| Home | My Old Blog | About Bob | Guestbook | Contact |



Mar 31, 2005

Mee Goreng

       
                 .....mee goreng mamak.....                                                      ...mee goreng mami.......

Menyediakan mee goreng bukan satu perkara yang susah. Hanya dengan memperuntukkan masa lebih kurang dua puluh minit sahaja ianya siap untuk dimakan bersama keluarga. Sesuai sebagai hidangan waktu petang setelah pulang dari pejabat.

Sebungkus mee kuning yang dibeli dari pasaraya sewaktu pulang dari tempat kerja tadi hendaklah dikirai-kiraikan terlebih dahulu. Panaskan kuali dengan dua sudu minyak masak. Goreng dua sudu cili kering yang sudah dikisar lumat sehingga masak. Kemudian masukkan empat biji bawang merah yang sudah dikisar bersama empat biji bawang putih dan gorenglah sehingga naik baunya. Sebagai perencah, masukkanlah dua ekor sotong hidup atau tujuh ekor udang atau segenggam daging yang telah dihiris dan dibersihkan. Ada juga yang suka menambahkan perencah ini dengan memasukkan tahu yang sudah dipotong-potong dadu. Ikut suka hatilah. Bahan-bahan ini kemudiannya digoreng hingga masak dengan api yang kuat dan semuanya dibuat dengan cepat.

Kemudian masukkanlah sebiji bawang besar yang dihiris besar-besar bersama dua genggam taugeh. Jika sesiapa yang sukakan sayur sawi, boleh juga dimasukkan sayur ini yang telah siap dipotong-potong. Kemudian masukkan pula dua sudu sos tiram bersama sesudu kicap hitam. Gaulkan hingga rata dan pecahkan dua biji telur keatas perencah ini jika dirasakan kurang masin boleh ditambah sedikit garam. Tunggu sehingga telur ini agak masak kemudian gaulkan bersama sambil memasukkan mee kita tadi. Sambil mee digaul rata masukkan juga kira-kira dua sudu kicap manis.

Sekarang mee goreng kita telah sedia untuk dihidangkan. Sebagai hiasan, taburkan diatasnya dengan sedikit hirisan daun bawang, sebiji cili merah yang sudah dihiris halus dan sedikit bawang goreng. Hiriskan juga sebiji dua limau nipis dan diatur ditepi pinggan hidangan.

Apabila sahaja mee ini disenduk masuk ke piring untuk dimakan, perahkan diatasnya dengan sehiris limau nipis tadi. Pada waktu ini, tiba-tiba sahaja hidung kita akan tersedut satu macam aroma yang cukup sensasi. Secara sepontan aroma ini akan merangsang rasa ngilu dihujung gigi dan terus memancutkan air liur yang sudah sedia bertakung lama didalam pundi-pundinya. Aroma cili merah bercampur air limau nipis dengan kicap ini sememangnya boleh membuatkan hidung kita juga turut berair.

Makanlah hidangan petang yang istimewa ini bersama keluarga dan jika ada lebih, lebih elok diketepikan dulu untuk dihulurkan kepada jiran-jiran sebelah rumah. Mana tahu, pada esuk petang kita dapat pula merasa sepiring laksa Pulau Pinang dari jiran pula.

Mee ini telah menjadi makanan biasa orang kita. Budaya makan mee atau "noodle" ini mungkin telah dperkenalkan oleh orang Tionghua. Sama jugalah seperti bihun yang telah diubah cara masakannya. Kita boleh makan mee goreng mamak, mee rebus, mee sup, mee rebus jawa, mee bandung, mee kari, mee wantan, mee hongkong, mee hailam dan lain-lain. Kita patut berbangga dengan budaya berbagai jenis masakan mee ini yang bermacam rasa dan banyak pula cara menikmatinya. Sebenarnya masyarakat kita kaya dengan budaya makanan ini. Ini adalah salah satu dari kekuatan daya tarikkan pelacung dalam industri pelancungan.

Ada juga soalan yang pelik-pelik mengenai mee ini. Sampai kini bob masih bertanya mengapa mee siam dibuat dari bihun? Benarkah mee bandung berasal dari Bandung? Betulkah mee hongkong diimpot terus dari Hongkong?. Sejak bila mamak tahu membuat resepi mee goreng mamak?......


Posted at 09:49 am by bobzuwan
Make a comment


Mar 30, 2005

Sepit

Setelah bob menonton filem Sepet beberapa hari yang lalu bob terus terkedu. Filem hasil tangan pengarah iklan Yasmin Ahmad. Rata-rata ramai pihak yang membuat ulasan mengenai filem ini. Ramai yang memuji dan rasa puas hati dan ada juga yang rasa tersinggung mengenainya. Perkara ini telah banyak dituliskan dalam surat khabar. Walau bagaimana pun filem ini telah memenangi berbagai anugerah diperingkat antarabangsa.

Pada bob filem ini memangnya mempunyai nilai filem yang baik dan patut diberi pujian. Tetapi ada satu perasaan lain yang timbul setelah menontonnya, tidak seperti perasaan bob setelah menonton filem Jogho atau Kaki Bakar. Bob tahu perasaan ini sengaja mahu ditimbulkan oleh karyawan filem Sepet ini. Pada bob setelah menontonnya ia hanyalah mengesahkan apa yang diberitakan oleh sesetengah penonton lain. Perasaan yang sudah sememangnya mual dengan acara-acara mengutuk orang Melayu, nilai dan agamanya. Walaupun kedua-dua filem tadi juga adalah mengenai orang Melayu dan juga memaparkan kekalutan dikalangan masyarakat orang Melayu, tetapi filem Sepet ini mempunyai maksud yang lain walau pun pengarahnya orang Melayu. Mungkin filem ini ditujukan untuk orang Malaysia yang cuba mengenepikan nilai Melayu.

Selesai sahaja bob menonton filem itu, bob terbau seperti ada satu macam agenda yang telah dirancang rapi bagi mengopak pintu rumah Melayu kita. Perkerjaan mengopak pintu ini memang sering terjadi sejak akhir-akhir ini dengan rakusnya, bahkan pada beberapa tahun kebelakangan ini pintu masjid pun sudah mulai berani dikopak dan politik memecahbelah dijadikan alasan. Kalau sebelum ini kita dilemparkan dengan cerita Zouk dengan anak Melayu menjulang keruntuhan moralnya, kemudian digembar-gemburkan dengan isu IRC atau IRF pula sehingga dibawa kesidang Parlimen dan sepet juga menjadi ungkapan yang ironik telah diucapkan oleh ketua pembangkang, bob percaya semua ini ada mempunyai maksud tertentu yang sudah diatur. 

Dalam keadaan ini, bob berasa lega kembali apabila semalam bob terbaca apa yang dilaporkan dari dalam akbar mengenai titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah tentang cara menilai orang Melayu. Titah yang disampaikan melalui ucaptamanya di Kongres Pendidikan Melayu itu antara lain baginda menyelar dikalangan pihak-pihak tertentu yang sering menilai orang Melayu secara negatib.

Disini bob suka memetik beberapa keratan dari kertas titah baginda itu  "Bangsa perlu berwaspada supaya tidak terlalu cepat terperangkap dan begitu mudah mengulangi ungkapan negatif yang merendahkan martabat. Kanta penilaian yang dipilih akan mempengaruhi nilai yang diberikan kepada bangsa.

Apabila kekurangan begitu cepat ditafsirkan sebagai kelemahan, maka padi mula dikatakan lalang, beras pula disangka pasir. Sedarlah! apabila sesuatu bangsa memilih untuk merendahkan bangsanya sendiri, akan terbukalah jendela yang memberanikan bangsa lain untuk menghinanya. Lalu bangsa akan dipandang fakir, adat budayanya bakal tersingkir.

Apabila ada segelintir Melayu yang malas, ia tidaklah bermakna budaya Melayu menganjurkan unsur malas hingga diterima sebagai satu karektor nasional milik bangsa kerana pada hakikatnya budaya Melayu menganjur dan menyanjung sifat rajin.

Ungkapan ‘malas’, ada dalam pelbagai bahasa, dalam pelbagai budaya, di kalangan pelbagai bangsa. Bahawa ungkapan negatif yang terlalu kerap diulang-ulang boleh meracun jalan pemikiran hingga bangsa menjadi keliru.

Maruah bangsa wajib dipertahankan dengan menyemai rasa bangga, dengan menanam semangat yakin. Jika sesuatu bangsa mula berasa rendah diri, ragu-ragu akan kelebihannya, bangsa itu akan dihinggapi penyakit lemah semangat, kurang usaha, rendah kedudukannya, hidup dalam suasana melarat, terjajah dan terhina. Oleh itu merendah, memperkecil dan memburukkan bangsa dengan ungkapan negatif, bukan kaedah yang sihat dalam hasrat membangunkan bangsa."

Kepada kepimpinan orang Melayu pula baginda telah menegur seperti dalam titahnya  "Pemimpin berperanan penting sebagai pemelihara dan penentu kepada kelangsungan bangsa Melayu. Kuasa yang ada pada pemimpin meletakkan pemimpin berada dalam kedudukan yang boleh mempengaruhi arah pemikiran dan budaya hidup masyarakat. Bahawa Tun Seri Lanang telah mengkalamkan kata-kata berikut dalam ‘Sulalat Al-Salatin:-   Maka sembah Demang Lebar Daun, "Tuanku, segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah ke bawah Duli Yang Dipertuan. Hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba. Syahadan jikalau ia berdosa besar-besar, dosanya sekalipun jangan ia difadilatkan dan dinista dengan kata yang jahat-jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh,itu pun jikalau patut pada hukum syar’i".

Demikian perjanjian yang dijadikan magna carta bangsa Melayu. Ikatan perakuan hubungan antara Raja dengan rakyat yang wajar dijadikan pedoman akan hubungan pemimpin dengan yang dipimpin di dalam budaya Melayu.

Bahawa bangsa itu sama sekali tidak harus dinista, jauh sekali dihina oleh pemimpin. Malah pemimpin bertanggung jawab untuk memperbaiki kesejahteraan hidup yang dipimpin.

Datuk Onn bin Jaafar (Allahyarham), pernah memperingatkan bahawa yang menghalang kemajuan masyarakat Melayu itu ialah orang yang memegang tampuk pimpinan dalam masyarakat Melayu. Allahyarham tidak sekali-kali memilih untuk merendahkan kebudayaan Melayu ataupun nilai hidup masyarakat Melayu.

Allahyarham juga tidak sekali-kali memilih memperkecilkan rasa bangga masyarakat Melayu. Pandangan Datuk Onn senada dengan apa yang disuarakan oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi pada 1849, bahawa punca kemunduran Melayu adalah disebabkan golongan yang berkuasa di dalam masyarakat.

Melayu itu sifatnya amat taat kepada pemimpin. Semangat setia pengikut kepada pemimpin berakar kukuh dalam masyarakat Melayu. Tingkat ketaatan digambarkan di dalam hikayat, melalui ikrar setia yang dilafazkan kepada Raja, ‘jika digantung tinggi, direndam basah, dibakar hangus’.

Rakyat itu menyerahkan diri untuk dicanai dan dibentuk oleh pemimpin. Menjadi resam dalam milieu bangsa Melayu bahawa satu perempat daripada tenaga diperuntukkan untuk berkhidmat kepada raja atau pembesar.

Begitulah tahap kesetiaan, begitulah tingkat ketaatan bangsa kepada pemimpin. Pemimpin itu dijadikan contoh, dijadikan teladan. Pengikut memberikan sokongan, keyakinan dan kesetiaan serta meletakkan harapan tinggi kepada pemimpin.

Pengikut berpegang bahawa pemimpin itu lebih bijaksana sifatnya. Seruan pemimpin disahut sebagai suara membawa kebaikan, disambut dengan hati terbuka, diterima dengan dada yang lapang, digemakan di seluruh kota, dilaungkan di sekitar desa.

Kerana itu, apabila Sultan Melaka memeluk agama Islam, seluruh pembesar dan rakyat jelata mengikut langkah Baginda hingga Islam itu kekal di hari ini menjadi identiti bangsa Melayu.

Pemimpin berperanan besar menentukan corak pemikiran dan arah haluan bangsa. Pemimpinlah menentukan tempo dan kandungan agenda bangsa, menentukan wajah dan rupa bangsa. Masyarakat dicorak dan diwarna oleh pemimpin.

Masyarakat adalah cerminan kepada sifat dan watak pemimpin. Masyarakat yang bersih dan telus, jujur dan ikhlas tidak akan dapat dibentuk jika pemimpin mengamalkan penyelewengan, penipuan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Pencapaian masyarakat juga adalah kayu ukuran tentang kejayaan atau kegagalan dasar dan rancangan yang di bawa oleh pemimpin. Pencapaian sosioekonomi, tahap kekayaan dan kemiskinan rakyat adalah cerminan kepada kejayaan dasar dan rancangan yang diperkenalkan oleh pemimpin melalui institusi politik, institusi ekonomi dan institusi sosial.

Oleh itu pemimpin wajib menjiwai denyut nadi dan menghayati denyut jantung bangsa, memahami sedalam-dalamnya akan kekuatan, akan potensi dan akan harapan bangsa. Bangsa hendaklah dibangunkan dengan rangka kerja yang memberikan kelebihan kepada mereka.

Hasrat pemimpin untuk membangunkan bangsa akan menjadi lebih berkesan jika pemimpin bersedia membuka jendela, melihat alam yang lebih luas, mendengar bunyi yang pelbagai nada. Bahawa setiap jendela yang ditutup mungkin akan melindungi kesilapan dan selagi jendela kesilapan ditutup selagi itu pula pintu kebenaran sukar ditemui.

Sesuatu pendekatan untuk membangunkan bangsa adalah agenda bangsa secara menyeluruh. Ia harus dicapai melalui perundingan, melalui persetujuan, melalui kata muafakat, supaya bangsa dapat memahami dan menghayati serta menerimanya sebagai keputusan bersama, lalu sedia memikul tanggungjawab dalam semangat bukit sama didaki, berat sama dipikul.

Agenda yang membabitkan bangsa haruslah difahami oleh bangsa dan tidaklah adil untuk mana-mana pemimpin secara individu meletakkan nilai peribadi lalu merumuskan keputusan untuk di mamah oleh bangsa.

Program-program yang menyentuh pembangunan bangsa terutama dalam merencana program pendidikan hendaklah dihalusi sedalam-dalamnya supaya bangsa tidak menjadi korban kerana sifat impulsif pemimpin. Kesan pemimpin terhadap rakyat amatlah besar, sekali pemimpin bersin seluruh negara mendapat selesema.

Pola ekonomi dunia telah berubah daripada ekonomi perancangan kepada ekonomi pasaran dan kini berada dalam ekonomi global. Pemimpin Melayu hendaklah bijaksana sifatnya dan meneliti semula kaedah membangunkan bangsa. Tanggungjawab mengendalikan institusi untuk membangunkan bangsa hendaklah diuruskan oleh individu yang benar-benar ahli dalam bidangnya, jujur dan amanah sifatnya, bersungguh dan komited jiwanya.

Jika institusi yang diamanahkan untuk membangunkan bangsa, dikendalikan oleh individu yang pecah amanah, tidak jujur dan rasuah, akan berlakulah ketirisan sumber, akan meranalah bangsa.

Pemimpin Melayu adalah pelindung kepada bangsanya. Ia harus memiliki keberanian, memiliki kekuatan untuk melindungi bangsanya, memiliki wawasan untuk memajukan bangsanya.

Ia harus arif mencipta ramuan yang dapat memberi kemenangan kepada bangsanya. Ia harus bijak mengenal pasti bidang-bidang yang dapat memberi kelebihan kepada bangsanya. Ia harus memperlihatkan ketegasan dalam menghadapi tekanan yang mahu menggugat ketuanan bangsanya. Dan pemimpin yang memperlihatkan keberanian, kekuatan dan ketegasan akan dapat membina bangsa yang memiliki sifat yang unggul."

Titah baginda ini sedikit sebanyak  telah berjaya menghilangkan perasaan terkedu dan sayu didalam benak hati bob akibat dari menonton filem Sepet dan dari anggapan orang-orang lain tidak lama dulu. Tekanan yang menyebabkan rasa tersepit yang memedihkan bagi kaum yang sebenarnya kurang meminta, merendah diri, terlalu berbudi, sentiasa berperasangka baik dan sangat menghormati kehendak orang lain.  Oleh itu bob suka menyimpulkan bahawa sebagai seorang karyawan tidak semua ilham yang kita terima itu boleh dinilai mengikut kayu ukur dari sudut profesionalnya sahaja, tetapi kita perlu memikirkan impaknya sebelum ianya menjadi tatapan orang lain.


Posted at 08:20 am by bobzuwan
Comments (2)


Mar 28, 2005

Irama dan Rasa


Pada hari minggu yang lalu semasa sibuk menghadapi sarapan pagi, bob berpeluang menonton persembahan dari artis-artis tahu 60an ditv. Artis-artis dari Johor yang sangat popular pada era itu seperti A Halim, S Mariam dan Orchid telah sempat menyanyikan beberapa buah lagu popular mereka. Lagu-lagu seperti "Kisah dan Tauladan" nyanyian A Halim sudah cukup dirasakan dapat melepas rindu kepada peminat-peminat lagu 60an yang kini rata-rata sudah berusia lima puluh tahun keatas.

Bob lagi terpegun melihat betapa cekapnya kugiran pengiringnya mereka ini yang sangat berjaya menghidupkan irama berkenaan. Pemain gitar utamanya, pemain drum, pemain gitar bass dan pemain organnya sememangnya benar-benar dapat sentuhan era berkenaan. Walau pun alat yang digunakan agak lebih mersik dari yang dulu tetapi dengan kematangan yang diraih dari usia ahli-ahli kugiran ini dapat mengekalkan keasliannya. Bob percaya ada diantara mereka ini sememangnya pernah menjadi ahli kepada kumpulan-kumpulan terkenal seperti D Fiction, The Wonderes, Orkes Nirwana dan lain-lain kerena sentuhannya amat asli sekali.

Pada satu masa dulu bob pernah juga beberapa lama bermain musik bersama satu kumpulan dengan Allayarham M Sharif yang sangat terkenal dalam usaha beliau menghidupkan kembali irama 60an ini. Ia itu semasa sebelum beliau menumpukan dalam usahanya itu. Tetapi pada pendapat bob, petikkan gitar dan irama M Sharif lebih kepada hanya kesinambungan era itu. Tidak seperti yang bob tonton pada hari minggu itu yang benar-benar kekal dengan sentuhan 60annya.

Walau bagaimana pun M Sharif adalah pemain gitar yang handal sehingga digelar "Fender Man of Malaysia". Beliau boleh menyanyi sambil jarinya memetik solo seakan penyanyi-penyanyi jaz terkenal antarabangsa seperti BB King dan George Benson. Begitu juga pemain trumpet terkenal tanah air Syed Agil yang sama seperti dengan Louis Armstrong.

Bagi pemain Keyboard pula kita lihat ramai pemusik kita yang mempamirkan bakat mereka ditepi-tepi jalan TAR. Sesekali bob terfikir jika mereka ini diberi perluang mungkin mereka juga sangat berbakat seperti yang ada pada Ray Charles dan Steve Wonder. Apa yang membezakan ialah lagu mereka ini selalunya lagu sedih tidak seperti penyanyi dan pemain lagu barat itu agak rancak dan bertenaga. Begitu juga pada satu masa dulu dimana pemain dan penyanyi solo gitar latin kita Alfred How yang boleh digandingkan dengan Jose Feliciano yang sangat popular walau pun mereka ini semua cacat penglihatan.

Kesimpulannya yang bob hendak ceritakan disini, ialah kita sememangnya kaya dengan artis-artis kita sendiri yang patut kita banggakan. Seperti artis era tahun 60an yang lebih dikenali dengan pop yeh-yeh yang telah berjaya mengurangkan tekanan budaya dari kemasukkan gejala The Beatle dan irama Rock n Roll pada zamannya. Kita juga lihat dan dengar ramai artis-artis kita seperti yang bob ceritakan diatas yang dapat melakukan apa yang dilakukan oleh artis-artis terkenal antarabangsa yang lain. Mereka ini sebenarnya telah banyak berjasa kepada pembentukan rasa seni masyarakat kita dinegara yang berbagai kaum ini.

Sebenarnya banyak yang boleh kita perkatakan tentang ini. Tetapi untuk kali ini biarlah setakat ini sahaja dulu kita kenangkan. Mungkin dilain kali kita boleh sambungkan lagi kisah perkembangan irama musik tanah air kita ini.

Beberapa soalan akhir dari bob, ada sesiapa yang kenal dan masih ingat lagi kepada Sayed Agil dan Alfred How? Mungkinkah kita sudah lupa pada Allahyarham Hamzah Dolmat, AR Azmi dan Taib Othman? Siapa pulak nama-nama seperti Saiful Bahari, Johar Bahar, Tony Soliano, Guz Tine, Datuk Johari Salleh, Ramli Salleh, Wan Salman, Ahmad Wan Yet, Kasim Masdor, S Atan dan.........


Posted at 10:21 am by bobzuwan
Comments (3)


Mar 25, 2005

Pucuk Rebung Tengah Air, Cucuk Hidung Mata Berair

Pada kali ini bob mengambil kesempatan untuk merujuk kembali tujuan blog ini diujudkan. Blog Di Celah-Celah Renungan ku ini adalah berpaksikan kepada kata-kata "...dari akar ku, berpencak rumpun, menjadi rimbun, tempat berteduh, yang mencengkam tebing, supaya tak rebak, dihanyut arus.....". Dari kata-kata ini sahaja sudah cukup menerang maksudnya dengan sendiri.

Sebenarnya kata-kata diatas adalah satu gambaran serumpun pokok buluh aur yang tumbuh subur ditebing sungai Perak berhampiran dengan sebuah rumah buruk bersetentangan dengan Kampung Pasir Salak. Tempat bersejarah dimana Dato Maharajalela dan Dato Seri Agar DiRaja (Dato Sagor) meniupkan api kepahlawanan orang Melayu menentang penjajah. Rumah buruk itu adalah rumah Allahyarham datuk bob dimana sebahagian dari tiangnya berdiri dan tercacak didasar sungai itu. Disinilah tempat bob dilahirkan dan darah pertama bob jatuh kesungai, dibawah arus terus kelaut. Dibawah rumpun buluh inilah bob mula mengenal kehidupan yang seperti sungai dimana tebingnya sentiasa berubah-rubah dari masa kesemasa mengikut rentak aliran arusnya yang adakalanya dalam dan adakalanya cetek.

Tulisan bob diblog ini adalah berdasarkan perkara-perkara dan kejadian dari pengalaman hidup bob dari dulu sampai kini. Cerita-cerita ini agar dapat menjadi panduan kepada generasi baru adik-adik dan anak-anak bob masakini yang mungkin cerita kehidupannya amat berbeza sekali. Pada bob, kenangan-kenangan ini perlu diceritakan untuk pengetahuan pada mereka ini sebagai sumbangan bob supaya generasi ini dapat melihat kebelakang sebelum memilih corak kehidupan yang menjamin kehidupan didunia dan diakhirat.

Oleh yang demikian ada juga kalanya bob mengulas tentang isu-isu semasa, perkembangan teknologi dalam bidang yang bob tahu dan yang bob minat, cerita tentang makanan dan masakan yang merupakan asas kehidupan seharian kita dan juga hal kekeluargaan. Perkara-perkara seperti adalah penting untuk diperkatakan selalu kerena kebimbangan yang sering melanda kita seharian mengenainya yang boleh melemahkan jatidiri kita.

Selain dari itu, ia hanyalah sebagai bahan bacaan sebagai hiburan bagi menceriakan minda pembaca dan juga moga dapat mencetuskan idea yang baik untuk tujuan-tujuan lain. Sememangnya dalam tulisan-tulisan bob ada mengandungi ransangan supaya kita berfikiran positif untuk melakukan perkara berkenaan secara kendiri. Moga darinya dapat membawa pengalaman baru bagi pembaca jika mencubanya sendiri.

Bob sememangnya sedar bahawa blog ini mempunyai banyak kekurangan. Tetapi dari sokongan ahli-ahli blogger yang lain, pembaca-pembaca, sahabat-sahabat dan kawan-kawan karib bob, ianya akan cuba bob perbaiki dari hari kehari.

Disini bob dengan berbesar hati ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada Alifah Luthfia atau Ifa Alyana (ATMASARI) yang secara langsung bertanggungjawab menjadikan impian bob berblog ini menjadi kenyataan. Beliau lah orang yang sentiasa berada dibelakang bagi menjayakan blog ini. Bob berjanji pada beliau yang bob akan tidak mensia-siakan usaha beliau itu dengan sentiasa memenuhi blog ini dengan tulisan-tulisan yang memberi munafaat.

Harapan bob kepada pembaca agar berasa selesa dengan tulisan-tulisan bob dan gunakanlah blog ini sebagai sudut untuk mencari sumber ilham. Bob akan berasa bangga jika pembaca-pembaca mendapat faedah dari membacanya sekurang-kurangnya menjadi bahan bacaan santai. Sebagai panduan, jika pembaca ingin merujuk kembali kepada tulisan-tulisan arkib yang telah lalu, bolehlah dilakukan dengan mengklik pada kalendar yang disediakan. Terima kasih!


Posted at 03:43 pm by bobzuwan
Comments (2)


Mar 24, 2005

Sang Kancil dengan Gajah

                    
....Gajah yang cepat berang.....                                        ...Sang Kancil.......

Mengukur kehidupan dengan dengan kayu sukatan mengikut runtunan nafsu adalah satu dari sebab mengapa kita manusia selalu membawa keburukan pada kehidupan dimuka bumi ini. Nafsu yang tidak terkawal adalah merupakan satu ruang yang lemah terbuka untuk kita terpujuk dengan bisikan syaitan. Kawalan inilah yang digariskan dalam Al Quraan yang telah diturunkan kepada umat manusia sejak seribu empat ratus lebih tahun dahulu. Dari panduan inilah dapat menyisihkan kita dari menilai sesuatu tindakan dan keputusan itu dari sudut yang memang mudah dipengaruhi oleh mata dan hati syaitan.

Amalan sebeginilah yang membezakan antara seorang mukmin dengan yang lain. Tetapi apa yang sering berlaku sekarang ialah terlalu banyak tindakan dan keputusan yang kita buat adalah tidak berpandukan kepada Al Quraan dan sunnah. Sudah tentulah hasilnya terselit dengan perkara yang tidak tepat dan jika kita sebagai pemimpin pula kita akan membuat keputusan yang kurang matang. Akibatnya kita akan membuat kerja yang berulang-ulang dan merugikan pengikut-pengikut kita sendiri. Apatah lagi jika kita lakukan tindakan dan keputusan dalam keadaan yang tergopoh-gapah dan terdesak. Sifat tergopoh gapah ini sememangnya menjadi sifat manusia sejak azali lagi. Manakala desakan pula datangnya dari nafsu yang ingin melawan masa. Akhirnya kita akan terperangkap dalam akibat tindakan tidak tepat kita sendiri.

Masih ingatkah lagi kita pada cerita usaha sang kancil untuk melepaskan dirinya setelah terjatuh kedalam perigi buruk? Beginilah ceritanya sebagaimana yang disampaikan oleh ibu saudara bob semasa mahu menidurkan bob dan adik-adik bob ketika kami kecil-kecil dulu. Seekor sang kacil sedang merayau-rayau sambil mencari makan. Kejadian ini kononnya berlaku dizaman Raja Sulaiman yang mana semua binatang tahu berkata-kata diantara satu sama lain.

Dijadikan cerita, entah bagaimana dengan tidak disedarinya sang kacil itu telah tergelincir dan jatuh kedalam sebuah perigi buruk yang besar dan agak dalam juga. Apakan daya telah dicuba berpuluh-puluh kali untuk melompat keluar tetapi tidak juga boleh. Terduduk dan termenunglahlah sang kancil itu dalam keletihan mengenangkan nasib dirinya yang akan mati kelaparan sendirian dalam beberapa hari lagi.

Tidak berapa lama selepas itu, lalulah seekor gajah berhampiran dengan perigi buruk itu. Apabia sahaja terpandang kepada sang kancil itu sedang termenung didalam perigi itu, maka bertanyalah sigajah itu mengapa sang kacil itu boleh berada disitu. Terlintas satu jalan didalam fikirannya bagaimana untuk melepaskan diri dari dalam perigi itu. Cepat-cepat dia menjawab meminta gajah itu memandang arah awan dilangit. Sambil berkata, lihatlah langit itu sedang berarak yang menandakan ia akan runtuh bila-bila masa sahaja. Sang kancil menerangkan tujuannya ia berada didalam perigi itu adalah tempat berlindung yang selamat apabila langit itu runtuh.

Terkejut besarlah sang gajah dan meminta kebenaran dari kancil untuk sama-sama berlindung didalam perigi itu. Setelah diberi kebenaran maka sang gajah pun melompat masuk kedalamnya bersama sang kacil. Sambil itu di terus melaung kepada binatang-binatang lain disekitarnya supaya datang berlindung bersama. Maka banyaklah binatang-binatang lain pun ikut terjun kedalam perigi itu dan membuatkan perigi itu menjadi penuh sesak dan kurang selesa.

Apabila keadaan kurang selesa dan berhimpit-himpit telah membuatkan penghuni perigi itu cepat marah. Dalam keadaan menanti saat-saat langit akan runtuh itu masing-masing dihimpit keluh kesah sang kancil yang duduk tersepit berhampiran sang gajah sering menyepak-nyepakkan kakinya pada kemaluan binatang yang berbadan besar itu. Ini membuatkan beliau marah dan memberi amaran akan melemparkanya keluar perigi. Tetapi sang kancil terus juga berbuat demikian dan akhir gajah menjadi terlalu berang dan melemparkan sang kancil dengan belalainya keluar dari perigi buruk itu. Maka terlepaslah sang kancil dari terperangkap didalam perigi itu lalu pergi mencari makan ditempat lain.

Apa yang dapat kita pelajari dari cerita ini ialah dalam keadaan yang tidak menentu, kita tidak dapat menggunakan fikiran kita dengan baik dan tidak merujuk kepada panduan yang betul ini akan menyebabkan kita membuat tindakan bodoh. Dalam keadaan tertekan dan resah juga kita akan menjadi cepat marah. Semasa kita dirasuk kemarahan kita juga senang mengikut bisikan nafsu. Apabila nafsu sudah menguasai pemikiran dan rasional ianya akan membuatkan kita bertindak dengan tindakan yang tidak wajar. Tindakan yang dilihat seperti orang hilang akal atau orang tidak menggunakan akal. Ini akan mendatangkan akibat yang buruk.

Keputusan-keputusan yang dibuat dalam keadaan ini juga dipengaruhi emosional kerena rasionalnya telah ditolak jauh ketepi. Oleh sebab itu kita mesti selalu merujuk kepada panduan hidup supaya apa sahaja tindakan yang kita lakukan adalah dijalan yang betul dan dijamin tidak mendatangkan akibat buruk pada orang lain.


Posted at 10:09 am by bobzuwan
Make a comment


Mar 23, 2005

Cendawan Goreng

           .....pemandangan dikawasan ladang teh yang sangat indah.......

Pada hujung minggu lalu bob telah membawa keluarga bob ke Cameron Highland. Turut bersama kami kali ini ialah ibu mertua bob. Idea untuk pergi kesana ialah apabila bob melayari laman web kajicuaca yang mengatakan suhu disitu adalah didalam lingkungan terendahnya ialah lima belas darjah selsius dan tertingginya dua puluh darjah selsius. Tetapi apabila bob berkesempatan untuk bertanya kepada penduduk disitu mengatakan waktu ini adalah musim panas dan suhu yang sejuk berlaku pada Disember. Walau bagaimana pun, bagi kami sekeluarga ianya sudah cukup nyaman dan kami berazam untuk datang kesitu lagi dimasa akan datang.

     

Pada pagi itu, setelah kami bersarapan ditempat penginapan kami terus Setesen MARDI yang terletak berhampiran dengan pekan Tanah Rata. Keluarga bob terpegun melihat keindahan disekitar kawasan itu. Taman "English Garden"nya yang dijaga rapi sangat menarik hati isteri dan ibu mertua bob. Kebun sayur dan bunganya yang telah sedia untuk dikunjungi merasakan kami seolah-olah bagai tetamu yang dialu-alukan kedatangannya. Bob dan anak-anak sempat juga memetik buah strawberry yang merupakan satu perkara baru bagi kami. Buah ini sebenarnya adalah buah yang paling banyak ditanam dikawasan tanah tinggi ini.

     

Selepas itu kami pergi pula mengunjungi ladang teh Sungai Palas. Walau pun jalannya agak sempit dan berbengkang bengkuk tetapi keindahan pemandangannya membuatkan anak-anak dan ibu mertua bob tidak henti-henti mengambil gambar. Setelah beberapa kali tersekat-sekat diperjalanan kerena bertembung dengan kereta-kereta dari pelawat yang lain akhirnya kami sampai juga kekawasan kilang teh berkenaan. Kawasan ini juga adalah kawasan dimana ditempatkan perkerja-perkerja ladang berkenaan. Setibanya disitu, anak-anak  bob tidak melepaskan peluang dan sibuk memerhatikan bagaimana teh yang sudah dipetik itu diperoses dan dibungkus. Kami sempat juga membeli beberapa bungkus teh yang berbagai jenis sebagai cenderamata.

Kemudian pada waktu makan tengahari kami singgah dikawasan gerai yang menjual berbagai-bagai buah-buahan dan sayur-sayuran. Bob tertarik pada satu lagi makanan baru orang disini iaitu cendawan goreng. Bob juga sempat membeli bebagai jenis cendawan ini yang digoreng dengan tepung sebagai makanan snek. Ini bob jadikan sebagai pembasuh mulut makan tengahari dan makan petang semasa melawat ketempat -tempat lain seterusnya. Makanan ini agaknya baru sahaja diperkenalkan disini kerena ianya tiada dijual semasa kunjungan kami pada tahun lepas. Bob juga membeli goreng keledek manis yang sangat sedap dimakan panas-panas dalam cuaca sejuk begitu.

Pada sebelah malamnya kami singgah di pasar malamnya di Berinchang yang sangat popular dengan jualan berbagai sayur-sayuran, bunga-bungaan, kraftangan dan makanan tempatan. Seperti biasa anak-anak bob tidak mahu melepaskan untuk minum air dan makan buah strawberry yang dicelupkan dengan madu.

Pada malamnya ditempat penginapan Ayu telah sempat menyediakan sayur campur dan sup sayur bersama cendawan untuk makan malam. Isteri bob pula telah menyediakan bubur nasi sebagai pilihan kami yang dimakan bersama goreng ikan masin. Sungguh menyelerakan dan tambah sedap apabila Fatin mengesyorkan bob supaya makan diberandah tempat penginapan kami itu yang sentiasa dibelai angin sejuk malam.

Pada keesukannya sebelum kami pulang kami singgah dibeberapa pasar buah dan sayur untuk membeli bunga dan sayur segar sebagai buah tangan kami. Ibu mertua bob sibuk membeli pokok bunga kesukaannya dan bob membeli beberapa bungkus bunga ros yang berbagai warna untuk isteri bob. Satu lagi makanan pelek yang bob cuba rasa dari kawasan ini dan bob bawa balik ialah snek kering kaktus. Tentu sekali ianya sedap apabila tidak dimakan bersama durinya.

Sebagaimana pada waktu datang kami melalui jalan dari Simpang Pulai Ipoh, oleh yang demikian kami pada waktu pulang juga pun kami mengambil keputusan untuk melalui jalan itu. Dari Berinchang kami sampai ke Ladang Teh Blue Valley dan menghala kekiri ke Pos Slim dan terus keSimpang Pulai. Sungguh cantik pemandangan disepanjang perjalanan itu. Bob pula rasa ianya lebih cepat sampai dan terasa sungguh penjimatan minyak bagi kereta kami. Dari Simpang Pulai kami masuk ke Lebuh Raya PLUS dan terus pulang ke KL.

(nota: tak jumpa sofe pun....ekekeke)

Posted at 08:45 am by bobzuwan
Comments (2)


Mar 22, 2005

Lubuk Puyu

      

....kerengga  tapi anaknya bersaiz lebih besar......                          ........ikan puyu...........

Sebelum bob mempunyai joran pancing seperti yang ada sekarang, bob dan kawan-kawan bob dikampung hanya menggunakan batang bertam dan buluh sahaja sebagai joran pancing kami. Paling mudah kami menggunakan batang perupuk yang agak kuat yang banyak terdapat disekitar kawasan kami memancing. Ikan yang kami pancing pun hanyalah ikan puyu, ikan perit atau pun ikan kaloi sahaja. Tali pancing jenis nylon dan mata pancing yang kami gunakan berbagai saiz memang mudah dibeli dari kedai dipekan kami.

Memancing ikan-ikan jenis ini tidaklah begitu sukar pada masa itu berbanding sekarang. Ikan-ikan ini mudah membiak dikawasan berair cetek atau paya-paya berkampiran anak sungai atau saliran yang berdekatan dengan lombong-lombong yang telah lama ditinggalkan. Oleh itu kami tidak perlu pergi meredah jauh kerena ianya mudah dipancing dipinggir-pinggir kawasan berkenaan. Walaupun tarikan ikan-ikan jenis ini tidaklah sekuat iakan haruan, tetapi joran yang digunakan mestilah cukup panjang dan kuat untuk sampai apabila dihulurkan kelubuk-lubuk mereka ini.

Oleh kerena kami memancing dari tepi kawasan berair ini, jadi hinggapan sang pacat adalah permainan biasa. Jikalau kita kena meranduk air, kita pula terpaksa tahan bermain dengan sang lintah. Selalunya inilah yang membuat bob rejan untuk pergi mengikut kawan-kawan bob memancing. Mereka ini selalunya lebih berani dan sentiasa mencari lubuk baru yang tidak pernah dikunjungi orang. Bob mengambil keputusan untuk pergi memancing bersendirian dan memilih lubuk-lubuk yang agak mudah dan selamat. Jadi hasilnya tentulah berbeza.

Mengikat tali pancing jenis inilah adalah perkara yang mudah. Mata pancing yang bersaiz halus perlu diikat kemas dihujung tali. Jarak kira-kira satu kaki setengah dari mata pancing itu akan diikatkan pula pelampung sepanjang satu inci yang dibuat dari sepotong isi batang bertam tadi. Kemudian tali yang sepanjang sedepa lebih ini akan diikat kuat pada penghujung joran kami tadi untuk melengkapkannya.  Umpan yang digunakan selalunya adalah anak dan telur kerengga atau sesekali kami gunakan cacing.

Mencari anak kerengga ini pula adalah bukan satu perkara yang mudah. Bukan semua sarang kerengga yang ditemui mempunyai anak atau telur kerengga. Masa yang sesuai untuk mendapat anak kerengga ini adalah diwaktu bulan sedang naik iaitu satu hingga empat belas haribulan Melayu. Manakala pokok yang disukai mereka ini adalah pokok mempelam dan jambu air. Inilah halangan yang sangat mencabar. Apabila kami telah menjumpai sarang-sarang berkenaan, kami akan melayarkannya dengan api. Selalunya ini kami lakukan dengan membakar suluh yang diperbuat dari seberkas daun kelapa yang kami sediakan sebelum kami pergi mencari umpan ini.

Apabila terkena sahaja api kerengga-kerenga ini akan mati dan tinggalah sarang yang didalamnya mengandungi anak dan telurnya yang sangat digemari oleh ikan puyu. Umpan ini akan kami punggut dan kami masukkan kedalam tin rokok dan ditutup kemas dengan tutupnya yang berlubang-lubang kecil. Sambil itu kami terus berjalan menuju kelubuk-lubuk pancing yang kami sukai.

Jika pada hari itu kami bernasib baik dan lubuk itu sememangnya dihuni oleh ikan, pancing kami akan cepat-cepat direntap oleh mereka apabila sahaja umpan mencecah air. Masih terbayang dimata bob akan pelampung pancing yang timbul dipermukaan air dengan tiba-tiba sahaja menjadi tenggelam ditarik dengan rakusnya kedasar dan menjadi tidak tentu arah. Berdegup kuat jantung kami dibuatnya. Apabila sahaja disentap tentu sekali ikan puyu akan mengelupur dihujung mata pancing dan ditarik kedarat. Seekor demi seekor puyu yang memakan umpan kami punggut dimasukkan kedalam bakul. Bob sangat berhati-hati ketika menanggalkan mata pancing dari mulut ikan ini kerena sisiknya yang licin dan sirip-siripnya yang sangat tajam.

Pada bob ikan puyu ini sangat sedap jika kita goreng dengan garam kunyit sahaja. Rasanya manis jika terus dibuat begitu setelah pulang dari memancing. Selalunya ia akan menjadi habuan lauk untuk kami makan malam bersama keluarga.

Apa yang paling membuat bob terkenang kembali kepada aktiviti kami ini ialah bagaimana kami berkongsi hasil pancingan semasa pulang dari memancing. Ini bagi mempastikan jika kami pergi memancing berkumpulan, semua kami akan membawa pulang sama banyak hasil pancingan kami. Pernah satu ketika bob tidak langsung mendapat ikan kerena badan bob kurang sihat dan kurang tumpuan, kawan-kawan bob sempat memasukkan masing-masing beberapa ekor hasil pancingan mereka kedalam raga bob semasa dalam perjalanan pulang. Inilah sifat dan semangat setiakawan yang sukar kita dapati masakini terutama dalam kehidupan metropolitan sekarang.


Posted at 08:38 am by bobzuwan
Make a comment


Mar 21, 2005

Rahsia Panjang Umur

Beberapa minggu yang lalu bob sempat bertemu dengan salah seorang sepupu bapa bob. Beliau adalah salah seorang dari bapa-bapa saudara bob yang masih hidup. Umurnya kira-kira lapan puluh tahun manakala isterinya juga adalah sepupu mak bob dan umurnya kira-kira tujuh puluh lima tahun. Ditempat bob, orang dulu-dulu ramai yang berkahwin seperti ini yang mana ada pertalian keluarga.

Tiba-tiba sahaja bapa saudara bob ini datang berbisik dengan bob tentang kesihatannya dan rahsia hidupnya yang masih sihat jika dibandingkan dengan saudara-saudara dan rakan-rakannya yang sama sebaya dengannya. Katanya, hidup mesti riang dan sentiasa sayang menyayangi antara suami isteri dan selalu membuang perasangka buruk terhadap orang lain. Selepas itu dia ketawa besar apabila bob mengusiknya bagaimana dia menunjukkan kasih sayangnya dengan ibu saudara bob itu. Dia menerangkan sejak dulu-dulu dia tidak akan masuk tidur selagi tidak ditemani oleh ibu saudara bob itu. Apabila sahaja bob memandang kearah ibu saudara bob itu, beliau tersenyum sambil mengangguk tanda mengiyakan.

Hasil dari satu kajian yang intensif selama lebih dua puluh tahun, kini pakar-pakar sains telah menulis beberapa buku yang mendedahkan rahsia untuk kita hidup lebih lama. Kajian yang khusus ini telah dilakukan pada penduduk-penduduk pulau Okinawa diwilayah Jepun. Pulau yang pernah mencetuskan ketegangannya dengan pihak Amerika Syarikat kerena disini terdapat pengkalan tenteranya yang terbesar dilautan Pacific. Dipulau ini juga pada masa penghujung perang dingin, berlakunya satu pendaratan perlarian oleh seorang juruterbang tentera udara Russia yang belot dengan jet MiG 21nya dipengkalan itu. Pendaratan ini juga telah membuka rahsia teknologi jet Russia itu yang sebelumnya sangat-sangat digeruni oleh musuh ketatnya AS ketika itu terutama semasa perang Arab-Israel tahun awal 70an.

Dari kajian-kajian yang dijalankan telah didapati kadar panjang umur penduduk disini adalah lebih tinggi dari tempat-tempat lain didunia ini. Dimana didapati juga orang-orang disini teramat kurang mengalami penyakit keronik seperti penyakit berkaitan dengan jantung, kanser, "stroke" atau angin ahmal dan penyakit tulang. Mereka hidup lebih bertenaga, kelihatan muda dan bersahaja. Lebih dari 34 orang didapati dari 100,000 orang penduduk disini berumur lebih dari 100 tahun berbanding dengan penduduk AS yang hanya 10 orang sahaja. Orang yang hidup lebih dari 100 tahun ini dipanggil sebagi gulungan "Centenerians"yang sememangnya tidak ramai dimuka bumi ini. Mari kita lihat jadual dibawah ini yang menunjukkan keistimewaan penduduk Okinawa ini :-

Kadar Daya Tahan Panjang Umur Dikalangan Penduduk

 

Umur yang diselaraskan dengan kadar Kematian (per 100,000 penduduk)

Rank*

Tempat

Jangka Hayat

Corak Pemakanan

CHD**

Cancer

Stroke

Sebab lain

1

Okinawa

81.2

Timur-Barat

18

97

35

335

2

Japan

79.9

Asian

22

106

45

364

3

Hong Kong

79.1

Asian

40

126

40

393

4

Sweden

79.0

Nordic

102

108

38

435

8

Italy

78.3

Mediterranean

55

135

49

459

10

Greece

78.1

Mediterranean

55

109

70

449

18

USA

76.8

Amerika

100

132

28

520

* Purata jangkahayat
** Coronary Heart Disease
Sumber: World Health Organization 1996; Japan Ministry of Health and Welfare 1996

Okinawa Centenarian Study. All Rights Reserved.

Apa rahsianya? Jika kita lihat diruang cara pemakanan dari jadual itu, ia telah menjawab rahsia tersebut.

Okinawa adalah sebuah pulau yang berbukit bukau. Ianya sukar untuk mendapati kawasan yang mengizinkan bagi tananam bijirin seperti padi dan gandum. Penduduk-penduduk disitu cuma boleh menanam sayur dan buah-buahan. Oleh itu corak pemakanan mereka ialah menjadikan sayuran buah-buahan dan ikan yang ditangkap dari persekitran laut sebagai makan ruji.

Jika dibandingkan dengan penduduk dikawasan lain seperti Hong Kong dan penduduk dipulau-pulau besar Jepun itu sendiri, sememangnya makanan ruji mereka adalah nasi. Dirumuskan bahawa makan nasi adalah jenis makanan yang hanya mengandungi kabohaiderat. Jika ada lebihan yang tidak digunakan untuk pembakaran tenaga oleh tubuh atau kerena kita makan nasi berlebihan ianya akan ditukarkan terus menjadi lemak dan gula pada badan. Inilah yang meransang untuk sistem tubuh kita mengalami penyakit-penyakit keronik seperti dinyatakan tadi. Oleh itu, jika kita ingin umur lebih panjang, perlulah menukar atau mengurangkan pergantungan makan kita daripada makan nasi atau roti. Walhal mengikut satu kajian bahawa manusia hanya baru mengenali makanan berbentuk bijirin ini hanya sejak 8,000 tahun yang lalu sahaja.

Ada juga pendapat yang mengatakan faktor genetik mempengaruhi sistem kekebalan tubuh dari penyakit-penyakit itu. Ujian telah dijalankan kepada beberapa penduduk Okinawa, dimana mereka telah dihantar untuk memulakan kehidupan dibeberapa tempat didunia ini seperti di Brazil, AS dan lain-lain. Didapati mereka yang keluar dari pulau ini lebih cepat mengalami masaalah penyakit keronik berkenaan jika dibandingkan dengan mereka yang hidup dipulau itu. Oleh itu disimpulkan bahawa faktor genetik tidak ada kena mengena sangat dengan daya tahan penduduk itu. Buku yang bertajuk "The Okinawa Diet Plan" banyak menceritakan tentang rahsia ini.

Apa yang boleh dipelajari disini ialah manusia boleh berbuat apa sahaja demi kemakmuran "hidup" mereka seperti usaha memanjangkan sedikit jangka hayat dan kesihatan. Tetapi bagi kita yang penting sebagai hamba Allah SWT bukanlah umur yang panjang itu menjadi ukuran. Apa yang perlu adalah pengisian kehidupan itu sendiri. Jika umur pendek sekali pun, kita telah berjaya jika semasa kita hidup itu kita benar-benar menjalankan peranan kita sebagai seorang hambaNya yang soleh. Ini adalah lebih baik dari umur kita yang panjang tetapi kehidupan kita dipenuhi dengan amalan yang mungkar.


Posted at 08:31 am by bobzuwan
Make a comment


Mar 17, 2005

Ciptaan dengan Penciptanya


                  ...........Korg musik workstation model Triton yang diburui........

Semalan bob ada terbaca satu tulisan dalam sebuah majalah mengenai perkembangan teknologi dalam sebuah syarikat pengeluar alat musik canggih. Siapa sahaja yang tahu tentang keyboard atau synthesizer tentu sahaja tahu tentang jenama ini ia-itu syarikat ini membuat alatan musik berjanama "Korg". Jenama Korg ini memang tidak asing lagi bagi semua ahli-ahli musik diseluruh dunia dengan setiap alatan yang dikeluarkan sentiasa dinanti-nanti dan mendapat sambutan yang hebat. Bolehlah dikatakan syarikat ini adalah diantara syarikat yang menjadi pendahulu atau peneraju dalam teknologi-teknologi baru dibidang musik elektronik masakini. Korg adalah menjadi pesaing utama kepada pengeluar seperti Roland, Yamaha, Proteus, Nord, Moog, Rhodes dan lain-lain.. Jika kita menonton rancangan "Jaz" ditv atau menoton persembahan pentas, kita akan dapat lihat ramai pemusik-pemusiknya menggunakan alat musik keyboard berjenama Korg ini.

Bob sendiri mempunyai sebuah synthesizer jenis rak O5R/W buatan Korg dan sebuah keyboard AV Wavestation Korg yang bob sering gunakan distudio bob. Memang tidak dapat dinafikan kedua-duanya mempunyai "bank" bunyi yang sangat bermutu dan fungsi alatnya yang sangat banyak dan luas. Ini menyebabkan bob tidak jemu-jemu meneroka kupayaan alat-alat ini dari masa kesemasa. Oleh kerena itu, harga alat yang berjenama ini sebenarnya adalah mahal dan bob hanya mampu memilikinya dengan membeli alat-alat ini dari kedai menjual barangan terpakai sahaja.

Jenama Korg ini adalah berasal dari nama K dan organ yang digabungkan menjadi Korg. Manakala "K" pula adalah singkatan dari syarikat pembuat alatan ini pada permulaanya ia-itu "Keio" yang ditubuhkan dalam tahun 1963. Nama syarikat ini pula adalah gabungan dari dua nama pengasas syarikat yang berasaskan dengan inovasi teknologi tinggi musik ini ia-itu En. Tsutomu Katoh dan En. Tadashi Osanai. Sebagai ciptaan pertama mereka telah mencipta dan mengeluarkan mesin "rythm" bernama "Donca matic". Seterusnya beratus-ratus model alat synthesizer dan keyboard dicipta sehinggalah sekarang ini. Alat-alat yang mereka cipta adalah alat yang terlalu canggih sehingga ada yang mendahului zaman seperti workstation musik bersiri model "Triton" yang menjadi buruan pemusik-pemusik profesional pada masa ini. Salah satu alat yang pernah mengemparkan dunia musik adalah "Workstation M1" nya keluaran tahun 1988 yang masih popular dan dikagumi sampai sekarang.



        ....En Katoh dengan ciptaannya.....

Itulah serba ringkas mengenai pengeluar teknologi canggih ini. Tetapi apa yang lebih menarik untuk bob ceritakan disini ialah tentang erti kejayaan teknologi yang sangat dibanggakan oleh En Katoh sendiri. Apabila ditanyakan apakah barangan ciptaan musik yang menjadi kebanggaan disepanjang empat puluh tahun pembabitan beliau dalam bidang berteknologi tinggi ini. Beliau memberi jawapan yang sungguh mengejutkan dan bob percaya ramai pemusik yang mengenali jenama Korg ini juga akan terperanjat. Beliau merasa teramat bangga dengan ciptaan sebuah alat penalaan nada musik atau "tunner" model WT-10 nya yang cuma berharga hanya US$67. Berbanding dengan alat-alat canggihnya yang lain berharga hingga lebih US$5,000 sebuah.

Mengapa pula alat ini yang dibanggakannya?. Sambil merenung kembali, beliau menceritakan bahawa pihaknya telah mengambil masa lima tahun penyelidikan sehingga tahun 1975 barulah alat ini dapat dikeluarkan. Ia dicipta untuk kegunaan murid-murid sekolah dan kumpulan brass band untuk mendapat talaan bunyi yang tepat bagi alat-alat musik mereka. Sebelum itu mereka terpaksa membuat talaan secara pendengaran sahaja. Jika adapun alat talaan berbentuk alat "strobos" yang ada pun cuma terdapat dimakmal musik yang tiap satunya berharga kira-kira US $3,350. Oleh itu dengan adanya alat talaan WT-10 yang mudah alih ini, ia memberi satu penyelesaian masalah pada gulungan-gulungan berkenaan yang dapat menala bunyi alat musik mereka dibilik-bilik darjah dan dipadang-padang sekolah. Beliau telah menerima banyak surat dari sekolah-sekolah menyatakan terima kasih mereka diatas inovasi alat ini. Inilah yang membuat beliau rasa sungguh kagum dengan ciptaannya itu.

Apa yang kita dapat pelajari disini adalah tentang ciptaan atau inovasi yang dapat memberi benar-benar menafaat kepada kelompok yang benar-benar berkeperluan dan sudah tentu menghargainya. Oleh itu apa sahaja pembaharuan yang kita cipta hendaklah difikirkan kesan daripada penggunaannya samaada dapat membawa munafaat kepada umah. Bukan pakai hentam sahaja atau kerena kecanggihan dan menyimpan maksud dengan harapan supaya pengguna yang mesti berubah dan belajar untuk menggunakan ciptaan kita atau mengikut apa yang kita mahu.


Posted at 08:46 am by bobzuwan
Make a comment


Mar 16, 2005

Hujan yang turun.....


               ...seronoknya!!!!.......

Satu lagi perkara yang bob dan kawan-kawan bob minati semasa kami bebudak dulu ialah bermain hujan dimusim hujan. Memang seronok apabila hujan hujan turun dikampung kami, tambah seronok ianya turun ketika kami sedang bermain bola dipadang sekolah pada petang hari. Jika hujan yang tiada diringi guruh dan petir kami akan terus bermain sehingga padang bola berkenaan dibanjiri air.

Kampung kami terletak disatu kawasan lembah kaki bukit. Jadi apabila hujan turun lebat, dalam masa yang sekejap sahaja laman-laman rumah kami dan padang bola disekolah kami akan digenangi air. Diceritakan oleh orang-orang tua kami, sebenarnya padang bola itu sendiri adalah pusat paya yang besar sebelum dibuat pengairan dan dijadikan sekolah. Oleh itu tidak hairanlah padang sekolah kami itu adalah merupakan sebuah padang yang sentiasa hijau sepanjang tahun dengan rumput-rumputnya yang subur dan lembut untuk kami berguling.

Apabila hari hujan pula ia akan berubah menjadi kolam yang sangat menyeronokkan sebagai gelanggang kami bermain-main. Bob masih terbayang bagaimana seronoknya kami menendang bola diatas permukaaan air yang menyebabkan kita beramai-ramai menjadi tidak tentu arah dan bersorak keriangan. Bola yang ditendang tidak selalunya sampai kepada tempat yang ditujukan. Air akan terpercik kuat dan kejar mengejar akan berkesudahan dengan jatuh teriarap diatas air. Ditambah pula kseronokan apabila tahi lembu yang sememang terdapat banyak dipadang itu akan terbaur dengan air hujan tadi menjadi bahan pekikan dan ketawa kami beramai-ramai sehinggalah hujan reda.

Pada waktu hujan turun juga, jika tidak bermain bola dipadang kami akan bermain hujan dihalaman rumah kami masing-masing. Bertambah seronok jika kami dapat main hujan beramai-ramai. Permainan galah panjang dan polis sentri adalah permainan kejar mengejar yang sangat mengasyikkan. Air dihalaman akan terpercik-percik apabila kami berlari-lari kejar mengejar kesana sini. Kami hanya akan berhenti apabila hujan reda.

Pada waktu-waktu begini, saliran air seperti parit dan longkang akan sentiasa dipenuhi air. Air parit ini akam melimpah membanjiri laman. Ikan-ikan yang sememangnya terdapat membiak dalam parit ini akan ikut bermain dilaman rumah kami. Apalagi, kami pun sering juga menangkap ikan yang sedang riang bermain-main dengan banyaknya. Dalam keadaan hujan yang lebat, tangguk dan raga menjadi alat penting untuk menangkap ikan-ikan ini. Ikan-ikan ini akan kami simpan dalam balang atau botol kaca sebelum kami lepaskan semula kedalam parit asal mereka.

Parit-parit ini jugalah tempat kami bermain kapal-kapal yang dibuat dari batang rembia. Kapal-kapal yang berbagai bentuk dibuat dengan menggunakan pisau akan terapung-apung berlayar mengikut arus didalam parit-parit ini. Ianya akan bertambah laju apabila air mengalir laju didalam parit tersebut semasa selepas hujan lebat.

Apa yang bob hendak sampaikan disini bukanlah tentang keseronokan main hujan itu sahaja, tetapi lebih kepada cara kami semasa kecil-kecil dulu menghayati sesuatu keadaan semulajadi alam. Jika hari hujan, kami main bola dalam hujan, kami menjalankan juga aktiviti kami yang lain dalam hujan. Tidak pula kami mengeluh kerena hujan atau pun sebaliknya kerena kemarau yang menyebabkan akctiviti-aktiviti kami terbantut. Jika musim kemarau dan berangin kami akan main layang-layang atau pergi mengagau ikan dilombong atau ditasik yang tinggal kering berlopak.

Bob dan kawan-kawan bob sekampung pada masa itu tetap bersyukur dan bergembira dengan apa sahaja yang anugerahkan oleh Allah SWT. Oleh sebab itu generasi kami adalah generasi yang cekal dan kuat jatidirinya. Sekurang-kurangnya tidak mudah kena selsema apabila terkena hujan ketika itu. Tetapi sekarang ini kita pantang terkena hujan. Apabila dirimbas sahaja air hujan, kita pun layaklah dianugerahkan cuti sakit oleh doktor kekadang sampai dua tiga hari.


Posted at 08:15 am by bobzuwan
Make a comment


Next Page




Best viewed in 1024x768
with IE5.x and above


:: ßob d' ßlogger ::

ßob / Yoep / Reduan
  • a father of 4 childrens
  • Perakians


    YM ID : bobzuwan

    ßob feelingBob's mood


    :: ßob's Chat ßoard ::
    Mari sembang bergebang...

    orang online di sini



       

    << March 2005 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04 05
    06 07 08 09 10 11 12
    13 14 15 16 17 18 19
    20 21 22 23 24 25 26
    27 28 29 30 31




    :: ßob's Camera of Life ::



    :: ßobby's ::


  • Maintenance :
    | DCCR | eMail | Photo |


  • Male/46-50. Lives in Malaysia/Selangor/Ampang/Kuala Lumpur, speaks Malay and English. And likes music/cooking.
    This is my blogchalk:
    Malaysia, Selangor, Ampang, Kuala Lumpur, Malay, English, Male, Rebzuwan, 46-50, Music, Cooking, Fishing.


    :: ßob's Hobbies ::

  • Memancing
  • MIDI/PC Music Composing
  • Memasak
  • Pantun


    :: ßlog ßuddies ::

  • Budak Opis
    .: Aida Munira
    .: Ain Rahmah
    .: Asma Hanim Hunny
    .: Antusemut
    .: Ifa Alyana
    .: Jamilah
    .: Maria Teo
    .: Najah Nasseri
    .: Putri Afzan Maria
    .: Sarini
    .: Shahrina + Fariz
    .: Siti Aishah
    .: Pushpa
    .: Wynn Irene N R

  • Geng Luar Opis
    .: Aizuddin Danian
    .: Mim Umi
    .: Lolyta Poniman
    .: BandarSepi
    .: Shahar
    .: Sharizal Shaarani

  • Geng Singgah Sini
    .: Adiq Lady
    .: Aida
    .: Ballack
    .: Cik Easy
    .: Dona Joliekins
    .: EP
    .: Faryna
    .: Fairy Mahdzan
    .: Idham AKMA
    .: Hana Kirana
    .: Inai @Japan
    .: Joyz
    .: Liza
    .: Ogy Kem Lambaian D
    .: Sofeanny
    .: Suraya
    .: Mat Piah
    .: Zety


    :: ßuddies' Photo/Mob Log ::

    .: Ervan
    .: Farah + Zul
    .: Haslinda/Yong
    .: Ifa Alyana
    .: Irene N R
    .: Maria Teo
    .: Mat Piah I
    .: Mat Piah II


    :: Fav ßookmarks ::


    Geng Jurnal
    RMKL.fm
    example link 3


    :: Others ::

    Dictionary
    English-Indonesia-English



    :: ßob's Million Thx ::

    Template by: Blogdrive
    Template altered by: Ifa Alyana
    Album by: Textamerica
    Statistic by: Nedstatbasic
    Images by: Google Image Search
    Background music by: A Girl From Ipanema

    Powered by SPiN


    :: Disclaimer ::




    Creative Commons License

    DCCR is licensed under a Creative Commons License.



    Hakcipta Terpelihara
    Rebzuwan M.D.©2003

    "Segala tulisan, pandangan, peringatan dan hasil laman ini adalah milik saya. Seandainya ada pihak yang terganggu-gugat kerananya bukanlah atas tanggungjawab saya"


    sejak 31st December 2003
    Web Counter
    Free Web Counter





  • Contact Me

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


    rss feed



    Blogdrive