| Home | My Old Blog | About Bob | Guestbook | Contact |



Mar 22, 2005

Lubuk Puyu

      

....kerengga  tapi anaknya bersaiz lebih besar......                          ........ikan puyu...........

Sebelum bob mempunyai joran pancing seperti yang ada sekarang, bob dan kawan-kawan bob dikampung hanya menggunakan batang bertam dan buluh sahaja sebagai joran pancing kami. Paling mudah kami menggunakan batang perupuk yang agak kuat yang banyak terdapat disekitar kawasan kami memancing. Ikan yang kami pancing pun hanyalah ikan puyu, ikan perit atau pun ikan kaloi sahaja. Tali pancing jenis nylon dan mata pancing yang kami gunakan berbagai saiz memang mudah dibeli dari kedai dipekan kami.

Memancing ikan-ikan jenis ini tidaklah begitu sukar pada masa itu berbanding sekarang. Ikan-ikan ini mudah membiak dikawasan berair cetek atau paya-paya berkampiran anak sungai atau saliran yang berdekatan dengan lombong-lombong yang telah lama ditinggalkan. Oleh itu kami tidak perlu pergi meredah jauh kerena ianya mudah dipancing dipinggir-pinggir kawasan berkenaan. Walaupun tarikan ikan-ikan jenis ini tidaklah sekuat iakan haruan, tetapi joran yang digunakan mestilah cukup panjang dan kuat untuk sampai apabila dihulurkan kelubuk-lubuk mereka ini.

Oleh kerena kami memancing dari tepi kawasan berair ini, jadi hinggapan sang pacat adalah permainan biasa. Jikalau kita kena meranduk air, kita pula terpaksa tahan bermain dengan sang lintah. Selalunya inilah yang membuat bob rejan untuk pergi mengikut kawan-kawan bob memancing. Mereka ini selalunya lebih berani dan sentiasa mencari lubuk baru yang tidak pernah dikunjungi orang. Bob mengambil keputusan untuk pergi memancing bersendirian dan memilih lubuk-lubuk yang agak mudah dan selamat. Jadi hasilnya tentulah berbeza.

Mengikat tali pancing jenis inilah adalah perkara yang mudah. Mata pancing yang bersaiz halus perlu diikat kemas dihujung tali. Jarak kira-kira satu kaki setengah dari mata pancing itu akan diikatkan pula pelampung sepanjang satu inci yang dibuat dari sepotong isi batang bertam tadi. Kemudian tali yang sepanjang sedepa lebih ini akan diikat kuat pada penghujung joran kami tadi untuk melengkapkannya.  Umpan yang digunakan selalunya adalah anak dan telur kerengga atau sesekali kami gunakan cacing.

Mencari anak kerengga ini pula adalah bukan satu perkara yang mudah. Bukan semua sarang kerengga yang ditemui mempunyai anak atau telur kerengga. Masa yang sesuai untuk mendapat anak kerengga ini adalah diwaktu bulan sedang naik iaitu satu hingga empat belas haribulan Melayu. Manakala pokok yang disukai mereka ini adalah pokok mempelam dan jambu air. Inilah halangan yang sangat mencabar. Apabila kami telah menjumpai sarang-sarang berkenaan, kami akan melayarkannya dengan api. Selalunya ini kami lakukan dengan membakar suluh yang diperbuat dari seberkas daun kelapa yang kami sediakan sebelum kami pergi mencari umpan ini.

Apabila terkena sahaja api kerengga-kerenga ini akan mati dan tinggalah sarang yang didalamnya mengandungi anak dan telurnya yang sangat digemari oleh ikan puyu. Umpan ini akan kami punggut dan kami masukkan kedalam tin rokok dan ditutup kemas dengan tutupnya yang berlubang-lubang kecil. Sambil itu kami terus berjalan menuju kelubuk-lubuk pancing yang kami sukai.

Jika pada hari itu kami bernasib baik dan lubuk itu sememangnya dihuni oleh ikan, pancing kami akan cepat-cepat direntap oleh mereka apabila sahaja umpan mencecah air. Masih terbayang dimata bob akan pelampung pancing yang timbul dipermukaan air dengan tiba-tiba sahaja menjadi tenggelam ditarik dengan rakusnya kedasar dan menjadi tidak tentu arah. Berdegup kuat jantung kami dibuatnya. Apabila sahaja disentap tentu sekali ikan puyu akan mengelupur dihujung mata pancing dan ditarik kedarat. Seekor demi seekor puyu yang memakan umpan kami punggut dimasukkan kedalam bakul. Bob sangat berhati-hati ketika menanggalkan mata pancing dari mulut ikan ini kerena sisiknya yang licin dan sirip-siripnya yang sangat tajam.

Pada bob ikan puyu ini sangat sedap jika kita goreng dengan garam kunyit sahaja. Rasanya manis jika terus dibuat begitu setelah pulang dari memancing. Selalunya ia akan menjadi habuan lauk untuk kami makan malam bersama keluarga.

Apa yang paling membuat bob terkenang kembali kepada aktiviti kami ini ialah bagaimana kami berkongsi hasil pancingan semasa pulang dari memancing. Ini bagi mempastikan jika kami pergi memancing berkumpulan, semua kami akan membawa pulang sama banyak hasil pancingan kami. Pernah satu ketika bob tidak langsung mendapat ikan kerena badan bob kurang sihat dan kurang tumpuan, kawan-kawan bob sempat memasukkan masing-masing beberapa ekor hasil pancingan mereka kedalam raga bob semasa dalam perjalanan pulang. Inilah sifat dan semangat setiakawan yang sukar kita dapati masakini terutama dalam kehidupan metropolitan sekarang.


Posted at 08:38 am by bobzuwan
Make a comment


Mar 21, 2005

Rahsia Panjang Umur

Beberapa minggu yang lalu bob sempat bertemu dengan salah seorang sepupu bapa bob. Beliau adalah salah seorang dari bapa-bapa saudara bob yang masih hidup. Umurnya kira-kira lapan puluh tahun manakala isterinya juga adalah sepupu mak bob dan umurnya kira-kira tujuh puluh lima tahun. Ditempat bob, orang dulu-dulu ramai yang berkahwin seperti ini yang mana ada pertalian keluarga.

Tiba-tiba sahaja bapa saudara bob ini datang berbisik dengan bob tentang kesihatannya dan rahsia hidupnya yang masih sihat jika dibandingkan dengan saudara-saudara dan rakan-rakannya yang sama sebaya dengannya. Katanya, hidup mesti riang dan sentiasa sayang menyayangi antara suami isteri dan selalu membuang perasangka buruk terhadap orang lain. Selepas itu dia ketawa besar apabila bob mengusiknya bagaimana dia menunjukkan kasih sayangnya dengan ibu saudara bob itu. Dia menerangkan sejak dulu-dulu dia tidak akan masuk tidur selagi tidak ditemani oleh ibu saudara bob itu. Apabila sahaja bob memandang kearah ibu saudara bob itu, beliau tersenyum sambil mengangguk tanda mengiyakan.

Hasil dari satu kajian yang intensif selama lebih dua puluh tahun, kini pakar-pakar sains telah menulis beberapa buku yang mendedahkan rahsia untuk kita hidup lebih lama. Kajian yang khusus ini telah dilakukan pada penduduk-penduduk pulau Okinawa diwilayah Jepun. Pulau yang pernah mencetuskan ketegangannya dengan pihak Amerika Syarikat kerena disini terdapat pengkalan tenteranya yang terbesar dilautan Pacific. Dipulau ini juga pada masa penghujung perang dingin, berlakunya satu pendaratan perlarian oleh seorang juruterbang tentera udara Russia yang belot dengan jet MiG 21nya dipengkalan itu. Pendaratan ini juga telah membuka rahsia teknologi jet Russia itu yang sebelumnya sangat-sangat digeruni oleh musuh ketatnya AS ketika itu terutama semasa perang Arab-Israel tahun awal 70an.

Dari kajian-kajian yang dijalankan telah didapati kadar panjang umur penduduk disini adalah lebih tinggi dari tempat-tempat lain didunia ini. Dimana didapati juga orang-orang disini teramat kurang mengalami penyakit keronik seperti penyakit berkaitan dengan jantung, kanser, "stroke" atau angin ahmal dan penyakit tulang. Mereka hidup lebih bertenaga, kelihatan muda dan bersahaja. Lebih dari 34 orang didapati dari 100,000 orang penduduk disini berumur lebih dari 100 tahun berbanding dengan penduduk AS yang hanya 10 orang sahaja. Orang yang hidup lebih dari 100 tahun ini dipanggil sebagi gulungan "Centenerians"yang sememangnya tidak ramai dimuka bumi ini. Mari kita lihat jadual dibawah ini yang menunjukkan keistimewaan penduduk Okinawa ini :-

Kadar Daya Tahan Panjang Umur Dikalangan Penduduk

 

Umur yang diselaraskan dengan kadar Kematian (per 100,000 penduduk)

Rank*

Tempat

Jangka Hayat

Corak Pemakanan

CHD**

Cancer

Stroke

Sebab lain

1

Okinawa

81.2

Timur-Barat

18

97

35

335

2

Japan

79.9

Asian

22

106

45

364

3

Hong Kong

79.1

Asian

40

126

40

393

4

Sweden

79.0

Nordic

102

108

38

435

8

Italy

78.3

Mediterranean

55

135

49

459

10

Greece

78.1

Mediterranean

55

109

70

449

18

USA

76.8

Amerika

100

132

28

520

* Purata jangkahayat
** Coronary Heart Disease
Sumber: World Health Organization 1996; Japan Ministry of Health and Welfare 1996

Okinawa Centenarian Study. All Rights Reserved.

Apa rahsianya? Jika kita lihat diruang cara pemakanan dari jadual itu, ia telah menjawab rahsia tersebut.

Okinawa adalah sebuah pulau yang berbukit bukau. Ianya sukar untuk mendapati kawasan yang mengizinkan bagi tananam bijirin seperti padi dan gandum. Penduduk-penduduk disitu cuma boleh menanam sayur dan buah-buahan. Oleh itu corak pemakanan mereka ialah menjadikan sayuran buah-buahan dan ikan yang ditangkap dari persekitran laut sebagai makan ruji.

Jika dibandingkan dengan penduduk dikawasan lain seperti Hong Kong dan penduduk dipulau-pulau besar Jepun itu sendiri, sememangnya makanan ruji mereka adalah nasi. Dirumuskan bahawa makan nasi adalah jenis makanan yang hanya mengandungi kabohaiderat. Jika ada lebihan yang tidak digunakan untuk pembakaran tenaga oleh tubuh atau kerena kita makan nasi berlebihan ianya akan ditukarkan terus menjadi lemak dan gula pada badan. Inilah yang meransang untuk sistem tubuh kita mengalami penyakit-penyakit keronik seperti dinyatakan tadi. Oleh itu, jika kita ingin umur lebih panjang, perlulah menukar atau mengurangkan pergantungan makan kita daripada makan nasi atau roti. Walhal mengikut satu kajian bahawa manusia hanya baru mengenali makanan berbentuk bijirin ini hanya sejak 8,000 tahun yang lalu sahaja.

Ada juga pendapat yang mengatakan faktor genetik mempengaruhi sistem kekebalan tubuh dari penyakit-penyakit itu. Ujian telah dijalankan kepada beberapa penduduk Okinawa, dimana mereka telah dihantar untuk memulakan kehidupan dibeberapa tempat didunia ini seperti di Brazil, AS dan lain-lain. Didapati mereka yang keluar dari pulau ini lebih cepat mengalami masaalah penyakit keronik berkenaan jika dibandingkan dengan mereka yang hidup dipulau itu. Oleh itu disimpulkan bahawa faktor genetik tidak ada kena mengena sangat dengan daya tahan penduduk itu. Buku yang bertajuk "The Okinawa Diet Plan" banyak menceritakan tentang rahsia ini.

Apa yang boleh dipelajari disini ialah manusia boleh berbuat apa sahaja demi kemakmuran "hidup" mereka seperti usaha memanjangkan sedikit jangka hayat dan kesihatan. Tetapi bagi kita yang penting sebagai hamba Allah SWT bukanlah umur yang panjang itu menjadi ukuran. Apa yang perlu adalah pengisian kehidupan itu sendiri. Jika umur pendek sekali pun, kita telah berjaya jika semasa kita hidup itu kita benar-benar menjalankan peranan kita sebagai seorang hambaNya yang soleh. Ini adalah lebih baik dari umur kita yang panjang tetapi kehidupan kita dipenuhi dengan amalan yang mungkar.


Posted at 08:31 am by bobzuwan
Make a comment


Mar 17, 2005

Ciptaan dengan Penciptanya


                  ...........Korg musik workstation model Triton yang diburui........

Semalan bob ada terbaca satu tulisan dalam sebuah majalah mengenai perkembangan teknologi dalam sebuah syarikat pengeluar alat musik canggih. Siapa sahaja yang tahu tentang keyboard atau synthesizer tentu sahaja tahu tentang jenama ini ia-itu syarikat ini membuat alatan musik berjanama "Korg". Jenama Korg ini memang tidak asing lagi bagi semua ahli-ahli musik diseluruh dunia dengan setiap alatan yang dikeluarkan sentiasa dinanti-nanti dan mendapat sambutan yang hebat. Bolehlah dikatakan syarikat ini adalah diantara syarikat yang menjadi pendahulu atau peneraju dalam teknologi-teknologi baru dibidang musik elektronik masakini. Korg adalah menjadi pesaing utama kepada pengeluar seperti Roland, Yamaha, Proteus, Nord, Moog, Rhodes dan lain-lain.. Jika kita menonton rancangan "Jaz" ditv atau menoton persembahan pentas, kita akan dapat lihat ramai pemusik-pemusiknya menggunakan alat musik keyboard berjenama Korg ini.

Bob sendiri mempunyai sebuah synthesizer jenis rak O5R/W buatan Korg dan sebuah keyboard AV Wavestation Korg yang bob sering gunakan distudio bob. Memang tidak dapat dinafikan kedua-duanya mempunyai "bank" bunyi yang sangat bermutu dan fungsi alatnya yang sangat banyak dan luas. Ini menyebabkan bob tidak jemu-jemu meneroka kupayaan alat-alat ini dari masa kesemasa. Oleh kerena itu, harga alat yang berjenama ini sebenarnya adalah mahal dan bob hanya mampu memilikinya dengan membeli alat-alat ini dari kedai menjual barangan terpakai sahaja.

Jenama Korg ini adalah berasal dari nama K dan organ yang digabungkan menjadi Korg. Manakala "K" pula adalah singkatan dari syarikat pembuat alatan ini pada permulaanya ia-itu "Keio" yang ditubuhkan dalam tahun 1963. Nama syarikat ini pula adalah gabungan dari dua nama pengasas syarikat yang berasaskan dengan inovasi teknologi tinggi musik ini ia-itu En. Tsutomu Katoh dan En. Tadashi Osanai. Sebagai ciptaan pertama mereka telah mencipta dan mengeluarkan mesin "rythm" bernama "Donca matic". Seterusnya beratus-ratus model alat synthesizer dan keyboard dicipta sehinggalah sekarang ini. Alat-alat yang mereka cipta adalah alat yang terlalu canggih sehingga ada yang mendahului zaman seperti workstation musik bersiri model "Triton" yang menjadi buruan pemusik-pemusik profesional pada masa ini. Salah satu alat yang pernah mengemparkan dunia musik adalah "Workstation M1" nya keluaran tahun 1988 yang masih popular dan dikagumi sampai sekarang.



        ....En Katoh dengan ciptaannya.....

Itulah serba ringkas mengenai pengeluar teknologi canggih ini. Tetapi apa yang lebih menarik untuk bob ceritakan disini ialah tentang erti kejayaan teknologi yang sangat dibanggakan oleh En Katoh sendiri. Apabila ditanyakan apakah barangan ciptaan musik yang menjadi kebanggaan disepanjang empat puluh tahun pembabitan beliau dalam bidang berteknologi tinggi ini. Beliau memberi jawapan yang sungguh mengejutkan dan bob percaya ramai pemusik yang mengenali jenama Korg ini juga akan terperanjat. Beliau merasa teramat bangga dengan ciptaan sebuah alat penalaan nada musik atau "tunner" model WT-10 nya yang cuma berharga hanya US$67. Berbanding dengan alat-alat canggihnya yang lain berharga hingga lebih US$5,000 sebuah.

Mengapa pula alat ini yang dibanggakannya?. Sambil merenung kembali, beliau menceritakan bahawa pihaknya telah mengambil masa lima tahun penyelidikan sehingga tahun 1975 barulah alat ini dapat dikeluarkan. Ia dicipta untuk kegunaan murid-murid sekolah dan kumpulan brass band untuk mendapat talaan bunyi yang tepat bagi alat-alat musik mereka. Sebelum itu mereka terpaksa membuat talaan secara pendengaran sahaja. Jika adapun alat talaan berbentuk alat "strobos" yang ada pun cuma terdapat dimakmal musik yang tiap satunya berharga kira-kira US $3,350. Oleh itu dengan adanya alat talaan WT-10 yang mudah alih ini, ia memberi satu penyelesaian masalah pada gulungan-gulungan berkenaan yang dapat menala bunyi alat musik mereka dibilik-bilik darjah dan dipadang-padang sekolah. Beliau telah menerima banyak surat dari sekolah-sekolah menyatakan terima kasih mereka diatas inovasi alat ini. Inilah yang membuat beliau rasa sungguh kagum dengan ciptaannya itu.

Apa yang kita dapat pelajari disini adalah tentang ciptaan atau inovasi yang dapat memberi benar-benar menafaat kepada kelompok yang benar-benar berkeperluan dan sudah tentu menghargainya. Oleh itu apa sahaja pembaharuan yang kita cipta hendaklah difikirkan kesan daripada penggunaannya samaada dapat membawa munafaat kepada umah. Bukan pakai hentam sahaja atau kerena kecanggihan dan menyimpan maksud dengan harapan supaya pengguna yang mesti berubah dan belajar untuk menggunakan ciptaan kita atau mengikut apa yang kita mahu.


Posted at 08:46 am by bobzuwan
Make a comment


Mar 16, 2005

Hujan yang turun.....


               ...seronoknya!!!!.......

Satu lagi perkara yang bob dan kawan-kawan bob minati semasa kami bebudak dulu ialah bermain hujan dimusim hujan. Memang seronok apabila hujan hujan turun dikampung kami, tambah seronok ianya turun ketika kami sedang bermain bola dipadang sekolah pada petang hari. Jika hujan yang tiada diringi guruh dan petir kami akan terus bermain sehingga padang bola berkenaan dibanjiri air.

Kampung kami terletak disatu kawasan lembah kaki bukit. Jadi apabila hujan turun lebat, dalam masa yang sekejap sahaja laman-laman rumah kami dan padang bola disekolah kami akan digenangi air. Diceritakan oleh orang-orang tua kami, sebenarnya padang bola itu sendiri adalah pusat paya yang besar sebelum dibuat pengairan dan dijadikan sekolah. Oleh itu tidak hairanlah padang sekolah kami itu adalah merupakan sebuah padang yang sentiasa hijau sepanjang tahun dengan rumput-rumputnya yang subur dan lembut untuk kami berguling.

Apabila hari hujan pula ia akan berubah menjadi kolam yang sangat menyeronokkan sebagai gelanggang kami bermain-main. Bob masih terbayang bagaimana seronoknya kami menendang bola diatas permukaaan air yang menyebabkan kita beramai-ramai menjadi tidak tentu arah dan bersorak keriangan. Bola yang ditendang tidak selalunya sampai kepada tempat yang ditujukan. Air akan terpercik kuat dan kejar mengejar akan berkesudahan dengan jatuh teriarap diatas air. Ditambah pula kseronokan apabila tahi lembu yang sememang terdapat banyak dipadang itu akan terbaur dengan air hujan tadi menjadi bahan pekikan dan ketawa kami beramai-ramai sehinggalah hujan reda.

Pada waktu hujan turun juga, jika tidak bermain bola dipadang kami akan bermain hujan dihalaman rumah kami masing-masing. Bertambah seronok jika kami dapat main hujan beramai-ramai. Permainan galah panjang dan polis sentri adalah permainan kejar mengejar yang sangat mengasyikkan. Air dihalaman akan terpercik-percik apabila kami berlari-lari kejar mengejar kesana sini. Kami hanya akan berhenti apabila hujan reda.

Pada waktu-waktu begini, saliran air seperti parit dan longkang akan sentiasa dipenuhi air. Air parit ini akam melimpah membanjiri laman. Ikan-ikan yang sememangnya terdapat membiak dalam parit ini akan ikut bermain dilaman rumah kami. Apalagi, kami pun sering juga menangkap ikan yang sedang riang bermain-main dengan banyaknya. Dalam keadaan hujan yang lebat, tangguk dan raga menjadi alat penting untuk menangkap ikan-ikan ini. Ikan-ikan ini akan kami simpan dalam balang atau botol kaca sebelum kami lepaskan semula kedalam parit asal mereka.

Parit-parit ini jugalah tempat kami bermain kapal-kapal yang dibuat dari batang rembia. Kapal-kapal yang berbagai bentuk dibuat dengan menggunakan pisau akan terapung-apung berlayar mengikut arus didalam parit-parit ini. Ianya akan bertambah laju apabila air mengalir laju didalam parit tersebut semasa selepas hujan lebat.

Apa yang bob hendak sampaikan disini bukanlah tentang keseronokan main hujan itu sahaja, tetapi lebih kepada cara kami semasa kecil-kecil dulu menghayati sesuatu keadaan semulajadi alam. Jika hari hujan, kami main bola dalam hujan, kami menjalankan juga aktiviti kami yang lain dalam hujan. Tidak pula kami mengeluh kerena hujan atau pun sebaliknya kerena kemarau yang menyebabkan akctiviti-aktiviti kami terbantut. Jika musim kemarau dan berangin kami akan main layang-layang atau pergi mengagau ikan dilombong atau ditasik yang tinggal kering berlopak.

Bob dan kawan-kawan bob sekampung pada masa itu tetap bersyukur dan bergembira dengan apa sahaja yang anugerahkan oleh Allah SWT. Oleh sebab itu generasi kami adalah generasi yang cekal dan kuat jatidirinya. Sekurang-kurangnya tidak mudah kena selsema apabila terkena hujan ketika itu. Tetapi sekarang ini kita pantang terkena hujan. Apabila dirimbas sahaja air hujan, kita pun layaklah dianugerahkan cuti sakit oleh doktor kekadang sampai dua tiga hari.


Posted at 08:15 am by bobzuwan
Make a comment


Mar 15, 2005

Ikan Kerapu Tiga Rasa


                  .......satu babak dalam filem "Masam-masam Manis"........

Pada satu malam minggu, beberapa minggu yang lalu, bob berkesempatan membawa keluarga bob sekali lagi untuk pergi makan disebuah restoran terbuka ikan bakar di Ulu Langat. Restoran yang berkonsepkan rumah-rumah pondok diatas permukaan kolam dan pondok-pondok dicelah-celah hutan diatas bukit memang mengasyikkan. Suasana dan udaranya yang nyaman sudah tentu menambah selera untuk kami makan malam sekeluarga. Ini adalah semata-mata bagi memenuhi tuntutan si Fasya yang setiap minggu memujuk bob untuk pergi makan malam ditempat itu

Sekali lagi kami meminta nasi putih untuk dimakan bersama dengan ikan patin bakar, sotong goreng, sayur campur dengan cendawan dan ikan siakap masak tiga rasa. Sebagai air minumannya, anak-anak bob hanya meminta satu jag air sejuk kosong sahaja. Anak-anak bob memang pelahap, dalam sekelip mata sahaja semuanya telah langsai dikerjakan. Sehingga tulang-tulang ikan yang ranggup pun habis dikunyah dan dikesipkan. Apabila selesai, cepat-cepat kami beredar dari situ kerena mama mereka tidak mahu terlepas dari menonton derama tv pada malam itu.

Pada hari minggu lepas apabila Ayu bertanyakan pada bob tentang apa yang hendak dibuat pada seekor ikan kerapu yang baru dibeli oleh ibunya, bob terus mencadangkan supaya ikan kerapu segar yang sederhana besarnya itu cuba dimasak dengan masakan tiga rasa tersebut.

Bob hanya sempat sekali sekala menjenguk dapur untuk melihat bagaimana si Ayu menyediakan masakan ini. Ikan kerapu yang sudah dibersihkan dibelah dua dari bahagian perut hingga kebelakang tetapi tidak putus. Ikan ini kemudiannya dilumurkan dengan garam kunyit dan digoreng secara "deepfried" didalam kuali. Setelah masak ikan ini diletakkan dalam keadaan meniarap didalam piring bujur besar yang permukaannya telah dihias dengan daun-daun salad.

Bagi menyediakan sosnya, si Ayu menggunakan setengah cawan sos tomato yang dibancuh dengan setengah cawan air dan dua sudu gula. Ditambah pula dengan satu sudu kecil cuka dan garam secukup rasa. Bahan-bahan ini dimasukan kedalam periuk kecil bersama satu cawan dadu nenas didalam tin. Kemudian masukkan juga setengah biji lada benggala merah dan setengah biji lada benggala hijau yang sudah dipotong-potong. Sebiji bawang besar juga dipotong baji besar-besar dimasukkan sekali kedalam periuk ini. Panaskan sos ini hingga mendidih, kacau hingga rata dan perahkan sebiji limau nipis sebelum apinya dipadamkan.

Apabila telah masak curahkan sos ini keatas keseluruh ikan yang meniarap tadi. Sebagai hiasan, siat-siatkan tiga atau empat helai daun bawang dan taburkan keatasnya. Nah... ikan kerapu tiga rasa kita ini sudah siap untuk dihidangkan.

Ada juga yang memanggil masakan tiga rasa ini dengan nama masam-masam manis. Tidak kiralah apa namanya, tetapi ianya adalah satu resepi yang sangat menyelerakan dan sangat cantik berwarna-warni. Sesuai dijadikan kepala hidangan. Tambah sedap jika dimakan dengan menggunakan tangan sahaja dan kemudiannya dalam keadaan yang berebut-rebut pula.

Apabila tersebut sahaja masam-masam manis inin, bob teringat kepada sebuah filem P Ramlee yang bertajuk "Masam-masam Manis". Filem komedi ini mengisahkan kehidupan sorang guru yang juga seorang pemusik sambilan bertemu jodoh dengan jiran disebelah bilik sewaannya di KL dalam tahun-tahu awal 60an. Apabila kita menonton filem ini akan terlihatlah gambaran disekitar KL semasa era berkenaan dan ianya merupakan arkib kepada mereka yang berminat mengkaji perkembangan bandaraya metropolitan ini. Kehidupan penduduknya dan pembangunan fisikalnya diera selepas sahaja merdeka dan diistiharkan sebagai ibu negara Malaysia.

Pada bob pula, filem ini adalah satu-satunya filem yang berjaya digarap oleh seniman agung itu semasa berada di Studio Merdeka Ulu Klang setelah meninggalkan Studio Jalan Ampas, Singapura. Entah kenapa filem-filem beliau yang lain yang dibikin disini tidak dapat mencapai tahap seperti filem ini. Mungkin kerena beliau mempunyai "team" nya yang ngam serupa dengan di Jalan Ampas dulu agaknya......


Posted at 08:24 am by bobzuwan
Comments (1)


Mar 14, 2005

Bahasa Menunjukkan Budi


                    .......siput babi.......

Malam tadi bob membawa isteri bob keluar makan malam disebuah restoran terbuka berhampiran dengan tempat tinggal kami. Restoran ala barat ini sering kami kunjungi kerana ianya mempunyai menu yang banyak pilihan. Layanan yang diberi kepada pelanggannya sememangnya baik.

Selesai sahaja kami menghabiskan makanan kami, tiba-tiba seorang pelayannya datang dan terus meminta izin untuk mengambil pinggan kami kembali, walhal air yang kami minum masih belum dihabiskan lagi. Setelah beliau pergi isteri bob pun berbisik kepada bob sambil berkata "marilah kita pulang segera, pelayan itu telah pun memberi isyarat menyuruh kita bangun". Bob pun terfikir dan terus bingkas kekaunter membuat bayaran dan berlalu dari situ.

Pagi tadi semasa memandu ketempat kerja sebuah kereta kembara berwarna hitam telah dengan tiba-tiba memotong kereta bob dengan cara yang agak marah. Semasa kereta itu berada seiringan dengan kereta bob, bob sempat melihat dari anak mata bob yang pemandunya memandang tepat dengan muka yang tidak puas hati kearah bob. Hati bob berkata, agaknya beliau marah kerena bob tadi tiba-tiba sahaja menekan berek kecemasan kerena mengelakkan lubang ditepi jalan. Ini membuatkan beliau turut memberek kecemasan. Dari bahasa muka yang telah ditunjukkannya itu tentu dia marah kepada bob yang tiba-tiba menyebabkan adrenalinnya pada waktu pagi sebegini memuncak. Bob tidak hairan dan menghiraukan orang yang seperti ini dan dia patut berbuat demikian.

Kita tahu bahawa bahasa adalah gambaran budi yang terbitkan melalui berbagai saluran. Manakala budi pula adalah apa yang terkandung didalam hati seseorang. Melalui percakapan, bahasa badan seperti mimik muka, tulisan dan bacaan, musik, lukisan, seni tari, perbuatan atau tindakan dan isyarat-isyarat perhubungan yang lain. Melalui percakapan pula kita tahu ianya disalurkan dengan berbagai saluran yang banyaknya tidak boleh kita jumlahkan. Sebagai contohnya, pada pagi tadi lapuran di RMKL mengatakan ada kesesakan lalu lintas berlaku di Jalan Duta. Ini disebabkan terdapat sebuah kereta rosak disitu. Pernah pada satu masa dulu terdapat juga kereta rosak di Jalan Duta, tetapi ia membawa maksud yang lain. Oleh itu bahasa yang digunakan juga mengikut dimensi masa, dimana perkataannya sama tetapi berlainan penerimaan jika dimasa yang berlainan.

Seorang jiran menanam sedikit sayur-sayuran didalam pagar dihadapan rumahnya. Setiap petang beliau akan memerhati, membaja, merumput kebun kecilnya itu. Pada satu satu petang jiran sebelahnya menegur kenapa bebrapa pokok sayurnya itu hilang. Sambil bersahaja beliau menjawab "sayur saya ni dimakan siput babi". Tetapi jika dia menjawab begini "sayur saya ni dimakan siput, .....babi" tentu sahaja berlaku pergaduhan antara keduanya. Ini adalah kerana sesuatu ayat itu boleh berubah maksudnya jika kita mengubah cara kita menuturkannya. Oleh itu dimensi cara kita bertutur juga adalah diantara satu saluran bahasa untuk melahirkan budi.

Timbul masalah bagi orang yang ditujukan bahasa ini tidak faham atau tidak peka tentang isyarat-isyarat yang diberi. Bertambah buruk lagi jika ada unsur kurang sabar diantara kedua pihak. Seperti membunyikan hon apabila kereta dihadapan kita yang kita rasa dia tidak perasan lampu trafik sudah lama hijau. Selalunya orang ini akan marah, kerana mungkin dia ada sebab lain yang melambatkan dia menggerakkan keretanya. Apa yang dia faham ialah kita yang tidak sabar atau perangai kita yang suka membunyikan hon tidak kena tempat. Salah faham tentang makna bahasa inilah yang sering menyebabkan konflik dan berakhir dengan sesuatu yang buruk.

Satu lagi contohnya ialah apabila kita membunyikan hon kereta untuk menarik perhatian kawan kita yang berada didalam kereta disebelah kita, tetapi disalah ertikan oleh pemandu kereta yang berada dihadapan kereta kita. Atau menyalakan lampu besar kepada kereta yang berada disebelah jalan yang berlainan arah dilebuhraya untuk memberi isyarat adanya perangkap had laju dihadapan mereka. Tetapi ini disalah ertikan oleh kereta yang berada dihadapan kita. Tentunya pemandu dihadapan kita mengangap keretanya sudah tidak cukup laju walau pun speedometernya sudah menunjukkan lebih dari seratus dua puluh kilometer sejam. Akibatnya kita akan bergaduh dan seterusnya kepala kita boleh hilang dipenggal.

Oleh yang demikian, perlulah kita berfikir terlebih dahulu sebelum kita berbahasa, tidak kiralah melalui saluran mana yang kita hendak gunakan supaya tidak disalah tafsirkan oleh pihak yang menerimanya. Fikir-fikirkanlah.....


Posted at 09:40 am by bobzuwan
Comments (2)


Mar 10, 2005

Mencari Kaki Pelangi 3



                       ......mat rempit sedang menunggu mas untuk beraksi......

Bila terdengar satu statistik mengatakan bahawa secara puratanya setiap hari pihak polis telah mengeluarkan kira-kira sepuluh ribu saman lalu lintas diseluruh negara, ianya terus terlintas dikepala bob tentang betapa buruknya sikap kita yang tidak mahu patuh kepada peraturan. Setiap hari pula pihak polis kini berjaya memungut kira-kira satu juta ringgit dari pesalah yang melakukan berbagai kesalahan lalulintas. Tahun ini pula adalah dijangkakan bahawa pihak polis akan mengutip kira-kira empat ratus juta wang saman dari pesalah-pesalah lalulintas iaitu sekali ganda dari tahun lepas ia itu kira-kira dua ratus juta ringgit. Angka-angka ini adalah merupakan gambaran yang tidak baik melanda tabiat dalam diri kita masing-masing. Kejayaan ini hanyalah dipihak polis dalam melaksanakan tugasnya memungut denda dan menghukum pesalah, tetapi dalam keadaan sebenarnya adalah satu petunjuk yang menggerunkan terhadap keruntuhan moral rakyat.

Mengapa keadaan peningkatan sebegini berlaku? Walhal sepatutnya dengan tahap pendidikan dan kesedaran kepada kepentingan kesejahteraan hidup yang semakin tinggi dikalangan penduduk negara kita, perkara ini tentunya semakin akan menurun dari masa kesemasa. Ada yang mengatakan kerena dendanya terlau rendah dan tidak mengikut keadaan semasa. Ada juga berpendapat bahawa pesalah atau orang yang hendak melakukan kesalahan tidak sedar-sedar diri.

Kita ambil sahaja contoh seperti penunggang-penunggang motosikal yang menyertai lumba haram. Mereka ini tahu bahawa tentang betapa bahaya dan akibat yang serius mungkin ditanggung oleh mereka jika berlaku kemalangan ia itu kecederaan atau kecacatan kekal dan kemungkinan besar kematian. Mereka juga tahu bahawa aksi-aksi mereka itu boleh mendatangkan akibat yang buruk kepada pengguna jalanraya yang lain. Tetapi mereka sanggup mengambil risikonya, kenapa? Ini adalah kerena mereka tidak sedar apakah tujuan mereka hidup dimuka bumi Allah SWT ini. Kenapa mereka tidak sedar? Akibat dari mereka ini tidak pernah disedarkan, bahkan mereka ini terus dibuai dengan dengan agenda-agenda harian yang bersorak supaya mereka hidup dalam suasana berlumba-lumba, menunjuk-nunjuk, bermegah-megah, berbising bingit dan lain-lain perkara negatib.

Cuba kita lihat pada acara-acara sukan xtream yang sangat digalakkan dan dipopularkan pada waktu ini. Mungkin nilai yang didapati dari mereka yang melibatkan diri dalam sukan-sukan jenis ini adalah untuk mempertikatkan daya tahan diri. Tetapi hakikatnya ia membawa kepada kesan sampingan yang mengkibatkan pengujudan satu generasi yang tidak sayang nyawa dan hilang punca kenapa nyawa dan jasadnya diberi pinjam didunia ini. Bob bukanlah tidak setuju pada emua sukan lasak jenis ini, tetapi generasi baru patut memilih yang baik dan bermunafaat. Sukan yang berunsur strategi dan semangat berkumpulan seperti pemainan paintball misalnya, ianya lebih memberi kebaikan. Tidak seperti "bebudak" yang beraksi akrobatik dengan skateboard yang hanya menguntungkan pembuat atau pengeluar peralatan itu sahaja.

Persoalannya siapakah yang telah memimpin mereka ini untuk membuat pilihan? Kita sebagai generasi pemimpin masakinilah yang bertanggungjawab terhadap kekalutan kerena salah pilihnya gaya atau nilai hidup mereka ini. Sebagai contohnya, sebagai pengusaha pengeluar kereta, kitalah yang mengeluarkan kereta yang mempunyai rekabentuk yang lebih laju dan enjin yang lebih agresif. Sukan-sukan lumba kereta dan motor diagung-agungkan bagaikan satu agenda nasional yang amat besar. Kita harus tahu, apa yang berlaku dilitar Sepang ia juga berlaku djalan-jalan raya lain malah dijalan tanah merah dibatas sawah. Kita pernah berbangga dengan pencapaian Piala Thomas satu masa dulu sehingga menjadi satu perkara yang menghairankan jika sesebuah kampung itu tidak mempunyai persatuan dan gelanggang baminton. Oleh itu luapan semangat untuk mencuba dapat dilepaskan disini. Bagaimana pula bagi sukan lumba motor dan kereta?

Kita terus membujuk mereka melalui media dan menanamkan luapan ini hingga menyebabkan mereka menyalurkannya kepada pilihan yang tidak bermunafaat. Sebagai contohnya, seperti beraksi akrobatik dengan skateboard, berwili kesekolah dengan basikal bmx dan mengganggu ketenteraman orang yang sedang bersantai dipantai dengan jetski dan banyak lagi aktiviti jenis ini yang sedemikian rupa.Terlahirlah luapan tadi melalui aktiviti sebegini yang berakhir dengan rasa menjadi jaguh. Aktiviti-aktiviti ini pulalah yang selalu kita galakkan secara sengaja atau tidak sengaja.

Tidak hairan juga ada mereka yang memilih jalan raya sebagai tempat melepaskan tuntutan ini. Tuntutan yang ditanggung oleh setiap peringkat ahli masyarakat dari gulungan bebudak, remaja, dewasa, gulugan tua, lelaki dan perempuan. Jalanraya yang perlu digunakan dengan baik dan teratur menjadi gelanggang. Atas desakan luapan perasaan tadi peraturan yang diadakan sering dilanggar atau tidak diendahkan. Tabiat ini juga dianggap sebagai satu cabaran yang memerlukan jaguh. Apabila semua ingin menjadi jaguh, tidak hairanlah statistik pelanggaran undang-udang ini kian meningkat setiap hari.


Posted at 10:34 am by bobzuwan
Comments (8)


Mar 9, 2005

Kebun Bakar


                           .....kebun getah kami......

Kebakaran memang mudah berlaku dimusim kering sebegini. Dikampung semasa bob bebudak dulu, kebakaran sering berlaku pada kawasan kebun getah. Ini adalah kerena dimusim panas selalunya musim daun getah gugur. Manakala pokok-pokok renek dalam belukar dan lalang yang jarang ditebas yang tumbuh subur dicelah-celah pokok getah ini menjadi kering sangat mudah terbakar. Kadangkala kebakaran terjadi tanpa diketahui puncanya dan dengan tiba-tiba sahaja menjadi perkara gawat bagi kami penduduk sekampung.

Kebakaran sering terjadi dan makin marak diwaktu sebelah selepas zohor atau selepas makan tengahari. Waktu musim kering begini, angin pun sering betiup menyebabkan kami suka terlelap selepas makan tengahari diberanda rumah. Pada waktu-waktu beginilah kami sering dikejutkan dengan sorakkan yang meminta tolong kami memadamkan kebakaran kebun disekitar kampung kami. Selalunya bob dan kawan-kawan bob akan cepat-cepat memakai kasut sukan kami dan terus mencapai parang didapur kemudian turut menyertai orang-orang kampung yang lain menuju kearah tempat yang mengalami kebakaran itu.

Apabila sampai sahaja ditempat kebakaran, kami akan dibahagi-bahagikan kepada beberapa pasukan dan diarah memadam mengikut arah-arah tertentu. Selalunya mengikut arah anak air atau lembah berpaya dan bukan yang bertentangan dengan tiupan angin. Kami masing-masing akan segera menebang seorang satu pokok renek yang berdaun lebat sebagai alat pemadam api kami. Bob selalu memilih pokok senduduk. Ini adalah kerena bau pokok ini sedap dicium apabila terkena api.

Kami akan cepat-cepat cuba memadamkan api yang kecil-kecil dan muda terlebih dahulu dengan cara memukul-mukulnya dengan pokok renek kami tadi. Api yang sedang marak dan tinggi kami biarkan dahulu sahingga ia turun reda dan mudah untuk dimatikan. Sambil memadam api kami akan menjerit-jerit sebagai isyarat kepada kawan-kawan lain. Jika api kuat kami menjerit meminta pertolongan dari kumpulan lain. Jeritan yang berunsur cemas dan seronok ini menjadi kenangan kami sehingga masa kini.

Kadangkala oleh kerena api ini marak terlalu besar kawasannya sehingga melibatkan berpuluh-puluh buah kebun ianya tidak dapat dipadamkan dalam masa sehari dan terpaksa disambung keesukannya. Kampung kami sudah tentu diselubungi asap tebal hingga kemalam. Bob masih ingat rupa wajah kawan-kawan bob masing-masing setelah berjaya memadamkan api. Muka yang dipenuhi coretan arang hitam tetapi kelihatan puas sebagai wira-wira yang sudah menabur bakti kepada kampungnya. Kami kemudian selalu tertawa bersama.

Sepanjang pengetahuan bob, tidak pernah terjadi perkara yang buruk menimpa penduduk kampung bob semasa usaha memadam kebakaran-kebakaran ini. Cuma badan kami sahaja yang telah tercalar-balar luka terkena duri-duri. Tetapi akibat dari kebakaran ini menyebabkan penduduk kampung bob tidak dapat pergi menoreh jika pokok getahnya teruk dan banyak yang terbakar. Kawasan kebun akan kelihatan lapang dengan bahagian bawahnya berwarna hitam. Batang-batang dan ranting-ranting pokok juga terbakar berwarna hitam. Tunggul dan gambut akan mengeluarkan asap hingga beberapa hari. Rasa kasihan selalu menyelinap apabila bob mengenangkan nasib mereka yang bergantung sumber rezeki pada kebun getah apabila bencana seperti ini datang melanda sekali sekala.

Begitulah semangat kerjasama kami dikampung pada masa dulu-dulu. Saling bantu-membantu tanpa antara kami dengan ikhlas tanpa mengharapkan upah. Apa yang kami dapat hanyalah rasa puas dan masing-masing gembira kerena berjaya menyelamatkan kampung dan kebun dari habis semua terbakar. Terbakar bersama, panas bersama dan susah bersama. Allah SWT membalas dengan semangat muafakat bersama kami ini kemudiannya. Apabila tiba musim hujan, kebun dan kampung kami ini selalunya akan menghijau kembali. Pokok-pokok baru akan tumbuh subur, berbunga dan berbuah.Kami nikmati bersama.


Posted at 09:09 am by bobzuwan
Make a comment


Mar 8, 2005

Mempelam Telur



Pada hari minggu lepas bob telah berpeluang singgah dipasar untuk menemani isteri bob membeli sayur-sayuran dan daging. Sambil itu bob juga sempat mencapai sebiji mempelam telur yang sederhana besarnya. Ini adalah dengan niat untuk bob membuat sendiri kerabu mempelam yang sangat bob minati.

Bila bercakap tentang mempelam telur atau disetengah tempat dipanggil mempelam padi ianya banyak meninggalkan kenangan manis pada diri bob. Dikampung bob dulu banyak terdapat pokok mempelam jenis ini tumbuh dimerata kawasan ditepi-tepi jalan dan dipingir-pingir kebun. Walaubagaimana pun ianya jarang berbuah dan bob tidak dapat memastikan kenapa ini berlaku. Tetapi adalah merupakan pekara yang amat mengembirakan jika ada pokok-pokok ini berbuah lebat. Selalunya pokok ini juga dihuni oleh semut kerengga. Oleh kerena ianya tumbuh ditepi-tepi jalan dan dicelah-celah antara pokok getah dan pokok buah yang lain, ianya tumbuh tinggi jika dibandingkan yang hidup rendang dtepi sawah.

Terbayang semula kisah dikampung bob dahulu ada seorang perempuan yang mempunyai perangai suka marah-marah. Mungkin kerena beliau mengalami sedikit sakit mental atau dalam bahasa kami "tiga suku". Beliau akan terpekik terlolong kalau ada bebudak yang agak bising datang bermain atau lalu didepan rumahnya. Keadaan marahnya kadangkala terlampau sampai menyelak-nyelak kain. Manakala pokok mempelam telur ditepi rumahnya behampiran dengan jalan selalu juga berbuah lebat dan terdapat banyak sarang kerengga. Maklum sahajalah, oleh kerena rumahnya ditepi jalan, jadi kebisingan kami bebudak yang sedang naik nakal pada masa itu tidak dapat dielakkan. Manakala bebudak yang ada kalanya sengaja berbuat bising bila lalu dirumahnya selalulah dihambat dengan kayu api. Mereka kemudian terpaksa berlari lintang pukang menyelamatkan diri sambil disambut dengan ketawa berdekah-dekah.

Hendak dijadikan cerita pada satu hari selepas waktu makan tengahari, sekumpulan bebudak yang sebaya dengan bob telah lalu dihadapan rumah itu. Mereka singgah sambil mengutip beberapa biji buah mempelam telur yang sudah masak jatuh diatas jalan. Tidak disedari oleh mereka dengan tiba-tiba sahaja perempuan ini telah datang menyerang dari arah atas rumahnya dan berkejar menuruni tangga. Ini membuatkan bebudak itu bertempiaran lari.

Dari jauh kelihatan dia dibawah pokok mempelam itu terus terpekik-pekik memaki hamun sedang tangannya meyelak-nyelak kain kearah bebudak. Tangannya yang sebelah lagi memegang kayu panjang sambil menghayun-hayunkannya. Dalam pada itu seorang kawan bob yang memang handal menggunakan lastik yang berada didalam semak tidak jauh dari tempat itu telah melastik sebuah sarang kerengga didahan pokok mempelam itu yang betul tepat berada diatas kepalanya. Apa lagi apabila sarang kerengga itu jatuh tepat keatas badannya dan serangga itu terus masuk menyelinap masuk kedalam pakaian dan kainnya. Ini membuatkan perempuan itu terus melompat-lompat dan membuka baju dan kainnya untuk membuang kerengga yang sememangnya sangat pedih apabila terkena gigitannya. Terutama ditempat-tempat yang agak sensitif. Masing-masing kami pun terganggalah menonton tarian yang tidak pernah kami tonton sebelum ini. Ianya menjadi cerita kami sekampung yang selalu akan disambut dengan gelak ketawa. Sejak dari peristiwa hari itu, kami tidak lagi terdengar perempuan ini terpekik-pekik memarahi bebudak lagi seperti dulu.

Kita lupakan dulu cerita ini mari kita bercerita tentang bagaimana menyediakan kerabu mempelam telur berkenaan. Sebiji mempelam ini dihiris-hiris halus seperti hirisan rojak dan dimasukan kedalam mangkuk. Masukkan juga tiga empat biji bawang merah yang juga telah dihiris halus bersama tujuh atau lapan biji cili padi.Goreng kering sejemput udang kering dan tumbuk hingga lumat. Kemudian gorengkan segenggam ikan bilis dan gaulkanlah kedua-duanya dengan bahan-bahan yang ada didalam mangkuk tadi. Perahkan dua biji limau nipis keatasnya dan masukkan dua sudu gula bersama garam secukup rasa. Gaulkan sehingga rata bahan-bahan ini dan kini kerabu mempelam kita telah pun sedia untuk dimakan.

Mempelam telur atau mempelam padi ini sangat subur dan rendang tumbuhnya ditepi-tepi atau diatas batas sawah. Ia merupakan pemandangan yang mesti ada berselang seli dengan pokok pinang dan kelapa jika tumbuh disekeliling rumah ditengah bendang. Jika tiba musim ianya berbuah, bob juga selalu mengambil peluang untuk bertandang kerumah seorang kawan bob yang mendiami kawasan seperti ini. Pokok-pokoknya yang rendah dan rendang ini memudahkan kami memetik buahnya hingga berguni-guni banyaknya. Memang seronok, sambil kami memetik buahnya sambil kami makan.

Selain dari kami makan yang telah masak, buah yang muda pula cicahkannya dengan kicap bercili. Manakala selebihnyapula kami akan jadikannya jeruk. Memang sedap jeruk mempelam yang dibuat sendiri. Selalunya jeruk ini habis sebelum ianya betul-betul menjadi jeruk.


Posted at 09:04 am by bobzuwan
Make a comment


Mar 7, 2005

Mulut yang berkokok

"Jika lurus kelindan, luruslah benangnya". Begitulah bidalan bahasa yang tepat ditujukan pada sifat utama seseorang pemimpin. Ianya mengambarkan betapa penting seorang pemimpin yang bersifat jujur dan tahu bagaimana hendak memimpin pengikutnya dengan baik. Jika berlaku sebaliknya, pengikut-pengikutnya akan terseleweng kerena mengikut jejak pemimpinnya yang tergelincir diluar landasan.

Sebagaimana yang kita tahu, kepimpinan terdapat pada setiap peringkat. Pemimpin dirumah ialah bapa kita, pemimpin dikampung adalah terdiri dari berbagai pihak termasuklah ketua kampung, tuk imam, pengerusi dan AJK JKKK , wakil rakyat dan lain-lain. Manakala pemimpin kita diperingkat daerah, negeri dan negara adalah para pegawai dan menterinya. Kesemuanya adalah sama dan sebagai pemimpin mereka ini mestilah bertanggungjawab pada orang yang dipimpinnya.

Apa yang hendak bob bicarakan disini ialah perkara yang menyentuh tentang sikap kepimpinan yang baik yang perlu ada dalam diri kita sendiri. Ini adalah kerena kita juga perlu memimpin diri kita sendiri dan kitalah juga sebagai pemimpin diri kita. Kepimpinan yang baik inilah yang membawa kita kearah hala tuju hidup yang selamat, makmur dan bahagia.

Kepimpinan diri kita dalam satu hari ianya bermula sejak awal semasa kita bangun tidur lagi. Jika kita dikejutkan untuk bangun tidur samada terkejut dengan sendiri atau dikejutkan oleh orang, kita mestilah perlu memimpin diri kita untuk terjaga dan bangun. Ada juga orang yang dirinya tidak dapat melakukan usaha memimpin ketika ini. Mereka terus diulit kesedapan tidur yang berselimutkan mimpi. Ini mungkin berlaku kerena tabiat yang suka berlambat bangun tidur atau kerena seseorang itu tidak sihat. Amatlah malang jika sebab yang pertama itu menjadi amalan kita.

Sehinggalah kita memimpin diri kita untuk membujuk mata supaya lelap ditempat tidur apabila tiba masanya.Kita perlu tidur ditempat yang bersih dan selamat kerena kita akan menyerahkan tubuh kita kepada keadaan yang kita tidak dapat mengawalnya disepanjang masa kita tidur. Ada orang yang langsung tidak dapat melakukan tugas memimpin ini sehingga ia tertidur didepan tv atau yang paling teruk terus terbungkang ditepi-tepi longkang dan ditepi-tepi jalan apabila berada dalam keadaan mabuk.

Begitulah pentingnya peranan kita memimpin diri kita sendiri sebelum kita boleh memimpin orang lain. Persoalannya, bagaimanakah caranya yang harus kita lakukan supaya apa yang kita pimpin menuju kearah yang benar? Apakah tugas-tugas yang perlu dijalankan sebagai seorang pemimpin? Ia adalah menentukan kemana arah tujuan hidup kita dan orang yang kita pimpin, memikirkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk sampai kearah tujuan itu. Membuat keputusan-keputasan yang baik kepada diri kita, pada pengikut dan pada persekitaran kita.. Mempamirkan kebaikan yang kita buat supaya menjadi contoh kepada yang lain. Berkomunikasi dengan baik tentang perkara-perkara yang patut dilakukan bagi membimbing orang yang kita pimpin.Sentiasa memastikan pencapaian dicapai mengikut langkah-langkah yang telah dirancangkan. Juga sentiasa memberi panduan kepada yang dipimpin supaya berada dilandasan yang betul.

Melaksanakannya tidaklah semudah seperti yang dikatakan. Tetapi ianya akan bermula dengan langkah yang pertama. Sebagai pemimpin diri kita sendiri, kita sememangnya berupaya melakukan tindakan diatas untuk kita mulakan langkah pertama tanpa melibatkan orang lain. Sejak dari mula bagun tidur seawal pagi tadi tanpa dibangunkan oleh sesiapa, kita telah mengarahkan diri kita untuk pergi kebilik mandi dan melakukan pembersihan diri. Sebagai seorang muslim kemudian kita akan terus ketikar solat untuk mendirikan solat subuh dan mengukir janji kepada Allah SWT untuk menjadi seorang hambaNya yang soleh, sekurang-kurang untuk sehari ini. Disini kita telah melaksanakan proses untuk menentukan tujuan, halacara, matlamat hidup kita untuk sehari ini. Ini bermakna kita telah pun bersedia menempuh hari ini dengan penuh yakin.

Langkah-langkah lain seterusnya akan kita lakukan adalah berpandukan kepada janji kita tadi. Ini adalah bertujuan supaya kita sentiasa tidak tergelincir. Berbagai kaedah yang boleh kita pelajari untuk menyempurnakan perlaksanaan tugas-tugas kita ini. Berbagai teknologi yang canggih-canggih boleh kita pakai untuk memudahkan lagi ianya dilaksanakan. Kita harus ingat bahawa matlamat jangka panjang kita sebagai seorang muslim ialah apa yang kita lakukan semasa kita hidup dimuka bumi ini adalah untuk kesejahteraan kita diakhirat. Oleh itu disepanjang perjalanan hari penghidupan kita, mestilah kita berusaha mengutip dan mengumpul kebajikan dan membuang kemungkaran demi untuk mencapai tujuan itu. Kemudian apabila tiba waktu kita hendak masuk tidur pula kita mestilah menilai semula apa sahaja tindaka-tindakan kita disiang tadi samada kita masih dilandasan yang betul atau tidak. Darinya kita dapat menentukan matlamat hidup kita untuk esuk hari.

Mudah sahaja untuk memahami konsep kepimpinan diri sebelum kita dikatakan layak untuk memimpin orang lain. Jika perkara-perkara ini pun kita tidak mampu untuk melakukannya, janganlah kita boleh mendabik dada mengatakan kita ini seorang adalah seorang pemimpin. Nanti kita akan dilihat oleh pengikut kita seperti kebanyakan pemimpin sekarang ini seakan bapa ayam yang " mulut berkokok, ekor bergelumangan tahi".


Posted at 09:02 am by bobzuwan
Make a comment


Next Page




Best viewed in 1024x768
with IE5.x and above


:: ßob d' ßlogger ::

ßob / Yoep / Reduan
  • a father of 4 childrens
  • Perakians


    YM ID : bobzuwan

    ßob feelingBob's mood


    :: ßob's Chat ßoard ::
    Mari sembang bergebang...

    orang online di sini



       

    << March 2005 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04 05
    06 07 08 09 10 11 12
    13 14 15 16 17 18 19
    20 21 22 23 24 25 26
    27 28 29 30 31




    :: ßob's Camera of Life ::



    :: ßobby's ::


  • Maintenance :
    | DCCR | eMail | Photo |


  • Male/46-50. Lives in Malaysia/Selangor/Ampang/Kuala Lumpur, speaks Malay and English. And likes music/cooking.
    This is my blogchalk:
    Malaysia, Selangor, Ampang, Kuala Lumpur, Malay, English, Male, Rebzuwan, 46-50, Music, Cooking, Fishing.


    :: ßob's Hobbies ::

  • Memancing
  • MIDI/PC Music Composing
  • Memasak
  • Pantun


    :: ßlog ßuddies ::

  • Budak Opis
    .: Aida Munira
    .: Ain Rahmah
    .: Asma Hanim Hunny
    .: Antusemut
    .: Ifa Alyana
    .: Jamilah
    .: Maria Teo
    .: Najah Nasseri
    .: Putri Afzan Maria
    .: Sarini
    .: Shahrina + Fariz
    .: Siti Aishah
    .: Pushpa
    .: Wynn Irene N R

  • Geng Luar Opis
    .: Aizuddin Danian
    .: Mim Umi
    .: Lolyta Poniman
    .: BandarSepi
    .: Shahar
    .: Sharizal Shaarani

  • Geng Singgah Sini
    .: Adiq Lady
    .: Aida
    .: Ballack
    .: Cik Easy
    .: Dona Joliekins
    .: EP
    .: Faryna
    .: Fairy Mahdzan
    .: Idham AKMA
    .: Hana Kirana
    .: Inai @Japan
    .: Joyz
    .: Liza
    .: Ogy Kem Lambaian D
    .: Sofeanny
    .: Suraya
    .: Mat Piah
    .: Zety


    :: ßuddies' Photo/Mob Log ::

    .: Ervan
    .: Farah + Zul
    .: Haslinda/Yong
    .: Ifa Alyana
    .: Irene N R
    .: Maria Teo
    .: Mat Piah I
    .: Mat Piah II


    :: Fav ßookmarks ::


    Geng Jurnal
    RMKL.fm
    example link 3


    :: Others ::

    Dictionary
    English-Indonesia-English



    :: ßob's Million Thx ::

    Template by: Blogdrive
    Template altered by: Ifa Alyana
    Album by: Textamerica
    Statistic by: Nedstatbasic
    Images by: Google Image Search
    Background music by: A Girl From Ipanema

    Powered by SPiN


    :: Disclaimer ::




    Creative Commons License

    DCCR is licensed under a Creative Commons License.



    Hakcipta Terpelihara
    Rebzuwan M.D.©2003

    "Segala tulisan, pandangan, peringatan dan hasil laman ini adalah milik saya. Seandainya ada pihak yang terganggu-gugat kerananya bukanlah atas tanggungjawab saya"


    sejak 31st December 2003
    Web Counter
    Free Web Counter





  • Contact Me

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


    rss feed



    Blogdrive