siam dan lain-lain. Negara kita ini sememangnya kaya dengan bebagai citrasa masakan. Tidak hairanlah kadar obesiti dikalangan penduduk negara ini semakin menggerunkan.

Bob juga terus teringat pada kedai makan nasi kandar ini yang dahulunya bob dan kawan-kawan bob sering mengunjunginya. Kedai ini juga terletak di Jalan TAR berhampiran kawasan yang dulunya Pawagam P Ramlee. Memang ramai kawan-kawan bob sekarang tidak pernah tahu mengenai pawagam ini. Tetapi untuk pengetahuan, seniman agung itu bersama rakan-rakannya dulu pernah mendirikan panggungnya sendiri disitu. Nama kedai nasi kandar yang terletak dibahagian hadapan pintu masuknya dari jalan TAR ialah Kudu b Abdul. Kedai ini pada satu masa dulu dalam tahun-tahun 60an dan 70an pernah menjadi tumpuan tempat berehat, berbincang dan makan gulungan karyawan filem, pelakun dan penggiat seni kita.

Jadi apa lagi kawan-kawan. Jika ada peluang marilah kita mencuba makan nasi kandar yang popular ini dengan tidak payah pergi ke Pulau Pinang. Ianya sangat sesuai untuk menu makan tengahari. Tambah enak jika gerai itu terletak dibwah pokok besar seperti yang terdapat dibandar Teluk Intan pada masa dulu dalam awal tahun 60an. Kedai terbuka ini adalah berhampiran dengan setesen basnya. Bob masih terasa lagi ikan tenggiri goreng dan air sarbatnya.

Pernah juga, tidak berapa lama dulu bob ke Pulau Pinang, tetapi susah pula untuk berjumpa dengan kedai nasi kandarnya. Kalau ada kedai makan pun mereka hanya menjual nasi campur sahaja. Cuma bob hanya bertemu dengan kedai yang benar-benar menjual menu ini disebuah kedai ditengah-tengah simpang tiga berhampiran dengan komplek Komtar. Tetapi bob lupa pula namanya.


Posted at 11:26 am by bobzuwan
Make a comment


Feb 21, 2005

Memburu Kaki Pelangi

Ada orang yang berpendapat apabila mereka telah menjadi manusia yang tidak jahat, tidak zalim dan tidak mengamalkan kepalsuan, mereka ini akan diterima disisi Allah SWT nanti. Maksudnya, apabila kita ini seorang yang baik dan jujur sahaja kita sudah masuk keSyurga.

Diriwayatkan ketika Rasulullah saw hendak wafat, baginda berulangkali menyebut-nyebut tentang umatnya. Baginda begitu bimbang tentang umat dan nasib umatnya. Umatnya yang lebih ramai dari umat nabi-nabi  Allah SWT yang lain sehingga keakhir zaman tetapi tidak mengamalkan risalah yang dibawa oleh baginda. Ini diigambar seakan buih-buih yang terapung-apung dilautan.

Dalam definasi yang mudah, kita sebagai seorang yang menjadi penganut ajaran Rasulullah saw adalah seorang muslim. Orang yang tidak menerima risalah berkenaan adalah bukan muslim. Timbul pula soalan, siapakah yang gulungan yang menerima atau menganut ajaran Rasulullah saw ini? Jawapannya mudah sahaja. Orang yang beriman kepada Rukun Iman dan hidup dalam kehidupan mengamalkan Rukun Islam. Roh anutannya adalah berlandaskan kepada kemantapan keyakinan, pegangan atau kepercayaan yang kuat kepada perkara-perkara yang telah digariskan dalam Rukun Iman itu. Inilah yang dikatakan iman.  Manakala perilaku seseorang muslim itu pula ialah melakukan perkara-perkara yang digariskan dalam Rukun Islam.

Menolak kerasulan nabi Muhamad saw dan nabi-nabi Allah yang lain adalah perkara yang meruntuhkan iman seseorang itu yang mengaku sebagai seorang muslim. Ia adalah salah satu daripada  enam perkara dalam Rukun Iman dan ia juga berkait rapat dengan rukun-rukun iman yang lain. Apabila runtuh sahaja iman seseorang itu, bermakna ia tidaklah lagi ia menjadi seorang muslim.

Apa pula yang dimaksudkan beriman kepada kerasulan seseorang nabi itu? Sebagai contohnya, jika kita hanya berkeyakinan bahawa yang Nabi Muhamad saw itu hanyalah merupakan seorang pemimpin atau ketua kabilah yang boleh memimpin bangsanya yang juga terdapat orang yang tidak beriman kepada risalahnya, manakala dalam masa yang sama juga didalam hati kita mempertikaikan dia sebagai hamba pilihan yang membawa risalah kebenaran itu, tentu sahajalah kita tidak menerima kerasulannya. Kita hanya percaya yang baginda hanya berkebolehan sebagai seorang pemimpin yang baik sahaja. Hakikatnya adalah kita mestilah mempunyai kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada yang segala tindakan baginda setelah diangkat menjadi rasul adalah dengan wahyu dari Allah SWT. Ini semua adalah kerena kerasulannya. Sebagai contohnya kepada peristiwa penghijrahan baginda dari Mekah ke Madinah. Tindakan ini bukan atas kebijaksanaan baginda, tetapi ia telah diwahyukan. Kita juga tahu yang tindakan-tindakan ini telah direkodkan menjadi sunnah untuk panduan hidup kepada umat terkemudiannya.

Kitab suci Al Quraan diturunkan sebagai mukjizat yang paling agung untuk umatnya. Kitab itu telah terperlihara kesucian sehingga kini. Tidak seperti kitab-kitab lain yang telah diragui oleh umat manusia. Al Quraan menjadi rujukan yang mencakupi seluruh bidang kehidupan umat manusia untuk mencapai kejayaan didunia dan menuju keakhirat. Mempercayai dan mengamalkan setiap apa yang ada didalam kitab ini adalah juga salah satu Rukun Iman. Tetapi kini ada suara dikalangan kita yang sudah mula mempersoalkan tentang tuntutan yang terkandung didalamnya. Ada yang cuba mengambil separuh-separuh kandungannya sahaja demi untuk keuntungan diri sendiri. Ada juga pihak yang mencadangkan supaya dilakukan usaha untuk mentafsir semula kitab ini untuk disesuaikan dengan kehendak masakini. Hasilnya, ada pendapat yang mengatakan ajaran Islam dan kitab Allah SWT ini tidak lengkap dan sesuai lagi untuk kehidupan sejagat masa kini. Mereka berpendapat ini perlu diperbetulkan.

Mengapa timbul soalan dijiwa mengenai keraguan ini pada sesetengah kita mengenai perkara ini? Mengapa timbul keraguan tentang syurga dan neraka sebagaimana yang dijanjikan? Mengapa kita selalu mempermainkan tentang kematian, alam barzah dan hari ahkirat?. Mengapa kita sanggup memperjudikan hidup hari akhirat kita dengan memesongkan pegangan kita dan melakukan tingkah laku jelek semasa kita hidup ini?. Sanggupkah kita berselindung dari kebenaran dan tuntutan dengan cara berpura-pura menunjukkan kejahilan kita sebagai umat yang tidak pernah menerima panduan dari risalah itu?

Jawapannya ialah, perkara ini timbul kerena kepercayaan dan keimanan kita telah luntur. Ia dilunturkan oleh pihak luar yang mahu meruntuhkan kita. Proses pelunturan yang sangat bijak yang tidak kita sedari menyelinap masuk keruang-ruang penghidupan kita ini. Angin keraguan yang masuk melalui ruang yang lemah dengan lembut memujuk hati supaya keraguan ini menjadi tunjang persoalan yang membatasi kita menerima kebenaran yang terang dihadapan kita. Usaha sebegini telah meresap masuk dikalangan kita tidak kira dimana peringkat kita berada.

Setiap hari syaitan, iblis dan kuncu-kuncunya semakin kuat dan galak bertepuk tangan dengan kelemahan kita ini dan yang menjadi kemenangan bagi mereka. Siapa yang rugi? Kitalah, orang yang mengaku menjadi umat Nabi Muhamad saw, kononnya yang menerima risalahNya itu tetapi masih meragukannya.


Posted at 10:19 am by bobzuwan
Make a comment


Feb 17, 2005

Uptown



Pada hari bob pulang dari kampung ke KL bersama keluarga bob tempuhari, kami telah terperangkap teruk dalan kesesakan lalu lintas dilebuhraya dari utara yang menghala keibu kota ini. Kami bertolak dari kampung kira-kira pukul lapan setengah tetapi hanya dapat sampai ke KL kira-kira pukul dua pagi. Oleh yang demikian bob telah mengambil keputusan untuk membawa keluarga bob yang sedang letih pada masa itu untuk singgah di Uptown, Damansara. Ini adalah kerena kami hendak cuba makan tengah malam bagi menggalas perut kami yang bising berkeroncong.

Sesampai sahaja ditempat itu kami mendapati terlalu ramai orang yang bersesak hingga susah bob untuk mencari tempat untuk meletakkan kereta. Ramai diantaranya ialah orang-orang muda dari kaum kita. Bob merasa hairan diwaktu subuh begini terdapat ramai orang masih berjaga menjalankan akitiviti berjual beli dan makan minum. Mereka semua kelihatan segar bugar mundar mandir berjalan bagaikan hari itu masih siang. Walhal sesekali dari jauh bob telah dapat mendengarkan kokok ayam yang menandakan subuh telah tiba hampir kepenghujungnya sedikit masa lagi.

Kami sekeluarga pun mencari gerai makan dan membuat pesanan. Semasa menikmati makanan, kami telah diserang hujan yang agak lebat. Pada waktu pulang, bob dapat lihat semakin ramai lagi datang membanjiri kawasan itu terutama "mat rempit" atau "mat motor". Bob sampai dirumah kira-kira pukul empat pagi. Pada keesukan harinya barulah badan ini terasa letih dan melayang-layang sebab tidak biasa dengan keadaan berjaga pada malam tadi.

Timbul pula persoalan dalam fikiran bob, mengapa mereka yang mundar-mandir pukul dua pagi boleh berkeadaan sedemikian?. Dimana sepatutnya mereka telah pun terlena dalam mimpi yang merehatkan otak dan tubuh badan untuk bergerak cergas pada hari esuknya.Siapakah mereka ini? Sekali pandang, mereka inilah generasi yang tidak tidur malam tetapi layu dan lembik tidak berupaya menjalankan aktiviti-aktiviti disianghari.

Didalam firman Allah SWT yang bermaksud "Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirahat, dan Dia menjadikan siang untuk bangun berusaha". (Al-Furqaan. 25:47) Jelaslah dari keadaan yang bob ceritakan diatas adalah menunjukkan bahawa generasi kita sekarang telah menyalahgunakan nikmat malam dan siang yan telah dianugerahkan kepada kita. Pada satu ayatNya yang lain, Allah SWT telah menyelar gulungan yang tidak bersyukur pada nikmat ini seperti dalam firmanNya yang bermaksud "Allah-lah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu beristirahat padanya; dan menjadikan siang terang benderang.Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai karunia yang dilimpahkan atas manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur". (Al-Mu’min 40:61)

Timbul pula satu lagi soalan, bagaimana pula kedudukanya bagi mereka yang bertugas dimalam hari seperti jaga yang berjaga, operator kilang dan logi, pasukan keselamatan dan polis, jururawat dan lain-lain? Pada bob ini adalah perkara yang berlainan sekali. Merka ini bertugas demi mencari rezeki tidak seperti pengunjung ketempat tadi yang lepak tidak tentu tujuan diwaktu malam yang dikhaskan untuk berehat dan bermunajat kepadaNya.

Baru-baru ini kita telah digemparkan sekali lagi dengan isu penangkapan remaja kita yang berjaga malam dibeberapa pusat hiburan oleh pihak JAWI. Seperti biasalah isu ini telah digembar-gemburkan oleh pihak-pihak yang tidak mahu beriman kepada ayat-ayat Allah SWT seperti diatas dan diberi liputan bebas oleh media. Pihak JAWI sering dipersalahkan oleh mereka walaupun cara atau kaedah serbuan itu sama seperti yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen, Polis dan lain-lain yang sering kita tonton dalam rancangan tv sembilan, sembilan, sembilan atau dalam racangan apa kejadahnya.

Apa yang jelas ialah apabila remaja-remaja ini atau setengahnya ada yang menjadi idola pada remaja-remaja lain ditangkap oleh pegawai JAWI mereka ini menjadi terpinga-pinga tidak tahu tentang kesalahan apa yang mereka telah lakukan. Mereka ini terus menyalahkan pihak berkuasa itu dan terus mempersoalkan tindakan yang dibuat itu tidak patut dilakukan keatas mereka. Walau bagaimana pun sehingga waktu ini dengan tiba-tiba sahaja saman oleh pihak berkuasa itu keatas mereka telah dimansuhkan atas arahan pihak atasan. Kita sebagai orang muslim pula yang terus terpinga-pinga mengenai isu ini. Apabila kita cuba bersuara atau menyokong pihak JAWI ini mengenainya, kita pula dituduh sebagai muslim yang ketinggalan atau muslim jumud.

Sebenarnya kita sudah dan sedang muak mendengar perkara seperti ini, tetapi pada hakikatnya kita sudah mula berhadapan kepada satu bala yang lebih besar dari tsunami, gempabumi, banjir kemarau besar dan lain-lain bencana. Kita sedang menghadapi bala yang amat besar dimana masyarakat kita telah dengan terang-terang membantah larangan Allah SWT. Tidak mahu patuh kepada perintahNya ia itu yang wajib dilakukan dan yang wajib ditinggalkan.Kemudian diajak beramai-ramai berarak kehadapan Allah SWT berdemonstrasi menunjuk kedegilan dan bantahan itu. Lihatlah betapa zalimnya kita. Sememangnya ia langsung tidak mendatangkan ap-apa kepadaNya terhadap kezaliman kita itu, tetapi akibatnya kita yang akan menanggung sendiri seperti yang selalu difirmankan.

Kasihanilah generasi anak-anak kita ini yang hidupnya terumbang ambing seperti "zombie" yang hidup tapi tiada roh. Baunya busuk tetapi menyusahkan masyarakat lain yang mau hidup rukun damai. Bimbinglah generasi kita ini bagi menjamin kesinambungan keujudan bangsa kita pada masa hadapan. Janganlah ada suara yang kononnya memperjuangkan hak dan kebebasan kemudian mahu lari dari bawah tempurung yang difikirkannya tetapi akibatnya akan tertanggung pada masyarakat kini dan masadepan. Bertanggungjawablah kita dan jangan sekali bercakap mengikut emosi.


Posted at 04:02 pm by bobzuwan
Make a comment


Feb 16, 2005

Cucur Udang


......lihatlah udang yang terperangkap diatas cucur itu.....

Pada sesiapa yang pernah keAlor Gajah Melaka mereka tentu akan bertemu dengan satu arca mercu tanda ditengah-tengah bandar itu. Arca ini adalah merupakan replika sebuah keris besar. Ia dibina didalam sebuah taman yang terletak berhampiran dengan pusat penerangan pelancungan dan kraftangan. Berhampiran dengannya terdapat beberapa buah gerai makan yang mesti dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang singgah bandar ini. Digerai-gerai inilah kita boleh menikmati cucur udang yang sangat popular didaerah itu. Walau pun begitu, gerai-gerai yang menjual cucur udang ini hanya akan bermula operasinya pada sebelah petang selepas makan tengahari.

Setelah kita puas menikmati hidangan cucur udang panas bersama teh tarik, jangan lupa pula membeli sosnya sebagai buahtangan untuk dibawa pulang. Sos yang mempunyai resepi khas ini memang dibuat istimewa untuk hidangan cucur udang itu.


Sebenarnya untuk menyediakan cucur udang tidaklah merupakan perkara yang susah. Hanya memerlukan sedikit masa dan bahan-bahannya yang mencukupi. Selalunya bob akan menyediakan cucur udang ini kira-kira setengah kilo tepung untuk sekali makan. Cucur ini sangat sesuai untuk dijadikan hidangan waktu petang. Bagi setengah kilo tepung, bob memerlukan segenggam udang hidup yang bersaiz sederhana. Udang-udang ini hendaklah dibersihkan dari janggut, kepala dan sedikit kulitnya terlebih dahulu. Setelah dibasuh kemudian ditoskan.

Bob menggunakan sebiji cili merah, dua labu bawang besar dan lima atau enam helai daun bawang yang telah dihiris halus. Bahan-bahan ini kemudiannya digaulkan kedalam besen bersama tepung tadi. Masukkan juga satu sudu garam dan tepung tadi dibancuh dengan air hingga menjadi "doh". Kemudian pecahkan sebiji telur kedalamnya dan gaulkan hingga rata.

Panaskan minyak didalam kuali yang diletakkan keatas dapur. Apabila cukup panas jemput-jemputlah udang-udang tadi seekor demi seekor dengan jari dan masukkanlah didalam kuali itu. Berdesir bunyinya dan gorenglah sehingga rata dan warnanya berubah menjadi warna kekuning-kuningan. Biasanya untuk sekali goreng kuali bob, hanya boleh muat tujuh hingga lapan biji cucur sahaja. Apabila sudah cukup masak, kelihatanlah betapa indahnya udang yang kemerah-merahan itu terperangkap dibahagian atas dan dalam cucur itu. Angkatlah cucur ini dan toskan minyaknya sebelum disusunkan cantik kedalam piring hidangan.

Pada kebiasaannya bob akan memakan cucur ini dengan cara mencicahkannya kedalam sos. Tidak kiralah cili sos atau sos istimewa dari Alor Gajah tadi atau pun sos yang bob buat sendiri. Bob akan menggunakan tiga biji cili merah yang ditumbuk lumat bersama lima ulas bawang putih dan sedikit garam bagi membuat sos ini. Bahan yang ditumbuk lumat ini dimasukkan kedalam mangkuk kecil untuk dibancuh bersama setengah cawan air panas, sedikit cuka dan dua sudu kecil gula.


                ....aduh...betapa nikmatnya jika disuapkan kemulut........

Ada satu lagi cara lain untuk menikmati cucur udang ini dan ianya lebih menyeronokan. Bob akan memotong-motong berbentuk empat segi kecil cucur udang ini dan dimasukan kedalam mangkuk bersama potongan timun. Timun ini dipotong-potong secara hirisan sate. Bob juga suka memasukkan potongan daun salad dan buah tomato. Kemudian bahan-bahan ini dimandikan pula dengan sosnya tadi.

Tambah nikmat jika bob berebut-rebut makan cara begini sebesen sekali bersama-sama dengan anak-anak bob sambil menonton tv dipetang minggu. Air kopi panas hitam yang pekat adalah menjadi teman terbaik bersama hidangan ini. Seketul demi seketul cucur udang ini ditelan kekerongkong kemudian diselangi pula dengan timun dan sayuran tadi hingga membuatkan kami kadangkala tidak sedar kekenyangan sampai kemalam.

Begitulah cara mudah untuk menyediakan hidangan petang yang penuh sensasi ini tanpa pergi ke Alor Gajah. Mudah-mudahan petang ini kita boleh kembali lebih awal dan mengambil sedikit masa untuk mencuba cucur udang ini bersama keluarga.


Posted at 08:50 am by bobzuwan
Comments (1)


Feb 15, 2005

Layang-layang 2


                      .....wau bulan.....

Membuat dan bermain layang-layang adalah satu dari kegemaran bob dan kawan-kawan yang sebaya dengan bob dikampung pada zaman bebudak dahulu. Layang-layang yang dibuat sendiri adalah menjadi kebanggaan kami daripada memiliki layang-layang yang sudah siap dibeli dari kedai. Oleh itu, jika ada diantara kami yang memiliki atau bermain dengan layang-layang jenis ini adalah dianggap sebagai orang yang kurang sifat kerena tidak berupaya membuatnya sendiri. Mereka ini selalunya akan ditertawakan.

Tidak seperti sekarang ini, terutama penduduk dikota metropolitan ini, layang-layang dengan mudah dimiliki dengan hanya membelinya dari kedai. Layang-layang yang berbagai bentuk dan warna ini adalah diimpot dari luar negara. Ianya dibuat dari kain nylon dan bilahnya dari gantian kaca. Ada juga diantara layang-layang ini yang mempunyai bentuk tiga dimensi dan terpaksa menggunakan lebih dari satu tali teraju.

Pada satu ketika dulu bob pernah menceritakan perihal membuat dan bermain layang-layang ini. Ia adalah satu permainan warisan budaya bangsa kita dan jika di daerah Pantai Timur ianya dipanggil wau. Dinegara kita ini terdapat beberapa buah persatuan yang giat mempelupori permainan atau sukan rekreasi ini. Ada diantaranya telah berjaya menganjur pada setiap tahun siri pertandingan layang-layang antara bangsa sepeti yang diadakan di kawasan Pasir Gudang Johor.

Membuat layang-layang yang baik tidaklah semudah yang diceritakan. Maksud bob, layang-layang yang baik ini adalah layang-layang mudah dinaikkan, senang dikendalikan dan cepat bertindak balas mengikut angin yang menerbangkannya. Oleh itu layang-layang yang baik adalah dari hasil kerja tangan yang penuh mahir dan penuh kesabaran. Ia adalah merupakan satu kerja seni atau kraftangan pembuatnya. Sebagai contohnya, membuat wau bulan adalah merupakan seni budaya tradisional bangsa kita.

Kami membuat layang-layang sendiri dalam berbagai bentuk. Bentuk yang paling mudah ialah layang-layang bawal dan layang-layang helang. Bentuk wau bulan juga menjadi pilihan bagi mereka yang lebih tua dari kami. Ini mungkin kerena layang-layang jenis ini lebih kepada keindahan ciptaan seni coraknya yang amat menarik dan bersaiz lebih besar.

Sebagai langkah pertamanya, terlebih dahulu kami akan mencari buluh kering dan kuat yang dipilih sesuai untuk rangka layang-layang ini. Bagi membuat layang-layang bawal sebesar sedepa orang dewasa, dua bilah buluh diperlukan untuk dijadikan rangkanya. Satu daripada bilah buluh ini sepanjang lima kaki adalah untuk tulang belakangnya yang diraut menjadi bilah selebar setengah inci..Bilah ini agak joreng atau tajam dibahagian hadapannya. Manakala disebelah ekornya dibelah dua menjadi sepeti cabang sepanjang kira-kira setengah hingga satu kaki. Kedua-dua cabang ekor ini diraut sama seimbang sama besar. Dipangkal cabang ini akan diikat kemas dengan benang supaya ianya tidak terkoyak apabila rangka ini diregang nanti. Satu lagi bilah sepanjang empat atau lima kaki akan dijadikan sebagai bilah kepak atau sayapnya. Bilah ini akan diraut bulat lebih halus, samarata, cukup seimbang dan sama besar dari hujung kehujung. .

Bahagian betul-betul ditengah bilah sayap ini akan diikat kemas pada bilah tulang tadi kira-kira setengah kaki dari bahagian hadapannya atau muncungnya. Bilah sayap ini mestilah cukup seimbang dan sama panjang sebelah kiri dan kanannya. Kaedah kami akan menentukan kesaimbangannya adalah dengan meletakkan titik tengah bilah sayap ini diatas mata pisau raut. Sehelai benang akan diikat dan diregangkan kira-kira satu kaki dari kedua-dua belah sayap layang-layang tadi dan dikat kemuncung layang-layang tadi. Oleh itu kawasan kepala layang-layang ini akan terbentuk seperti tiga segi dengan tulang ditengahnya.

Di kedua-dua bilah sayap kiri dan kanannya ini akan diregangkan benang sepanjang kira-kira dua kaki yang masing-masingnya akan diikat pula kepada bahagian ekor kiri dan kanan yang bercabang tadi. Kini terbentuklah rangka layang-layang bawal ini yang agak kelihatan sedikit melengkung kebelakang dan sayapnya. Bahagian yang melengkung ini adalah bahagian atas layang-layang itu.

Kemudiannya rangka layang-layang ini akan ditampal dengan kertas nipis dan ringan dengan menggunakan perekat yang diperbuat dari tepung ubi. Kertas yang digunakan adalah dari jenis kertas majong yang putih. Pada yang berkebolehan melukis, kami akan melukiskan corak dan pelbagai gambar yang berwarna warni pada badan layang-layang ini dengan menggunakan warna air atau poster. Setelah dijemur kering, layang-layang ini pun telah tersedia untuk digunakan.

Sebelum digunakan, satu tali teraju sepanjang satu kaki setengah mestilah diikat terlebih dahulu dibahagian bawah layang-layang ini. Ikatan benang yang berbentuk agak tiga segi ini akan diikat dari bahagian percantuman sayap dengan tulang belakang tadi sehinggalah kepada bahagian tulang kira-kira setengah kaki dari cabang ekornya. Benang atau tali layang-layang kita pula akan diikat pada bahagian tengah yang agak lebih pendek sedikit kehadapan pada tali teraju ini. Kami akan menggunakan kira-kira dua atau lebih buku benang yang mudah dibeli dari kedai dipekan kami.

Apabila tiba sahaja waktu petang yang berangin, kami akan terus berlari kepadang sekolah untuk menaikkan layang-layang kami masing-masing. Berwarna-warnilah layang-layang kami kami terbang menghiasi angkasa kampung kami ketika itu.Ada juga diantara kami yang menyalutkan benang layang-layang kami dengan kaca-kaca halus. Ini adalah bertujuan untuk memutuskan benang-benang layang-layang lain yang terbang berdekatannya apabila digeselkan. Ada juga diantara kami yang memasang alat yang diperbuat dari belahan rotan, daun kelapa dan lintah kering pada tali teraju supaya layang-layang kami boleh mengeluarkan bunyi yang agak aneh dan menggerunkan. Ini terpulanglah kepada kreativiti masing-masing.

Pada bob, sebenarnya aktiviti membuat layang-layang ini yang dilakukan mengikut kemahiran dan daya kreativiti kita adalah lebih mengasyikkan daripada menerbangkan layang-layang itu sendiri. Cuma kepuasan akan tercapai apabila melihat layang-layang kita berjaya terbang meliang-liuk diangkasa dengan gagahnya. Berbanding dengan keadaan sekarang, layang-layang senang diperolehi dengan membelinya dikedai-kedai tertentu dan terus dibawa kepadang untuk diterbangkan. Oleh itu tidak hairanlah adakalanya layang-layang kita akan sama dengan layang-layang orang lain yang membeli dari pembekal yang sama. Jadi, pada bob, membuat layang-layang sendiri adalah sesuatu yang lebih menyeronokan.


Posted at 09:51 am by bobzuwan
Make a comment


Feb 14, 2005

Kuih Bakul


Pada masa bob kecil-kecil dulu, dimalam hari menyambut Tahun Baru Cina dipekan tempat bob tinggal itu akan riuh rendahlah bunyi letupan mercun. Bunyi yang meriah ini berlarutan bagaikan tidak mahu berhenti dari tengah malam hinggalah kesubuh. Dipekan itu kesemuanya didiami oleh penduduk kaum Cina yang mencari rezeki sebagai peniaga kedai runcit, restoran dan penjual dipasar. Ada juga penduduk Cina disekitarnya yang berkerja sebagai pengusaha dan penoreh getah dibeberapa estet mereka sendiri yang berdekatan. Tidak kurang pula ada dikalangan mereka yang berkerja dan mengusahakan lombong bijih timah yang sangat popular ketika itu.

Dikawasan itu juga terdapat beberapa penempatan kampung baru yang juga didiami oleh kaum Cina ini. Mereka juga menampung nafkah seperti yang dilakukan oleh penduduk dipekan tadi. Penempatan yang serba lengakap ini telah diujudkan semasa zaman darurat sebagai satu kaedah menjaga keselamatan negara dari ancaman pengganas komunis pada masa itu.

Manakala kaum India pula berkerja sebagai buruh diestet-estet berhampiran. Estet-estet getah ini adalah kepunyaan syarikat barat. Ada juga diantara mereka yang berkerja sebagai buruh lombong bijih timah yang juga dipunyai oleh syarikat perlombongan dari barat. Mereka tinggal di kongsi-kongsi estet ini dan kawasan-kawasan penempatan buruh lombong yang disediakan oleh syarikat-syarikat berkenaan.Kawasan-kawasan ini selalunya mempunyai kemudahan yang agak lengkap dengan kelinik dan sekolahnya.

Bagi orang Melayu pula, mereka tinggal dibeberapa kampung yang berhampiran disekitarnya. Mereka mencari rezeki sebagai penoreh getah dikebun sendiri atau sebagai pekebun kecil getah dan juga sebagai buruh lombong kapal korek. Ini termasuklah bapa bob dan orang-orang kampung bob.

Dipekan ini satu ketika dulun pernah dipernuhi dengan kereta-kereta besar seperti dari jenis Mercedes, Holden, Vauxhall, MG, Jaguar, Trinidate, Chrystler, Daimler, Opel dan lain-lain yang dipunyai oleh pengusaha-pengusaha lombong dan estet getah ini. Taukeh-taukeh Cina ini juga ada yang membuka kedai membeli bijih timah dan getah. Oleh itu apabila tiba menyambut tahun baru ini, pekan ini teramatlah meriah dipenuhi oleh orang ramai.

Bob masih terbayang lagi, keesukannya apabila bob dan kawan-kawan bob berbasikal kepekan ini, kelihatan semua jalanrayanya berwarna kuning dan merah diliputi serbuk kertas mercun sehingga setinggi setengah kaki tingginya. Mercun ini pada malam tadinya diikat panjang-panjang dan digantung tinggi dengan menggunakan galah pada setiap kedai dipekan itu. Kemudian ianya dibakar tidak berhenti-henti sepanjang malam.Ada juga diantara taukeh-taukeh Cina ini memberi kami kuih bakul, mercun dan limau sebagai tanda ingatan Tahun baru mereka.

Apabila menyebut tentang kuih bakul ini, tiba-tiba sahaja bob terkenang kepada beberapa orang nyonya dikampung bob yang sering datang kerumah bob untuk mengambil daun buluh lemang apabila hampir tiba dimusim perayaan ini. Daun ini dibentuk seperti bakul sebagai tempat acuan kuih itu. Rasanya juga agak berlainan dari kuih yang dimasak dengan daun pandan atau daun pisang apatah lagi dari rasa kuih itu yang dibuat secara komersial seperti sekarang ini.

Baru-baru ini bob amat terkejut apabila bob mengunjungi sebuah pasar raya melihat kuih bakul yang dibentuk seperti patung. Bob bertanya kepada beberapa orang gadis Cina yang sedang sibuk membelek-belek kuih itu. Mereka telah melahirkan rasa hairan mengapa pada kali ini kuih itu dibentuk sedemikian. Mereka juga terkejut apabila bob menerangkan yang ianya lebih sedap jika dimasak dengan menggunakan daun buluh lemang. Mereka mengakui bahawa gulungan muda sekarang sememangnya telah sukar untuk menikmati cita rasa yang asli kuih tradisional ini.

Tarian naga dan singa juga diadakan berlarutan sebelum tahun baru sehinggalah hari "Cap Goh Meh" ia itu dua minggu kemudian. Tarian yang penuh aksi akrobatik ini dilakukan oleh ahli-ahli beberapa persatuan kaum ini dipekan tersebut yang bergerak aktif pada masa itu. Bunyi ketukan gendang yang berirama meriah ini membuatkan kawasan pekan itu menjadi hidup dan menjadi kenangan kami sampai kini.

Ah Heng adalah merupakan salah seorang kawan bob yang sering bersama kami kemana sahaja. Beliaulah yang sering menceritakan pada kami tentang kehidupan kaumnya. Masih terngiang jelas ditelinga bob bagaimana pelatnya dia menyanyi lagu "Jauh diRindu" yang dipopularkan oleh kumpulan The Mercy’s dari Indonesia semasa beliau belajar bermain gitar dengan bob. Pada masa itu kami ketawa bersama dan bernyanyi bersama. Tetapi kini beliau telah berpindah ke Singapura dan kami pun telah lama terputus hubungan.

Ah Heng bersekolah disekolah rendah jenis kebangsaan Cina yang terdapat dipekan itu. Sekolah ini amat dihormati kerena sering menjadi johan dalam sukan basketball dan badminton dikalangan sekolah-sekolah didaerah itu. Persatuan ibu bapa dan murid tuanya sangat aktif dan inilah yang menjadi pemangkin dalam usaha-usaha masyarakat setempat untuk menjalinkan semangat muhibah dikalangan berbagai kaum yang hidup rukun damai saling hormat dan menghormati diantara satu sama lain....oh Tanjung Tualang.

 


Posted at 09:01 am by bobzuwan
Make a comment


Feb 8, 2005

Donat


                               ......emmmmp sedapnya.........

Pada malam minggu yang lalu, isteri bob yang sedang beransur pulih setelah menjalani pembendahan kecil menginginkan untuk makan donat. Bob pun pergi mengunjungi kedai donat yang berdekatan dengan hospital berkenaan. Sambil memilih-milih donat-donat kecil yang dijual dalam sebuah bekas plastik bulat sebesar pinggan sebanyak dua puluh biji dengan harga lebih sedikit dari lapan ringgit, bob telah terbaca satu tulisan dibelakang kertas tanda harga yang mengatakan " beli satu dapat satu percuma". Bob mengambil salah satu bekas plastik itu dan membuat pembayaran di kaunter.

Sambil bergurau bob bertanya tentang tanda harga percuma itu. Penjaga kaunter itu menerangkan pada bob yang jualan istimewa itu hanyalah ditawarkan selepas pukul sembilan malam. Manakala pada ketika itu baru sahaja lepas solat maghrib. Dia meminta bob untuk datang lagi dalam masa satu jam untuk membeli donat dengan tawaran istimewa itu. Sambil tersenyum, bob menerangkan yang bob membelikan donat ini untuk isteri bob yang sedang terlantar dikatil hospital. Jadi kemungkinan bob tidak dapat datang lagi kesitu dengan hanya hendak membeli donat.

Apabila mendengarkan cerita bob, sipenjaga kaunter itu terus sahaja cepat-cepat mengambil satu lagi bekas donat itu dan dengan tersenyum memasukkannya kedalam beg belian bob. Dia berbisik dengan nada bergurau pada bob supaya jangan memberitahu orang lain tentang perbuatannya itu. Bob pun mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan berlalu dari situ dengan perasaan gembira.

Apa yang bob hendak ceritakan disini ialah tentang budi bahasa yang amat baik yang telah dipamerkan oleh kakitangan kedai donat itu. Adanya budi bahasa yang disertakan timbang rasa dan perasaan ingin melakukan perbuatan baik bagi menyenangkan hati orang adalah perkara yang mudah dilakukan tetapi jarang dapat kita laksanakan. Jika sipenjual itu lebih memikirkan tentang pulangan wang semasa itu, tentu sahaja beliau tidak memasukkan satu bekas lagi donat itu. Tetapi beliau bertindak sebaliknya dan terus mengembirakan hati pelanggannya. Pada masa yang sama, bob dapat lihat dimukanya yang membayangkan betapa senang dan puas hatinya setelah berbuat baik pada orang lain. Perasaan beginilah yang dikatakan balasan yang cepat atau segera yang dapat dinikmati yangmana telah dianugerahkan oleh Maha Pemurah kepada orang yang berbudi.

Esuk adalah hari Tahun Baru Cina manakala lusa pula adalah hari satu Muharram. Ini menandakan tahun baru juga untuk kita semua sebagai orang muslim. Oleh itu, pada kali ini nampaknya kita akan sama-sama menyambut tahun baru bersama masyarakat Cina. Cuti hujung minggu kali ini adalah cuti yang terlalu panjang dan sudah tentu jalanraya masuk dan keluar dari ibu kota ini akan mengalami kesesakan. Terutama pada hari Ahad nanti, semasa semua orang yang pulang kekampung akan pulang kembali ke KL. Oleh itu berhati-hatilah dijalanraya dan munafaatkanlah cuti ini untuk perkara yang berfaedah.

Bagi kawan-kawan kaum Cina, bob ucapkan Selamat Tahun Baru dan bagi yang muslim pula bob ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah. Semoga pada hari-hari ini menjadi titik perubahan dalam kehidupan kita untuk menjadi orang yang lebih baik dari tahun-tahun lepas. Tanamkan azam dan kuatkan tekad bagi mengharungi hari-hari yang mendatang.

Bob sekeluarga juga akan pulang kekampung. Manakala pada hari Sabtu ini bersamaan 12 Febuari 2005 (3 Muharram 1426) satu majlis perkahwinan untuk adik bob akan diadakan dirumah orang tua bob. Majlis ini akan diadakan pada sebelah makan tengahari hingga ke pukul 6.00 petang. Disini bob dengan sukacitanya menjemput kawan-kawan yang berada di Perak pada masa itu dan yang berkesempatan, untuk turut serta dimajlis berkenaan. Alamat rumah kami adalah seperti dibawah ini:-

Haji Daud b Abdul Mutalib (bapa bob)

Lot 7, Kampung Muhibah
Batu 10, Jalan Batu Gajah
TANJUNG TUALANG (map)
PERAK.

Tel Rumah: 05-3609578. ( tanyakan nama Riduan...bob le tu)

Jika ada kawan-kawan yang membawa joran pancing, bob boleh tolong tunjukkan lubuk memancing bob yang hanya sepelaung jaraknya dari rumah kami. Umpannya boleh dibuat dari bahan dedak dan cacing.


 

Posted at 09:06 am by bobzuwan
Comments (5)


Feb 7, 2005

Sudah lama menanam ubi, nenas juga dipandang orang



Mengapa sekarang baru digemparkan mengenai persoalan budi bahasa? Pada bob ianya adalah kerena permasalahan menurunnya moral dikalangan kita semakin membimbangkan. Penyakit yang akan menjerumuskan jatuhnya satu peradaban masyarakat yang kita bina ini pada masa akan datang. Penyelewengan terhadap generasi kemudian atas apa tindakan yang kita buat pada masa ini.

Bob masih teringat pada satu iklan air minuman yang menunjukkan karektor kartun remaja yang menendang atau menyepak pensil yang telah melukis dirinya. Iklan yang sangat popular pada satu ketika dulu dengan watak Fido Dido. Baru-baru ini ada satu iklan yang juga memperomosikan air minuman yang mengambarkan kumpulan kanak sedang menjalankan aktiviti lasak. Mereka sedang memanjat curam tinggi dengan tali. Pada satu ketika seorang kawannya telah menghadapi kesukaran dan hendak terjatuh kebawah. Kawannya yang seorang lagi terpaksa memilih untuk tidak menolong kawannya itu kerena tidak mahu melepaskan air minuman yang dipegangnya. Banyak lagi iklan-iklan yang disiarkan yang seakan-akan demikian.

Diakhbar-akhbar pula kita juga telah memperomosikan beberapa kes-kes perbicaraan yang sensasi. Sehingga tidak langsung disaring. Bahasa yang digunakan pun agak terlalu celupar dan tidak berlapik. Sehingga ada gulungan yang mengeluh bahawa surat khabar pada masa itu adalah sama dengan novel lucah yang ditulis oleh pihak yang tidak langsung bertanggungjawab keatas kesannya terhadap moral masyarakat.

Dimedia tv pula ramai pula juruhebahnya menggunakan bahasa-bahasa yang telah tidah mahu lagi digunakan oleh bangsa kita. Bahasa-bahasa kesat yang tidak berlapik yang hanya sanggup digunakan oleh puak-puak lanun dizaman sebelum kegemilangan Melayu Melaka. Apabila ada pihak yang menegur, ianya tidak diambil kisah malah makin dirangsang untuk terus begitu.

Semasa berkempen pada musim dan diluar musim pilihanraya, masyarakat juga telah didendangkan dengan irama bahasa yang tidak langsung menunjukkan budi dan budaya bangsa kita. Memaki hamun melalui pembesar suara, merendah-rendahkan orang lain, mimik dan gaya bahasa badan yang mengambarkan betapa buruknya peribadi para ahli politik telah terdedah begitu sahaja.

Dibidang korporat pula, jatuh bangun seseorang ahli korporat itu telah digambarkan seakan perjuangan binatang dihutan rimba. Orang ini telah menelan tokoh itu. Tokoh ini diberhentikan perkhidmatannya dengan mudah begitu sahaja tanpa sebab-sebab tertentu.

Masih lagi teringat pada masa masa-masa dulu apabila Dato’ Rahim Razali dan En. Baharin Khamis membuat liputan sukan terutama dalam acara bola sepak samada di radio atau pun tv, mereka menggunakan bahasa yang baik. Sangat berkesan dan kemajuan sukan dinegara ini menjadi sebutan dibibir masyarakat setiap masa dengan selogannya "sukan untuk negara". Tidak seperti masakini kebanyakan pengulas sukan baik dimedia elektronik mau pun disurat khabar menggunakan perkataan-perkataan ganas dan "sadis" untuk menggambarkan sesuatu keadaan dalam ulasan mereka. Acara-acara sukan itu bagaikan pergaduhan jadinya.

Tidak kurang pula apabila ada ulama-ulama yang menegur seseuatu kemungkaran, ada pula pihak-pihak yang berpengaruh dengan lantang menyanggah teguran itu. Teguran-teguran demi teguran di buat bagi ingatan untuk meletakkan masyarakat kelandasan yang betul, tetapi dengan ganas dipatah-patahkan dan diputarbelitkan didalam media. Sehingga semuanya menjadi buta kepada kebenaran hanya atas kerena hendak bersuara.

Kita juga sering disogokkan dengan bahasa-bahasa kesat didalam lirik lagu. Sudah lah begitu iramanya yang keras sering diberi kesempatan berkumandang dicorong-corong radio dan tv tidak kira masa.Lagi kita tersekat-sekat didalam kesesakan jalanraya, semakin ganas dan keras irama yang yang diputar. Oleh itu tidak hairanlah ramai pemandu-pemandu yang berubah sikap menjadi samseng dijalan-jalan raya.

Oleh yang demikian, mengapa baru sekarang diperkatakan tentang budi bahasa? Mengapa masyarakat atau orang ramai pula dipersalahkan? Jika dahulu penggunaan bahasa pasar dan gaya bersantai dimedia adalah merupakan sesuatu "taboo" tetapi kini ianya menjadi amalan biasa. Jadi terbiasalah masyarakat dengan budi bahasa yang tidak baik. Terdidiklah masyarakat dalam keghairahan kumpulan-kumpulan orang yang tidak berfikir panjang kerena mahu meraih peluang untuk jangka pendek.

Fikir-fikirkanlah...bob berhenti dulu disini.


Posted at 08:44 am by bobzuwan
Make a comment


Feb 3, 2005

Kerabu Sotong


            .....kerabu sotong bersama ikan masin, ulam dan sambal belacan.....

Minggu lepas isteri bob pergi bertugas di Labuan selama beberapa hari. Jadi bob berpeluanglah lagi menjenguk kedapur. Tiba-tiba timbul rasa kasihan bob kepada isteri bob dan Ayu yang mana rupa-rupanya baru bob sedar yang kebanyakan pisau didapur bob itu telah lama tumpul hingga tidak mampu memotong cili dengan baik. Oleh itu bob telah mengambil sedikit masa untuk mengasah kesemua pisau-pisau yang penting didapur itu.

Memang betul cakap orang tua-tua, kalau kita hendak pergi menoreh, pisau torehan mesti cukup tajam, kalau hendak menebas, parang dan sabit juga perlu tajam. Barulah kerja-kerja menjadi mudah dan dapat dijalankan dengan sempurna. Bagi memudahkan kerja-kerja mengasah ini, batu asah yang digunakan hendaklah dari jenis yang baik. Bercakap tentang tajam ini, orang dulu-dulu pernah juga memastikan batu tumbuk juga mesti "tajam" atau perlu diasah supaya benda yang dirumbuk menjadi cepat lumat. Sehingga sekarang bob kurang faham mengenai perkara ini.

Kali ini bob hendak bercerita tentang cara menyediakan kerabu sotong. Oleh kerena ianya berkait rapat dengan perkara diatas yang mana untuk menyediakan kerabu ini, kita memerlukan pisau yang agak tajam bagi membuat hirisan-hirisan. Mungkin ramai diantara kita yang suka menikmati menu ini dan selalunya ianya mudah didapati direstoran-restoran makanan siam.Walau bagaimana pun kerabu ini mudah disediakan dan ianya lebih murah jika dibandingkan dengan sepiring yang dihidangkan oleh restoran-restoran berkenaan. Kita boleh nikmatinya sebanyak mana yang kita kehendakki.

Bagi menyediakan dua piring kerabu ini kita memerlukan setengah kati sotong hidup. Ada juga sesetengah kita suka menggunakan sotong kembang atau sotong kering yang sudah direndam hingga kembang. Itu tidak menjadi hal, terpulanglah kepada selera kita masing-masing. Setelah dibersihkan, sotong ini akan dipotong-potong setebal setengah inci tiap-tiap satu. Rebus sotong ini selama lebih kurang satu minit. Setelah ditoskan kemudiannya dibiarkan sejuk.

Hiris-hiriskan sebiji timun seperti hirisan rojak bersama sebiji mangga muda, sebiji tomato, dua atau tiga helai daun bawang, tiga biji cili merah dan enam biji bawang merah. Hiriskan juga halus-halus sebatang bunga kantan bersama dua batang serai. Kalau kita tahan pedas, hiriskan juga beberapa biji cili padi mengikut banyak mana yang kita suka. Ada juga dianatara kita yang suka cili ini ditumbuk bersama sedikit bawang dan sedikit belacan. Ikut suka hati kita lah.

Gaulkan kesemua bahan-bahan ini bersama sotong tadi didalam sebuah mangkuk sambil memasukkan tiga sudu gula, garam secukup rasa dan perahan tiga biji air limau nipis. Jangan pula sampai kita termasukkan biji-biji limau itu, nanti pahit pula rasa bila kita tergigit. Kita gaulkan hingga mesra dan kini kelihatanlah menu yang berwarna-warni ini telah tersedia untuk dihidangkan. Ada warna merah, ada warna putih, ada warna hijau dan ada warna kuning. Pada waktu begini, apabila tercium sahaja bau kerabu ini, ianya telah berupaya menaikan selera kita sehingga tidak sempat-sempat menunggu nasi masak diperiuk. Bagi bob, kerabu ini akan bob sejukkan terlebih dahulu dalam peti ais sementara bob menggoreng ikan kembung rebus bersama bawang dan cili hijau goreng.

Apabila semuanya telah siap, cepat-cepatlah kita hidangkan diatas meja bersama dengan air sejuk kosong. Sepinggan nasi panas putih bersama sepiring kerabu sotong dan goreng ikan kembung rebus yang juga masih panas sudah cukup dapat melupakan melupakan segala masalah hidup buat seketika. Hidangan ini pula sangat enak dimakan untuk makan malam semasa kita baru pulang dari pejabat.

Alangkah nikmatnya setelah selesai kita makan semuanya, kita ikuti dengan meminum air sejuk kosong yang mana pada waktu itu tangan kita masih belum lagi dibasuh. Burrrrpp! Alhamdulillah.........kita tersandar kekenyangan.


Posted at 11:43 am by bobzuwan
Make a comment


Feb 2, 2005

Studio MIDI Mudah-alih

          

                    ...kongsep studio mudah-alih......
Pada cuti hari wilayah semalam bob berkesempatan menjalankan satu lagi projek musik bob. Kali ini bob cuba membina satu sistem "studio MIDI" yang mudah-alih yang sangat mudah dan murah.

Pada hari ulang tahun kelahiran isteri bob dua tahun lalu bob telah menghadiahkan beliau sebuah "note book" Pentiun 4 yang beroperasi dengan "Window Xp". Beberapa bulan kemudian, pihak jabatannya telah membelikan beliau sebuah lagi alat yang sama. Oleh itu note book yang bob hadiahkan itu telah hanya digunakan dirumah sahaja. Sesekali Ayu dan adik-adiknya akan menggunakannya untuk kerja-kerja sekolah mereka apabila kami pergi keluar kawasan. Bob telah lama bercadang untuk menggunakannya sebagai nadi kepada konsep studio MIDI mudah-alih bob yang bob pernah ceritakan tempuhari. Tetapi tidak berkesempatan membeli alatan pelengkapnya.

Pada hari miggu lepas bob dan Ayu telah berkesempatan pergi ke Plaza Low Yatt untuk membeli beberapa kelengkapan pc kami dirumah. Bob telah berusaha mencari dan mendapatkan "USB interface kepada MIDI" dari salah sebuah kedai yang menawar kelengkapan itu. Setelah tawar menawar bob telah membayarnya dengan harga RM200. Disatu hujung Interface ini ia dilengkapkan dengan satu jack untuk USB manakala satu lagi hujungnya ialah satu soket untuk "MIDI IN" dan dua soket untuk "MIDI OUT". Ditengah-tengahnya terdapatlah satu benda yang seakan tetikus telus sinar yang mana didalamnya mengandungi litar interfacenya yang berwarna warni.

Baru-baru ini bob telah pergi mengujungi Jalan Pasar dan membeli sebuah amplifier karaoke berkuasa 180 watts dengan hanya berhaga RM45 sahaja. Bob juga membeli satu set headphone yang murah cuma berharga RM18 yang mana sudah lama bob bercadang untuk memilikinya untuk kegunaan distudio bob apabila diperlukan. Bob sememangnya sudah mempunyai sepasang "book shelf speaker" berjenama Nipon berkuasa 100 watts yang bob beli dari kedai barangan terpakai dikawasan berhampiran dengan harga cuma RM60 sahaja. Speaker ini mempunyai "woofer" dan "tintanium tweeter" yang agak garang bunyinya.

Pada tahun lalu, dari kedai barangan terpakai itu juga bob telah memperolehi satu unit "sound module" Korg 05R/W yang cuma berharga RM250 saja dan sebuah "keyboard MIDI controller" Roland A-30 dengan harga RM200. Kedua-dua alat ini adalah alat tambahan dalam studio bob yang sediaada.

Pada malam tadi bob telah cuba memasangkan alat-alat itu mengikut apa yang bob rancangkan sebelum inidisatu sudut berhampiran meja makan bob. Bob telah menghubungkan salah satu USB di note book tadi dengan interface MIDI berkenaan yangmana MIDI INnya bob sambungkan ke MIDI OUT Roland A-30. Manakala salah satu MIDI OUT PUT interface itu bob sambungkan ke MIDI IN Korg 05R/W. Sebagai sistem audionya, bob sambungkan audio output dari Korg 05R/W kepada input amplifier bob tadi. Kemudian bob sambungkan sistem stereo amplifier itu kepada sepasang kiri dan kanan speaker Nipon bob tadi. Sistem audio ini juga bob boleh gantikan dengan set headphone yang bob ceritakan tadi. Ini untuk mengelakkan bunyi musik yang boleh mengganggu orang lain.

         

Didalam note book itu bob mengunakan perisian Cakewalk Pro 9 dan Band in a Box sebagai penjana komposisi musik bob dan sangat serasi dengan sistem operasi Window Xp. Mungkin sedikit masa lagi bob akan menggunakan perisian Sonar dari Cakewalk juga untuk projek bob seterusnya.

Apabila sahaja suiz dihidupkan, semuanya kelihatan berjalan dengan baik dan anak-anak bob telah datang bergilir-gilir mengambil kesempatan untuk mencuba. Jari-jari halus mereka bertukar ganti dan menari diatas bilah-bilah keyboard yang mengeluarkan berbagai irama dan melodi. Seperti biasa dengan sekelipmata sahaja mereka telah merakam beberapa buah lagu petikan piano solo kegemaran mereka didalam bentuk "midi file" dan disimpan dalam "hardisk". Mereka kelihatan sangat berpuashati dan menunjukkan kegaguman melihat alat-alat yang semudah itu dipasangkan dihadapan mereka yang hanya mengambil beberapa minit sahaja. Selama ini mereka hanya boleh menggunakan sistem seperti ini didalam studio bob yang sedia ada sahaja yang terpaksa memetik berbelas-belas suiz sebelum ianya mengeluarkan bunyi.

Maaf bob kepada kawan-kawan kali ini yang kurang minat tentang perkara ini. Tetapi pada kawan-kawan yang berminat, mudah-mudahan ini boleh mendatangkan sumber inspirasi untuk memiliki sebuah studio musik yang mudah dan boleh mudah-alih.


Posted at 11:01 am by bobzuwan
Comments (5)


Previous Page Next Page




Best viewed in 1024x768
with IE5.x and above


:: ßob d' ßlogger ::

ßob / Yoep / Reduan
  • a father of 4 childrens
  • Perakians


    YM ID : bobzuwan

    ßob feelingBob's mood


    :: ßob's Chat ßoard ::
    Mari sembang bergebang...

    orang online di sini



       

    << March 2005 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04 05
    06 07 08 09 10 11 12
    13 14 15 16 17 18 19
    20 21 22 23 24 25 26
    27 28 29 30 31




    :: ßob's Camera of Life ::



    :: ßobby's ::


  • Maintenance :
    | DCCR | eMail | Photo |


  • Male/46-50. Lives in Malaysia/Selangor/Ampang/Kuala Lumpur, speaks Malay and English. And likes music/cooking.
    This is my blogchalk:
    Malaysia, Selangor, Ampang, Kuala Lumpur, Malay, English, Male, Rebzuwan, 46-50, Music, Cooking, Fishing.


    :: ßob's Hobbies ::

  • Memancing
  • MIDI/PC Music Composing
  • Memasak
  • Pantun


    :: ßlog ßuddies ::

  • Budak Opis
    .: Aida Munira
    .: Ain Rahmah
    .: Asma Hanim Hunny
    .: Antusemut
    .: Ifa Alyana
    .: Jamilah
    .: Maria Teo
    .: Najah Nasseri
    .: Putri Afzan Maria
    .: Sarini
    .: Shahrina + Fariz
    .: Siti Aishah
    .: Pushpa
    .: Wynn Irene N R

  • Geng Luar Opis
    .: Aizuddin Danian
    .: Mim Umi
    .: Lolyta Poniman
    .: BandarSepi
    .: Shahar
    .: Sharizal Shaarani

  • Geng Singgah Sini
    .: Adiq Lady
    .: Aida
    .: Ballack
    .: Cik Easy
    .: Dona Joliekins
    .: EP
    .: Faryna
    .: Fairy Mahdzan
    .: Idham AKMA
    .: Hana Kirana
    .: Inai @Japan
    .: Joyz
    .: Liza
    .: Ogy Kem Lambaian D
    .: Sofeanny
    .: Suraya
    .: Mat Piah
    .: Zety


    :: ßuddies' Photo/Mob Log ::

    .: Ervan
    .: Farah + Zul
    .: Haslinda/Yong
    .: Ifa Alyana
    .: Irene N R
    .: Maria Teo
    .: Mat Piah I
    .: Mat Piah II


    :: Fav ßookmarks ::


    Geng Jurnal
    RMKL.fm
    example link 3


    :: Others ::

    Dictionary
    English-Indonesia-English



    :: ßob's Million Thx ::

    Template by: Blogdrive
    Template altered by: Ifa Alyana
    Album by: Textamerica
    Statistic by: Nedstatbasic
    Images by: Google Image Search
    Background music by: A Girl From Ipanema

    Powered by SPiN


    :: Disclaimer ::




    Creative Commons License

    DCCR is licensed under a Creative Commons License.



    Hakcipta Terpelihara
    Rebzuwan M.D.©2003

    "Segala tulisan, pandangan, peringatan dan hasil laman ini adalah milik saya. Seandainya ada pihak yang terganggu-gugat kerananya bukanlah atas tanggungjawab saya"


    sejak 31st December 2003
    Web Counter
    Free Web Counter





  • Contact Me

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


    rss feed



    Blogdrive