| Home | My Old Blog | About Bob | Guestbook | Contact |



Apr 25, 2005

Pandai Tukang


Ketika bob menuntut diuniversiti dulu bob mempunyai ramai kawan yang berasal dari Johor. Kawan-kawan bob ini ada diantaranya adalah kawan bob yang sama berlajar disekolah asrama penuh dahulu. Sama-sama masuk ke universiti yang sama oleh itu kami menjadi lebih akrab.

Apabila ada peluang cuti pendek cuti atau panjang semester kami akan cuba bergilir-gilir beramai-ramai pulang kekampung salah seorang dari kami. Ramai juga diantara kawan-kawan bob ini telah pernah sampai kekampung bob dan menginap dua atau tiga hari dirumah bob untuk merasakan suasana kehidupan kami.

Pada salah satu cuti pendek, bob telah mengikut seorang kawan bob pulang kekampungnya di Pontian Johor. Kami pergi dengan menunggang motosikalnya. Pada masa itu bob masih belum mempunyai motosikal sendiri. Ketika itu kampungnya adalah terletak disatu kawasan pendalaman dikawasan itu yang bob telah lupa namanya. Dalam ingatan bob rasanya sangat sukar untuk kami hendak sampai disana kerena terpaksa melalui satu perjalanan yang jauh melalui jalan tanah merah, kemudian melalui jalan yang belumpur yang tidak pernah dimasuki oleh kereta.

Kawasan kampungnya benar-benar mundur dan kebanyakan penduduknya adalah orang Jawa yang menyara hidup secara bertani. Oleh itu tiap-tiap rumah adalah berjauhan antara satu dengan lain yang dipisahkan oleh kebun dan ladang mereka dan kadangkala hutan. Walau bagaimana pun bob dapat rasakan kehidupan mereka amat mesra dan sememangnya ada hubungan akrab diantara satu sama lain. Masjid, surau dan sekolah agama rakyat adala tempat mereka berkumpul dan menjalankan aktiviti bersama. Selama dua hari bob telah dibawa oleh kawan bob itu kesekeliling kampungnya menziarahi keluarga, rakan dan taulannya.

Apa yang mengkagumkan bob lagi adalah apabila bob dibawa pergi menzirahi seorang bapa saudaranya seorang ketua kumpulan ghazal. Kebetulan pula kumpulannya sedang menjalani latihan untuk sebuah pertunjukan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Dalam sesi latihan itu, kumpulan ghazal itu sempat juga mendendangkan lagu-lagu seperti Joget Johor Sport Club, Dia Datang, Pasir Roboh, Pak Ngah Balik dan lain-lain lagi.

Bob pun sempat membelek alat-alat musiknya. Apa yang amat memeranjatkan bob ialah hanya alat harmonium sahaja yang dibeli manakala alat-alat lain semuanya dibuat sendiri. Serulinng, biola, gambus, gitar, tabla, rebana, gendang, marakas, bonggo dan lain-lain semuanya di buat oleh bapa saudara kawan bob itu bersama rakan-rakannya. Bob telah ditunjukkan bagaimana caranya membuat biola dan bob masih ingat melihat sebuah gitar yang masih belum siap terletak diatas pangkin dibawah rumahnya.

Alat ini dibuat dari bahan-bahan tempatan. Contohnya badan gambus dibuat dari batang pokok nangka, biola pula dari kayu meranti, kulit lembu dan kambing untuk membuat gendang dan rebana. Seruling dibuat dari buluh yang terpilih dan marakas dibuat dari tempurung kelapa. Beberapa tahun yang lalu bob pernah berkunjung kesebuah kedai bengkel terkenal membuat gitar eletrik dan gitar akustik kepunyaan kawan bob di Ipoh. Sememangnya ia telah membuat tempahan dari pemain-pemain gitar terkenal ditanah air dan dari luar negara. Dia menerangkan sehingga masa itu beliau masih lagi tidak mahir untuk membuat bahagian "neck" gitarnya. Bahagian ini terpaksa beliau impot dari luar negara. Berbeza dengan kumpulan bapa saudara kawan bob tadi yang "neck" gitarnya pun mereka buat sendiri. Walau pun kualitinya tidak berapa setanding dengan yang diimpot.

Mengikut permerhatian bob, sebenarnya membuat alat-alat musik ini adalah memerlukan kemahiran yang sangat tinggi. Alat-alat ini dibuat oleh seniman atau pemain musik.Hanya pemain alat musik yang pandai bermain pahat dan kayu sahaja yang boleh berbuat demikian. Manakala tidak pula semua pemain alat musik berkenaan pandai bermain musik berbagai alat musik untuk membuat berbagai alatan itu. Dimudahkan sebagai begini, bagi membuat sesebuah alat ini ia memerlukan kemahiran tinggi sebagai seorang tukang kayu dan seorang pakar pemain alat musik berkenaan, apatah lagi untuk membuat berbagai alat yang lain. Tidakkah mereka ini digelarkan sebagai seorang seniman handal?

Oleh itu sehingga kini, setiap kali apabila bob mengunjungi kedai musik didalam dan diluar negeri dan membelek-belek alat-alat mahal yang dipamirkan, hati bob selalu bertanya tentang betapa tingginya kemahiran kumpulan ghazal bapa saudara kawan bob itu tadi. Setiap kali itulah bob akan teringat dan mengkangumi mereka bagaimana mereka boleh membuat alat musik mereka sendiri. Bagi bob mereka ini adalah bukan seniman biasa.


Posted at 11:22 am by bobzuwan
Comments (4)


Apr 22, 2005

Anugerah paling besar

Semalam pada 12 Rabiulawal kita sebagai orang muslim telah menyambut satu lagi hari besar iaitu hari ulang tahun kelahiran junjungan kita nabi Muhamad s.a.w. Kelahiran baginda adalah merupakan satu nikmat yang amat besar pada seluruh umat manusia sehingga akhir zaman. Beliau ditugaskan untuk menyampaikan risalah kebenaran dari Allah S.W.T. kepada hambanya untuk kesejahteraan didunia dan akhirnya diakhirat. Begitulah sayangnya Allah S.W.T. kepada hambaNya dengan memberi berbagai-bagai nikmat yang tidak pernah putus pada setiap kita. Kemudian diturunkan pula wahyu melalui rasul-rasulNya dari hamba yang terpilih untuk disampaikan kepada umatnya. Tetapi malangnya ramai diantara kita yang bersikap terlalu keras kepala dengan menolak rasul dan risalahNya ini dan beranggapan bahawa kita sahaja yang benar.

Inilah lah yang berlaku pada orang jahiliah pada zaman Rasulullah s.a.w. menyampaikan dakwahnya dulu. Mereka sentiasa menafikan apa sahaja yang disampaikan dan Rasulullah s.a.w. dihina dan difitnah dengan kejam. Keadaan ini seterusnya berlaku sehingga kini kepada apa jua usaha yang telah diamanahkan kepada alim ulama untuk meneruskan dan menyampaikan rsalah itu.

Berbagai cara dan helah dilakukan untuk meruntuhkan apa yang telah dibina oleh baginda sejak seribu empat ratus tahun lalu. Umat Islam kini dibelasah dari segenap sudut pada setiap masa. Penganut-penganut ugama lain pada masa ini pula sentiasa memandang umat Islam sebagai penganut ugama yang bermasaalah. Paling perit apabila ada dikalangan yang mengaku kononnya menganut ajaran baginda tetapi dengan terang-terang telah menolak sunnahnya dan sentiasa menghasut mukmin lain untuk masuk dikalangan mereka sehingga membuat mereka rasa keliru dimainkan oleh perasaan keraguan. Apabila penyakit ini menular dikalangan umat baginda ini sudah tentu akan menjadikan mereka lemah dan mudah diperkotak-katikan untuk meneruskan penyampaian risalah kebenaran baginda s.a.w. itu.

Pada masa kini orang mukmin terpaksa berhadapan dengan kumpulan yang meragukan keyakinan dari dalam dan dalam pada itu pula menghadapi tentangan yang hebat dari luar untuknya berkembang. Perkara-perkara sebegini sememangnya telah diterangkan oleh baginda s.a.w. melalui hadis-hadisnya sejak dulu lagi, tetapi tidak diambil peduli oleh kebanyakan kita dan pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Sebagai pengisian agenda menyambut hari keputeraan baginda s.a.w., perlulah kita merenung kembali sejauhmanakah tahap menerimaan kita keatas risalah yang telah disampaikannya. Bermula dari itu, perbaikilah dimana kelemahan kita selama ini dan mulalah kita masuk kedalam ajakan baru untuk menjadi seorang umatnya yang lebih bertaqwa kepada Allah S.W.T. Sebagaiman yang diseru oleh baginda supaya kita menjadi benar-benar kepada hamba Allah S.W T. Dengan melakukan apa yang diperintahNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya.


Posted at 09:48 am by bobzuwan
Comments (2)


Apr 19, 2005

Cerita Sebuah Gitar


Selesai sahaja bob menduduki peperiksaan akhir disemester akhir universiti dulu, bob terus pulang kekampung. Tetapi pada masa itu dikampung telah mula lengang kerena ramai kawan-kawan bob telah berhijrah ketempat lain, terutama di KL. Jika yang masih berada dikampung pun mereka sudah mengharungi penghidupan baru, hidup yang bergelut dengan mencari rezeki kerena sudah berkeluarga.Oleh itu kepulangan bob seperti orang yang sangat dimanjakan dengan tidak berbuat apa-apa jika dibandingkan dengan mereka. Dua minggu kemudian bob membuat keputusan untuk pergi semula ke KL walaupun berat meninggalkan keluarga.

Di KL pada masa itu ialah sebuah bandar yang sangat pesat membangun sebagai sebuah ibu negara yang terpaksa menampung kehendak pembangunan negara. Bangunan-bangunan pejabat dan perniagaan semakin rancak dibina sebuah demi sebuah. Ramai daripada kawan-kawan bob yang berhijrah kesini berkerja sebagai perkerja kontrak binaan bangunan ini. Akhirnya bob pun ikut serta dalam arus ini bagi menampung kehidupan bob sendiri.

Dalam pada itu ada diantara kenalan bob diibu kota ini sedang sibuk menubuh dan mencari pemain musik untuk bermain dikelab. Bob pun mengambil peluang untuk turut serta. Waktu siang bob berkerja ditapak pembinaan dan apabila malam pula bob bermain musik dikelab sejam dua. Oleh kerena bob masih muda dan mempunyai azan yang kuat, kedua-dua kerja ini dapat bob lakukan walaupun pendapatannya hanya cukup menampung keperluan sahaja.

Beberapa bulan kemudian bob berjaya membeli sebuah gitar akustik jenis "folk" sebagai tanda kenangan. Pada masa itu gitar tersebut berharga kira-kira seratus lapan puluh lima ringgit sahaja dan ianya dibuat dari negeri Jepun. Bunyinya sememanglah baik sehingga ada kawan-kawan bob menggunakannya untuk membuat rakaman albamnya distudio. Ada juga seorang sahabat bob yang ingin meminjamnya untuk membuat persembahan disebuah konsetnya di Pulau Pinang.

Gitar inilah yang sering bob gunakan untuk membuat persembahan selain dari alatan yang disediakan oleh kelab dan kumpulan berkenaan. Gitar inilah teman setia bob dikala bob sunyi dan sebagai alat yang telah melahirkan sumber ilham bob. Kemana-mana sahaja bob pergi bob akan sentiasa membawa gitar ini bersama.

Apabila bob telah berekerja tetap dan mendirikan rumahtangga, gitar ini menjadi teman bob apabila bob rindu kepada aktiviti bermain musik. Ini adalah kerena bob telah membuat keputusan untuk memberhentikan kegiatan bermain musik dikelab-kelab. Isteri bob sangat suka mendengar bob memetik gitar dan pernah juga dia mengesyorkan bob supaya sesekali pergi bermain dikelab. Tetapi bob tetap dengan keputusan bob untuk melupakan kegiatan itu dan menumpukan pada keluarga dan pekerjaan bob sebagai seorang pegawai kerajaan di JPM pada masa itu.

Pada ketika bob dipindahkan untuk bertugas disebuah kementerian. Sebaik sahaja mula bertugas disitu, bob telah dilantik menjadi timbalan yang dipertua kelab rekrasi kakitangannya. Bob mendapati beberapa orang kakitangannya mempunyai bakat bermain musik. Dalam beberapa acara resmi dan tidak resmi gitar bob telah digunakan untuk mengiringi acara-acara tersebut. Akhirnya bob membuat keputusan untuk menubuhkan satu kumpulan musik untuk kelab itu. Bob berusaha memungut beberapa alat musik dari kawan-kawan lama dan gitar bob ini juga telah dijadikan sebagai alat pelengkap kumpulan baru bob ini. Beberapa tahun kemudian kami telah dibelikan satu set lengkap alat-alat musik yang baru hadiah dari menteri yang berkenaan. Gitar bob ini pun pulang semula ketempatnya dirumah.

Dirumah gitar ini telah diusung pula oleh Hisyam kesana sini yang baru mula berjinak dengan musik. Oleh kerena sering bertukar tangan diantara kawan-kawannya dan tanpa pengawasan bob, seringkali didapati gitar ini telah mengalami beberapa kerosakan. Sehingga pada satu ketika, sayang sekali bahagian belakangnya telah terkopak. Menitis airmata bob melihatnya. Bob berusaha memperbaiki sendiri dan gitar itu akhirnya bob simpan sehingga kini. Gitar itu masih bob simpan hingga kini. Ianya masih baik walau pun telah beberapa kali bob perbaiki.Gitar tua yang banyak menyimpan kisah muda bob.

Apa yang bob hendak sampaikan disini ialah sebuah cerita tentang nilai sesuatu perkara atau benda pada seseorang yang selalunya tidak dapat dinilai atau dipandang oleh orang lain. Mungkin barang atau perkara itu murah dinilai dari segi harganya, tetapi ianya mempunyai nilai peribadi yang mendalam oleh tuannya. Oleh itu jika kita terpandang kepada sesuatu yang lusuh atau barang yang lama kepunyaan seseorang, bertanyalah selalu pada diri kita tentang nilai peribadinya kepada empunyanya. Jika perasaan ini selalu ada dalam diri kita, tentu sekali kita berasa tidak sampai hati untuk mengambil atau merosakannya jika terjumpa ditinggal ditepi jalan.

Kenangan lalu dari bob.....


Posted at 12:34 pm by bobzuwan
Make a comment


Apr 18, 2005

Seorang Sahabat

Petang semalam isteri bob pulang dari betugas luar kawasan sejak empat hari yang lalu. Kali ini beliau pergi kekawasan Tawau dan Sempurna di Sabah. Beliau berkata rombongan lawatan pejabatnya sempat juga melawat Pulau Mabol dan mengelilingi Pulau Sipadan dengan kawalan yang ketat oleh pasukan keselamatan. Bob yang tidak pernah menjejakkan kaki kesana semalaman asyik mendengarkan cerita beliau tentang keindahan alam lautan disitu. Beliau menceritakan disepanjang perjalanan kepulau-pulau itu, dari atas bot sahaja, sudah kelihatan gubahan karangan dilaut yang berbagai warna kerena kejernihan airnya yang tidak tercemar.

SiDarlie pula buat hal, selama isteri bob tiada dirumah sudah tiga kali jiran-jiran bob menghantarkannya pulang. Timid pula asyik mengiau didepan pintu bilik bob. Sparky dan Kiwi asyik bermain diluar, asyik bergelumang dengan pasir dihadapan rumah bob. Apabila isteri bob turun dari teksi, berkejaranlah mereka berkerumun menyambut orang yang dinanti. Begitulah hal jika isteri bob pergi bertugas diluar kawasan.

Semalam juga kami menyambut hari lahir Fasya. Manakala pada hari miggu yang lalu kami telah juga menyambut hari lahir Ayu dan hadiah istimewanya ialah alat pemain MP3. Hadiah istimewa Fasya pula ialah alat cd walkman. Inilah yang membuat Fatin ternganga. Seperti biasalah masing-masing mereka mendapat sebiji kek. Semalam Ayu menyediakan masakan sepegati dan makaroni untuk kami sekeluarga.Hisyam membeli seekor ayam untuk digoreng madu. Bob pula sempat membeli air rut bir dari A&W. Apabila diletakkan ais kerim vanila diatasnya, kami sekeluarga pun dapatlah menikmati rut bir "float"sebagi minuman.

Tiba-tiba sahaja bob terkenang pada seseorang yang telah lama bob tidak temui. Seorang sahabat yang telah lama terputus hubungan. Sahabat yang sanggup menunggu ditepi katil apabila kita dalam kesakitan. Sahabat yang meminjamkan baju tebalnya apabila kita mengalami kesejukan. Sahabat yang sanggup menhulurkan bantuan apabila kita dalam keadaan sangat memerlukan. Seorang sahabat yang tidak banyak cakap apatah lagi mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan orang lain

Bob telah mengenali beliau semasa sama-sama menuntut ditingkatan enam disebuah sekolah asrama penuh di KL dulu. Beliaulah adalah sebagai orang pertama tempat bob menaruh kepercayaan apabila buat pertama kalinya bob berjauhan dari keluarga dan orang-orang yang bob kenali. Dia telah mengajar bob tentang erti kehidupan bersahabat dibandar ini ketika itu.

Beliau merupakan sorang yang aktif didalam pasukan pengakap disekolah. Melalui aktiviti-aktiviti kumpulan inilah beliau telah membawa bob bersama untuk menyertainya. Kami telah sama-sama pergi ke Pulau Pinang, ke Johor Bahru dan ke Kuantan untuk menyertai aktiviti-aktiviti perkhemahan pengakap. Bob masih ingat sewaktu kami berkhemah dihutan kami telah ditimpa hujan. Sebagai seorang bukan ahli pengakap bob kurang bersedia menghadapi perkara-perkara seperti itu. Dia telah bersusah payah meminjamkan baju tebalnya ketika bob dalam keadaan kesejukan.

Satu hari semasa bob berada ditingkatan enam atas bob telah diserang sakit gastrik. Ini telah membuatkan bob muntah-muntah dan diserang demam. Bob telah dimasukkan keklinik sekolah yang terasing jauh dari bilik asrama kami. Maklumlah, terlalu banyak cerita yang telah didengar apabila bermalam berseorang disebuah bilik disekolah berasrama. Tiba-tiba sahaja sahabat bob ini datang membawa bantal dan selimut untuk menemani bob pada malam itu. Tentu sekali kita tidak akan dapat melupakan seorang sahabat seperti ini.

Pada awal bob mendirikan rumah tangga dengan tanpa disangka beliau yang juga sudah berumah tangga tinggal dirumah sewaannya yang  berdekatan dengan rumah sewaan bob. Oleh yang demikian, persahabatan kami pun berlanjutan lagi. Satu masa bob telah menghadapi masaalah kewangan semasa hendak membuat penempahan untuk membeli rumah sendiri. Beliau yang merupakan ahli perniagaan yang baru ketika itu telah bersusah payah menghulurkan sedikit pinjaman kepada bob. Kami berpisah apabila bob berpindah kerumah baru bob. Perhubungan kami terputus apabila beliau juga telah berpindah kerumahnya sendiri yang gagal bob kesan.

Begitulah kenangan bob pada seorang sahabat yang bernama Shamsuddin Madon berasal dari Johor. Bob doakan semoga beliau dan keluarganya sentiasa didalam kesejahteraan dan dipelihara Allah S.W.T. Selalu.....Jika ada sesiapa yang terserempak dengan beliau silalah berhubung dengan bob. Macam jejak kasih kat tv tu le.


Posted at 06:16 pm by bobzuwan
Make a comment


Apr 15, 2005

Pusat

Sejak akhir-akhir ini bob sering terkenang pada ibu-ibu saudara bob. Entah mengapa, agaknya mungkin kerena mereka pun juga teringatkan bob. Mereka ini sebenarnya sangat rapat dengan mak bob kerena mereka menganggap yang mak bob bukan sahaja kakak ipar mereka tetapi sebagai ganti ibu mereka. Ibu mereka ia itu opah bob meninggal dunia ketika mereka masih kanak-kanak lagi berumur antara tiga dan lima tahun. Datuk bob pula (sebelah bapa) telah meninggal dunia terlebih dahulu. Oleh itu bapa bob terpaksa memutuskan untuk berkahwin dengan seorang sepupu jauhnya, mak bob pada usia muda ia itu lapan belas tahun. Inilah sebabnya sehingga kini bapa-bapa saudara dan ibu-ibu saudara bob tersangat rapat dengan bapa dan mak bob.

Apabila ibu-ibu saudara bob ini telah bersuami mereka tetap pulang kerumah kami ia itu rumah pusaka peninggalan datuk bob tersebut. Kepulangan yang paling bob ingat ialah salah seorang ibu saudara bob tadi ketika untuk melahirkan anak sulungnya. Mak boblah yang bersusah payah membantu ibu saudara bob itu ketika dan selepas bersalin.

Apabila tiba masanya, kami sekeluarga masing-masing menjadi resah. Walau pun ketibaan mak bidan dapat megurangkan keresahan tetapi kami terus diganggu kebimbangan kerena melihatkan keadaan ibu saudara bob itu dalam kesukaran.Mak bidan dan pembantunya kelam kabut turun naik dari bawah keatas rumah. Bob masih terbayang ketika beliau membawa naik sekeping kulit buluh tajam yang disiat dari sebatang buluh mati dikawasan rumah kami. Pada zaman itu kesemua orang bersalin dikampung bob memakai khidmatnya ia itu seorang bidan kampung. Mereka ini sememangnya banyak pengalaman dan telah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh jabatan kesihatan dari masa kesemasa.

Pada satu ketika bapa saudara bob diarahkan mengambil beberapa perdu nenas untuk diletakkan dibawah rumah dimana tempat ibu saudara bob itu bersalin.Hari telah hampir petang dan sejak pagi tadi ibu saudara bob tidak berhenti-henti mengerang kesakitan. Kami makin bertambah risau kerena darah telah mula keluar dan menitis jatuh ketanah dari celah-celah tikar mengkuang dan meresap meleleh dari celah-celah lantai menimpa daun-daun nenas tadi. Erangan ibu saudara bob makin kuat dan panjang. Kami pula mendengarnya dengan penuh debaran dan keresahan.

Tiba-tiba sahaja mak bob memanggil bapa bob ketempat bersalin itu yang merupakan bahagian tengah rumah diantara ibu rumah dengan bahagian dapur. Kemudian apa yang bob dengar ialah suara azan yang panjang dialunkan oleh bapa bob. Laungan azan ini disambut dengan bunyi erangan kuat dari ibu saudara bob tersebut. Apabila tamat sahaja bapa bob melaungkan azan kami dapat merasakan suatu keadaan yang melegakan. Erangan ibu saudara bob makin lama semakin lemah dan terus berhenti. Pada ketika itu mak bob pula sibuk keluar masuk bilik dan dapur mengambil kain dan menjerang air. Sambil itu sayup-sayup kedengaran suara tangisan bayi yang sangat-sangat kami nantikan. Pada ketika itu kami bebudak sudah tidak dihiraukan lagi. Bob pun mengambil kesempatan untuk meninjau apa yang sedang berlaku.

Masih terbayang dimata bob dimana mak bidan itu sedang memotong tali pusat sepupu bob yang baru dilahirkan itu dengan menggunakan sembilu buluh itu tadi. Ketika itu keadaan sepupu bob itu masih berlendir dan berlumuran dengan darah yang merah. Kelihatan juga ibu saudara bob dalam keadaan pucat memejamkan matanya. Agaknya sedang menahan sebal oleh kesakitan yang teramat sangat. Walaupun begitu kami semua berasa lega kerena semuanya telah selamat. Kemudian kedengaranlah bapa saudara bob menqamatkan anak perempuan sulungnya itu. Alhamdulillah...

Bila bercakap tentang pusat ini bob teringat pula kepada kata-kata orang tua-tua. Sesiapa yang mempunyai pusat yang berlubang jauh kedalam akan berkahwin dengan orang jauh, manakala sesiapa yang mempunyai pusat yang cetek akan berkahwin dengan orang dekat. Sampai hari ini bob masih tidak faham. Dulu ketika masih bujang setiap kali bob membelek pusat bob ianya kelihatan cetek. Oleh itu bob hanya membayangkan yang bob akan dijodohkan dengan orang dekat. Tetapi hakikatnya tidak pula begitu kerena isteri bob sekarang adalah orang Singapura. Agaknya kalau pusat bob terjembul keluar bagaimana pula jodoh bob?. Mungkin ramai... Tetapi apabila sudah berumur kini pusat bob telah menjadi tengelam kedalam. Mungkin kata-kata orang tua itu bermaksud terbalik agaknya, dimana keadaan pusat sepatutnya mengikut siapa jodoh kita agaknya.

Dulu semasa bob muda-muda belajar silat dikampung, guru silat bob ada mengajar petua jikalau hendak menjadi orang yang berani. Begini buyinya jampinya. "Om bali bali, bali om bali bali. Turun darah pusat naik darah berani. Berkat........". Mentera ini dibaca sewaktu hendak keluar rumah terutama ketika waktu bulan gelap. Jika ada kawan-kawan yang hendak mencuba mengamalkannya kenalah berjumpa dan berjabat dengan bob. Tetapi sebelum datang berjumpa tolonglah sediakan dan bawa pengkerasnya sekali.

Pusat kesihatan, pusat snooker, pusat rawatan, pusat derma darah, pusat sumber, pusat bayaran setempat dan pusat pungutan zakat sememangnya tidak sama dengan pusat-pusat yang semakin banyak terdedah dipusat-pusat bandar. Ini adalah kerena ada kelihatan pada sesetengah dari pusat-pusat itu yang bertindik terutama pada pusat yang mempunyai garispusat yang besar. Keadaan ini sememangnya banyak terdapat dipusat-pusat hiburan. Tidak kurang juga terdapat didalam pusat-pusat pengajian tinggi yang mana pelajar-pelajarnya telah disaring oleh unit pusat universiti.

Dibahagian belakang pusat khidmat wanita yang terletak berhadapan dengan pusat kepakaran dan reproduksi manusia dan bersebelahan dengan pusat penerangan pelancungan terdapat ramai orang yang bertatu dibahagian pusatnya. Ianya sering dipaparkan oleh pusat berita tv dan menjadi isu yang sering dibincangkan dipusat islam sejak berlakunya gempabumi yang berpusat dibarat sumatera.

Manakala dibelakang stor pusat kastam menghala ke pusat penyelaras mencari dan menyelamat jabatan laut yang bersebelahan dengan pusat khidmat kontraktor pula terdapat ramai bekas-bekas penghuni pusat pemulihan. Keadaan yang sama juga terdapat di belakang pusat-pusat pengumpulan bahan kitar semula dibelakang pusat beli-belah. Mereka ini dulunya sering berkumpul dibelakang pusat tibi negara yang berhampiran dengan pusat perubatan tawakal. Keadaan begini selalunya tidak diambil kisah oleh kerajaan pusat yang berpusat dipusat pentadbirannya di putrajaya yang dulunya berpejabat di pusat bandar damansara

Cuba tolong kirakan berapa banyak terdapat pusat yang diperkatakan diatas. Jika sudah tahu jawapannya, sila hantar kepusat timbantara yang terletak berhampiran dengan pusat sain negara...selamat mengira pusat. 

 


Posted at 10:35 am by bobzuwan
Make a comment


Apr 14, 2005

Dibuang Sayang

Sudah lebih tiga tahun ianya tidak pernah lagi digunakan. Akhir sekali bob cuba menggunakannya ktika kami hendak membawanya bersama semasa pergi bercuti di Bukit Fraser pada pertengahan tahun lalu. Ianya terus sahaja disimpan apabila tidak boleh berfungsi lansung. Bob pernah cuba membeli bateri khas yang agak mahal dan boleh dicas semula untuknya, tetapi ianya tetap kaku dan tidak boleh digunakan.Oleh yang demikian tersimpanlah ia bersama-sama aksesorinya didalam tempat simpanannya begitu sahaja.

Baru-baru ini isteri bob telah pun membeli penggantinya yang walau pun agak murah tetapi mempunyai berbagai fungsi. Kali ini bob hendak bercerita tentang cd walkman isteri bob yang telah dibelinya dilapangan terbang Hetrow semasa beliau "transit" untuk pulang dari Sweden lima tahun yang lalu. Ketika itu harganya agak mahal lebih dari seribu dua ratus ringgit kerena jenamanya yang popular, model terkini dan nilai tukaran wang kita yang cukup rendah. Inilah yang membuat bob agak rasa terkilan apabila dia membawa pulang alat itu sebagai tandamata untuk kami sekeluarga. Walhal di Jalan Pasar memang ianya mudah dan murah didapati walau pun bukan dari model dan jenama yang berkenaan.

Sebagai pelengkapnya, selain dari bateri cas semula, bob sendiri telah membeli "headphone" dari model yang terkini dan dari jenama yang sama. Memanglah kualiti bunyinya sangat baik. Isteri bob pula sememangnya suka membuat koleksi alat-alat mini seperti ini untuk digunakan apabila beliau bertugas diluar kawasan.

Dua tiga hari sebelum isteri bob membeli penggantinya, bob pernah singgah dibeberapa kedai yang menjual alat jenis ini yang sama jenamanya untuk mendapatkan maklumat mengenai bagaimana alat ini bolih diperbaiki. Antara jawapan yang bob terima ialah, oleh kerena ianya dibeli dari luar negara dan tempuh "warranty"nya pun sudah lama luput, pihaknya tidak bolih berbuat apa-apa. Sebaliknya pihak kedai itu menyuruh bob menggantikannya dengan yang baru. Hampa sungguh rasa hati kami. Inilah yang mendorong untuk iteri bob menggantikanya dengan yang lain.

Malam semalam setelah selesai solat Isya’, bob telah cuba membelek-belek alat itu sekali lagi. Memang ia tidak berfungsi lansung. Dua tiga kali bob tukarkan baterinya pun ia masih lagi kaku. Dalam perasaan yang ingin tahu bob pun pergi mengambil alat "multimeter" bob untuk menentukan samaada alat ini telah sempurna menerima bekalan letriknya. Oleh kerena alat ini mempunyai bekas bateri yang berasingan yang menyerupai tabung seakan sebatang pen dan tabung ini disambungkan pula kepada unit cd walkman ini dengan seutas wayar, bob pun mula mengujinya dari tempat itu. Alat ini dijanakan oleh dua biji bateri jenis "AA".

Apa yang memeranjatkan bob ialah didapati aliran kuasa letriknya tidak pun sampai sepenuhnya kepada unit ini. Sahlah pada fikiran bob bahawa tabung baterinya mempunyai masaalah. Setelah beberapa kali bob membersihkannya dan membuat beberapa ujian, barulah elektriknya dapat mengalir dengan sempurna. Bob menggunakan segumpal kecil wayar tembaga haluss ebagai penyelesaian masalah pengaliran letrik dalam tabung bateri ini. Seterusanya alat cd walkman itu kini telah dapat digunakan seperti biasa.

Dari cerita ini apa yang dapat kita pelajari ialah bahawa setiap kita mestilah mempunyai sikap untuk mengambil tahu mengenai sesuatu itu atau dalam bahasa inggerisnya bersikap "intuitive". Janganlah kita suka bersikap sambil lewa yang akhirnya kita sentiasa diburu kerugian dan pembaziran.

Bayangkanlah betapa menimbunnya dalam lambakan barang-barang buangan, benda-benda yang masih boleh digunakan dengan sempurna seperti ini terbiar reput begitu sahaja.Alangkah ruginya kita dan tentulah melibatkan kerugian yang teramat besar nilainya kepada masyarakat jika jumlahnya yang banyak. Walhal pada sesetengah orang yang berani mencuba daya kerativitinya, telah terbukti dapat menukarkan barang-barang buangan terpakai kepada sesuatu perkara atau barangan lain yang boleh digunakan, seterusnya pun boleh memberi pulangan kepadanya. Apatah lagi kepada barang-barang kita seperti yang bob ceritakan tadi yangmana hanya mengalami sedikit terencat, kita telah mengambil keputusan untuk membuangnya atas alasan tidak boleh digunakan lagi. Ini adalah hanya kerena kita tidak mempunyai sikap "intuitive" begitu.

Hanya sebagai renungan dari bob yang rasanya telah banyak kali bob bicarakan.....


Posted at 03:56 pm by bobzuwan
Make a comment


Apr 13, 2005

Budak Dengan Pisang

Entah kenapa bob masih tidak tahu sebabnya mengapa sebuah cerita yang pernah diceritakan oleh ibu saudara bob sangat meninggalkan satu perasaan yang mendalam hingga kini. Cerita ini telah diceritakan oleh beliau semasa bob dan adik-adik bob hendak masuk tidur bersamanya ketika kami kecil-kecil dulu.

Ia mengisahkan tentang sebuah keluarga peladang yang terdiri dari seorang ayah, ibu dan seorang anak lelaki. Mereka hidup dengan bertanam pokok-pokok kontan seperti pisang, betik, nenas jagung dan sayur-sayuran diladang kepunyaan mereka sendiri. Rumah keluarga ini terletak ditengah ladang itu yang juga bersambung dengan sebuah bangsal tempat menyimpan hasil tanaman mereka sebelum diambil oleh peraih. Pasangan suami isteri ini sentiasa berganding bahu dan sangat rajin berkerja diladang mereka yang sangat subur itu. Jika suami masuk keladang, siisteri pula akan sibuk dirumah dan dikawasan sekitarnya untuk memelihara binatang ternakan seperti ayam itik dan tanaman sayur-sayurannya.

Pada satu hari apabila anak lelaki ini sudah berumur kira-kira lima tahun, sibapa telah membawa anak lelaki nya itu untuk mengikut beliau keladang. Pada kali ini sibapa itu sedang menanam semula pokok-pokok pisang emasnya yang telah pun ditebang. Benih-benih anak pisang emas yang terpilih ditanam satu persatu kedalam lubang yang digali. Sianak pun memilih salah satu dari benih pisang emas itu dan menanam sendiri mengikut seperti yang dilakukan oleh bapanya. Sambil tersenyum sibapa itu memuji anak dan memberi galakan apa yang telah dilakukan oleh sianak itu.

Setelah itu, setiap kali mereka pergi keladang, sianak akan pergi melihat anak pokok pisang emas yang telah ditanamnya itu dan menentukannya ia tumbuh dengan subur. Kian hari pokok pisang itu tumbuh subur dan membesar. Ianya selalu dibelai dan dibawa bicara oleh sianak itu. Apabila tiba masanya pokok pisang itu dan pokok -pokok pisang lain pun mengeluarkan jantungnya dan kemudian berbuah dengan suburnya.

Tandan pisang itu semakin lama semakin tua dan akhirnya tibalah musim menebang pisang-pisang diladang itu. Pisang itu pun turut ditebang dan sianak mempastikan pisang itu diasingkan dari pisang-pisang lain. Ini kerena beliau berkehendakkan pisang itu tidak akan dijual dan hanya untuk dimakan oleh keluarganya sahaja. Oleh kerena pisang itu masih hijau, sibapa pun menyimpan pisang itu diatas para dalam bangsal dibelakang rumahnya.

Hari demi hari sianak itu akan menjengah keatas para itu untuk melihat pisang berkenaan samada telah masak untuk dimakan. Beberapa hari kemudian terlihatlah oleh beliau yang kesemua setandan pisang itu telah berwarna kuning dan boleh dimakan.

Sebagai seorang anak tunggal yang terdidik dengan adab, sianak itu pun berlari kapada ibunya untuk meminta izin bagi mengambil beberapa biji pisang itu untuk dimakan. Tetapi oleh kerena siibu itu sedang sibuk memasak didapur, dia dengan sambil lewa meminta anaknya untuk pergi mendapat persetujuan dari bapanya diladang. Berlarilah sianak itu jauh kedalam ladang mencari bapanya. Oleh kerena bapanya dalam keadaan sibuk membersihkan pokok-pokok nenasnya dan dalam keadaan panas sibapa itu tidak sangat mengambil perhatian tentang permintaan anaknya itu. Dari jauh dia mencadang supaya pergi berjumpa ibunya untuk mendapatkan keizinan.

Berlarilah pula sianak itu kembali kerumahnya untuk berjumpa ibunya. Tapi kali ini siibu sedang sibuk memberi makan ayam-ayam peliharaannya. Dia langsung tidak membenarkan sianak itu mendekatinya kerena takutkan menganggu ayam-ayam yang sedang makan. Dari jauh siibu menyuruh anaknya sekali lagi menyuruh anaknya itu berjumpa dengan bapanya untuk mendapatkan keizinan. Sianak itu pun berlarilah kembali keladang dan kali ini sibapa telah jauh masuk keladang jagungnya. Setelah melaung-laung dari jauh bapanya menyuruh sianak kembali kerumah meminta keizinan untuk memakan pisang itu dari ibunya. Begitulah seterusnya sehingga beberapa kali sianak itu terpaksa berulang-alik berlari.

Dalam keletihan sianak itu berlari berulang alik dari ladang kerumah dan dari rumah keladang,  perlahan-lahan beliau telah menyimpan rasa jauh hati terhadap kedua orang tuanya. Pada fikirannya dia merasakan bahawa kedua-dua mereka ini tidak lagi mahu ambil kisah tentang dirinya. Mereka hanya sibuk dengan kerja mereka masing-masing. Setelah beberapa kali berulang-alik, semakin lama perasaan ini semakin kuat hingga timbul rasa merajuk. Dalam keletihan beliau berlari-lari itu perasaan merajuk itu semakin menebal dan membuatkan dia berputus asa.

Akhirnya beliau berhenti dan terus pergi menghala kereban ayam dan memanggil ayam kesayangannya. Ayam ini adalah seekor ayam jantan yang besar yang telah diberikan oleh ayahnya sejak beliau kecil lagi. Ianya sangat jinak dan merupakan teman baik bagi sianak ini yang sering kesunyian kerena bersendirian tidak mempunyai adik-beradik lain dan tinggal ditengah-tengah ladang yang luas itu. Apabila sahaja dipanggil, ayam itu pun datang mendekatinya seolah-olah ia tahu yang tuannya dalam kesedihan. Sambil menangis dan terlalu sedih sianak itu terus meluahkan perasaannya kepada ayam itu sambil mengurut-urut belakang ayam tersebut. Entah macam mana, tiba-tiba sahaja ayam itu semakin diurut  ianya menjadi semakin besar sehingga sebesar saiz yang memboleh sianak itu naik diatas belakangnya.

Dalam perasaan yang terlalu merajuk sianak itu terus menaiki belakang ayamnya itu dan ayam itu pun mengembangkan sayapnya lalu terbang. Mereka terbang disekeliling rumah beberapa kali dan terlihatlah oleh siibu. Demi keselamatan siibu itu pun menyuruh anaknya turun tetapi tidak diendahkan. Barulah dia teringat akan permintaan anaknya tadi dan beliau terus kebangsal mengambil beberapa biji pisang untuk memujuk anaknya itu. Pada waktu itu juga sibapa telah pulang dari ladang dan turut memujuk anaknya itu dengan menghulurkan beberapa biji pisang berkenaan. Tetapi sianak telah terlalu merajuk hati dan ayamnya terus membawa dia terbang jauh tinggi keudara dan hilang entah kemana. Tinggallah pasangan suami isteri itu dalam keadaan yang penuh dengan kekesalan.

Apa yang kita dapat belajar dari cerita ini ialah tentang sikap ambil kisah yang mesti ada dikalangan kita apatah lagi dalam hubungan antara ibubapa dengan anak, suami isteri atau diantara ahli keluarga. Mungkin ada masanya kita terlepas pandang tentang hal ini yang mana ada pada ketikanya sememangnya ada orang yang sangat-sangat berhajat dari diri kita, tetapi dalam masa yang sama kita tidak ambil peduli. Ini mungkin kerena kita sedang sibuk dengan hal-hal lain yang kita sering rasakan perlu diberi keutamaan. Akibatnya kita akan mengalami kehilangan sesuatu dalam hubungan-hubungan itu. Paling malang sekali apabila perkara ini terjadi dengan tidak kita sedari langsung sehinggalah keadaan menjadi mudarat.

Kita selalu mempunyai sikap ambil mudah pada orang disekeliling kita. Keperluan keatas mereka ini kita tidak ambil peduli kerena mereka ini sentiasa berkhidmat pada kita setiap saat, pagi dan petang, siang dan malam dan sepanjang waktu. Nikmat dari khidmat mereka ini langsung menjadi satu kemestian dalam kehidupan kita. Kita pula bersikap tidak pernah mempersoalkannya dan langsung tidak bersyukur atau berterima kasih. Kita sentiasa beranggapan bahawa mereka sentiasa ada dikeliling kita dengan khidmat yang mencurah-curah. Tetapi pada satu ketika dengan tiba-tiba mereka ini telah hilang dari kita, dan pada waktu ini barulah kita terhantuk dan terkial-kial berikhtiar mengatasi masalah akibat dari kehilangan itu. Pada masa itu tentunya kita sudah terlambat dan jika ada penggantian pun ianya tidak akan sama dengan yang asal.


Posted at 04:36 pm by bobzuwan
Comments (2)


Apr 8, 2005

Munafik

"Kini beliau telah kembali ke rahmatullah pada September 2001. Sebelum itu, Allahyarham sempat menyiapkan satu tambahan (Bab 30) untuk edisi baru seperti yang ada dalam buku ini. Al-Fatihah untuk rohnya....." Begitulah yang tertulis dikulit belakang buku Asas-asas Fardu Ain yang ditulis oleh Allahyarham Ustaz Sulaiman Endut. Bob baru sahaja memiliki edisi barunya pada minggu lepas dan semalam bob sempat membelek sepintas lalu kandungannya.

Seperti biasa pada pertama kali setelah membelek kulit sesuatu buku yang bob temui, ibu jari bob akan terus membelah muka suratnya. Bob selalunya akan terus membaca sepintas lalu muka surat bekenaan sebagai mukadimahnya. Kali ini jari bob memilih muka surat 60 ia itu Bab 4 mengenai Munafiq, Musyrik, Kafir dan Murtad.

Bob terus membaca tentang munafik. Sebagaimana yang didefinasikan dari dalam buku ini, mengikut istilah syarak munafik adalah seseorang yang melindungi kekufuran yang bersemai didalam jiwanya dengan berpura-pura menunjukkan keislamannya dengan lisan dan perbuatannya. Dia mengaku dan berikrar sebagai seorang Islam, tetapi didalam hatinya dia menolak samasekali kebenaran ajaran-ajaran yang terkandung didalam syariat Islam.

Allah SWT telah berfirman akan balasan kepada orang jenis ini seperti dalam ayatNya yang bermaksud "Sesungguhnya orang yang munafik itu akan ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah sekali didalam neraka" (Surah An-Nisa’ : 145). Pada muka surat yang sama juga dihuraikan sifat-sifat orang munafik ini satu persatu. Sifat-sifat ini telah digambarkan didalam firman Allah SWT yang bermaksud " Sesungguhnya orang yang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk menunaikan sembahyang, mereka berdiri denga malas, mereka bermaksud untuk menunjukkan dihadapan manusia. Dan mereka tidak menyebut Allah kecuali sedikit sekali" (Surah An-Nisa’ : 142).

Pada masa bob disekolah menengah dulu ustaz bob ada membacakan satu hadis Rasulullah saw yang juga mengambarkan sifat-sifat ini. Seingat bob lebih kurang hadis itu mengatakan yang orang munafik ini apabila bercakap dia suka berbohong, apabila dia berjanji dia sering tidak menunaikannya dan apabila diamanahkan akan sesuatu perkara dia selalu mengkhianatinya.

Adakah kita mempunyai sifat-sifat seperti yang dihuraikan tadi? Mudah-mudahan kita tidaklah tergulung dari kalangan gulungan orang jenis ini yang akan menerima balasan neraka yang paling azab dari Allah SWT.

Setelah mengimbas buku ini, bob berpendapat ianya ditulis dengan bahasa yang baik dan terlalu mudah untuk difahami. Ianya cukup lengkap dan menepati tajuknya sendiri. Oleh yang demikian bob mengesyorkan supaya kekawan cuba memiliki buku ini sebagai koleksi rujukan sepanjang masa seperti kitab perukunan orang dulu-dulu bagi menyempurnakan fardu ain kita seharian. Harganya tidaklah terlalu mahal jika dibandingkan dengan secawan kapucino dan sepotong kek yang kita selalu nikmati dicafe-cafe. Cuma dengan hanya RM16.00 sahaja kita telah dapat memiliki satu buku yang sangat bernilai bukan sahaja untuk bacaan tetapi lebih kepada sebagai manual ibadah harian kita.

Kepada penulisnya Allahyarham Ustaz Sulaiman Endut, akan berkekalanlah sumbangan amal jariah beliau kepada kita dan moga Allah SWT memasukkannya rohnya dikalangan para ambia yang dirahmati selalu. Amin.....


Posted at 11:03 am by bobzuwan
Make a comment


Apr 7, 2005

Papan Tanda



Petang semalam isteri bob pulang kerumah dari tempat kerja beliau di Putrajaya dalam keadaan muka yang kurang berseri. Bob tanya kenapa? Dia mengatakan bahawa beliau telah pulang ikut lebuh raya Seremban-KL dan telah mengalami masaalah kekeliruan untuk melalui jalan di Bulatan Kampung Pandan untuk menghala ke Ampang. Beliau terus merunggut mengenai ketiadaan papan tanda menunjuk arah yang cukup. Ini menyebabkan beliau telah tersasar jalan dan terpaksa beberapa kali berpatah balik.

Pada musim cuti sekolah yang lalu, secara tiba-tiba seorang adik ipar bob menalipon Hisyam untuk datang menjemput beliau.di tol Damansara. Beliau sememangnya telah bercadang untuk pergi menginap dirumah seorang adik bob di Nilai dengan tujuan hendak pergi menonton perlumbaan FI. Tetapi apabila sampai ke KL beliau terpaksa singgah kerumah seorang lagi adik bob kerena hendak menyampaikan pesanan dari orang tua bob. Sebenarnya beliau sering bercerita pada bob yang dia memang tidak mahir atau selalu hilang arah ketika memandu dijalan-jalan dalam bandaraya ini.

Beberapa tahun yang lalu bob pernah pergi beberapa hari ke Singapura. Bob juga sering menginap disana kerena menjalankan tugas atau pun kerena menziarahi keluarga isteri bob disana. Pada satu malam, bob masih teringat ketika menonton tv siaran nasionalnya ada satu rancangan khas membincangkan isu bagaimana hendak menyediakan papan tanda menunjuk arah yang berkesan. Mereka menjemput penonton-penonton sekali untuk menyumbangkan pendapat bagi mengariskan keretria-keretrianya. Perkara yang dibincangkan termasuklah pemilihan warna tulisan dan latar belakangnya, halangan penglihatan, rekabentuk sehinggalah dimana tempat yang seseuai ia dipasangkan. Bob teruja dengan usaha yang mengambil berat tentang perkara ini.

Pihak yang bertanggungjawab mestilah ambil kisah secara ikhlas dalam menyediakan papan tanda penunjuk arah samada didalam bandaraya kita atau ditempat-tempat lain dinegara ini. Walau pun perkara ini mungkin dianggap remeh bagi mereka tetapi ianya sangat diperlukan oleh pihak pengguna jalanraya. Memang kita tidak nafikan pihak berkenaan telah pun berusaha bagi mempastikan ianya cukup dipasang, tetapi kaedah-kaedah penyediaan dan pemasangan perlu diperbaiki dari masa kesemasa.

Sebagai contohnya banyak terdapat papantanda arah yang sudah dipasang dengan cantik tetapi dibiarkan ditutupi dengan daun dan pokok yang rimbun. Ini mengakibatkan orang-orang yang jarang melalui jalan itu tersesat apabila tidak perasan adanya papan tanda disitu. Bob amat berhati-hati apabila menggunakan dilebuhraya yang menghala ke KLIA. Ini adalah kerena, walau pun papan tandanya dibuat dengan baik, tetapi oleh kerena ianya dipasang pada tempat yang tidak mengikut kaedah-kaedah tertentu, misal terlalu dekat dengan simpang atau tidak seimbang antara penglihatan dengan kelajuan kereta, ini menyebab bob sering terlepas pandang dan entah berapakali terbabas jalan.

Perkara ini bertambah penting pada jalan-jalan yang sering dan sedang diubahsuai. Papan tandaarah yang menunjukkan ada lencungan hendaklah jelas dan mudah difahami oleh pengguna jalanraya itu. Terutama bagi pengguna yang sekali-sekala menggunakannya.

Hati bob selalu bertanya, bagaimanakah keadaan seorang pelancung yang pertamakali menggunakan khidmat kereta sewa pandu sendiri dibandaraya ini dan ditempat-tempat lain dinegara kita ini? Janganlah hendaknya apabila pulang nanti dia berasa serik untuk memandu lagi disini.


Posted at 06:28 pm by bobzuwan
Comments (2)


Apr 6, 2005

Bilik Gelap

Semasa bob berada dialam penuntut sekolah menengah dulu, bob pernah menjadi ahli kelab fotografi sekolah. Yuran bulanan bagi ahli kelab ini adalah sebanyak dua ringgit sebulan. Aktiviti-aktiviti kelab ini pada masa itu hanya menumpukan kepada kursus-kursus mengambil gambar dengan baik dan kaedah-kaedah menggunakan peralatan dalam bilik gelap. Sekolah bob pada masa itu mempunyai sebuah bilik gelap berukuran kira-kira tujuh puluh kaki persegi yang terletak diantara bangunan kantin dengan tandas dan bersebelahan dengan makmal sekolah. Bilik ini adalah betul-betul gelap bagi mereka yang baru menjadi ahli kelab itu.

Pengerusi kelab ini merupakan seorang pelajar perempuan senior ditingkatan lima. Beliaulah yang mengambil berat memberi tunjuk ajar dengan sungguh minat kepada kami ahli-ahli yang baru masuk.Beliau ini orangnya cukup ranggi dan sentiasa memakai seluar (masa itu jika gadis memakai seluar adalah merupakan satu taboo) apabila menghadiri aktiviti kelabpada sebelah petang sehingga senja. Beliau juga sorang pengawas dan sangat cergas bersukan juga sangat tegas dan berani, sungguh pun begitu beliau mempunyai wajah yang memang manis. Bob paling selesa kalau berada dengan beliau dalam bilik gelap lama-lama.

Apa yang menariknya menjadi ahli kelab ini ialah ia dapat memberikan pendedahan baru kepada bob kepada teknik produksi foto. Kita dapat faham secara praktikalnya bagaimana gambar dirakamkan didalam kamera(walau pun secara tiorinya kita telah mengetahuinya dari dalam mata pelajaran sains fizik) sehinggalah gambar itu dicetak diatas kertas. Kami juga didedahkan dengan serba sedikit mengenai seni fotografi yang telah bob gunakan hingga kini sebagai asas untuk mendapatkan foto yang baik. Selain dari itu apayang lebih menguntungkan ialah tentang aktiviti-aktiviti ini yang pada masa itu bob anggap sebagai satu yang terlalu teknikal bagi seorang budak kampung seperti bob. Hingga kehari ini bob sangat berminat pada perkara-perkara seperti ini.

Pada masa dulu, ketika bob pernah meanggotai beberapa kumpulan musik, antara perkara yang paling menarik bagi bob selain dari bermain musik ialah sikap selalu lebih mengambil lebih tentang alat-alat musik itu sendiri. Bob pernah membaiki dan menambah kuasa amplifier gitar dan sistem PA kumpulan bob dengan sendiri. Apa sahaja yang tidak kena pada alat-alat sebelum kami membuat persembahan, bob lah yang mempastikan semuanya berkeadaan yang terbaik. Bob sanggup menghabiskan masa yang lama untuk membuat penalaan bunyi pada setiap alat bagi mendapatkan kualiti bunyi yang seimbang. Talaan drum mestilah seimbang dengan talaan gitar bass misalnya. Alto-sax, keyboard dan gitar mestilah cukup harmoninya.

Pendek kata, bob tidak sesekali akan memulakan persembahan atau latihan jika perkara-perkara ini tidak memuaskan hati bob. Ini selalunya sangat dihormati oleh ahli-ahli kumpulan musik bob yang lain. Bob yakin sikap beginilah yang bob pegang hasil dari pendedahan kepada perkara teknikal semasa menjadi ahli kelab fotografi dulu. Itulah sebabnya bob percaya kemantapan persembahan musik tidaklah bergantung sangat kepada penggunaan alat-alat musik yang mahal, tetapi alat musik yang murah pun sebenarnya dapat memberikan kepuasan jika diberi cukup perhatian kepada penyelenggaraannya.

Apa yang bob sebenarnya hendak ceritakan disini adalah sikap sesetengah orang yang tidak mempunyai sikap seperti yang bob ceritakan tadi. Apabila ada ahli kumpulan musik bob yang terus bermain dengan alat musiknya yang agak sumbang bunyinya, sepanjang harilah kami satu kumpulan tidak senanghati. Selalunya masing-masing akan menjadi murung, persembahan kurang bersemangat dan kami menjadi tidak tentu hala. Bob sangat resah apabila keaadan ini berlaku. Pernah sekali seorang dari ahli kumpulan musik bob tidak mahu berlatih beberapa hari kerena perasaan kurang puas ini. Tetapi apabila ditanya mengapa beliau tidak tahu dan yang lebih buruknya apabila beliau tidak mempunyai sikap untuk mengambil tahu kenapa ianya berlaku. Melalui pengalaman bob, ianya tidak lain dari disebabkan perkara yang diatas tadi. Tindakan untuk memperbaiki keadaan adalah mudah dengan hanya membetulkan alat musik yang sumbang itu sahaja. Selepas itu kami telah dapat tenaga kami untuk berlatih dan membuat persembahan.

Sebenarnya ramai orang yang bersikap begini, bukan sahaja kawan bob itu sahaja. Jika dipejabat kita sering dapat lihat perkara ini berlaku apabila seseorang itu hendak membuat persembahan pengurusan didalam mesyuarat dengan menggunakan alat projektor. Jika alat itu mengalami masaalah seperti tidak berfungsi, warna dan fokus yang kurang baik, perhatikanlah siapakah orang yang sanggup menghulurkan tangan untuk membantu beliau. Atau beliau sendiri tidak kisah jika alat itu tidak difokuskan dengan betul. Ini lah perkara yang menjelekkan.

Sering kita lihat pemandu yang tidak kisah tentang kereta yang dipandunya. Sebelum enjin dihidupkan, beliau perlu mepastikan beberapa perkara mesti disemak terlebih dahulu. Lampu isyarat, cermin balik, sistem berek , tayar dan lain-lain mestilah sentiasa berkeadaan sempurna sebelum kereta dipandu. Atau sekurang-kurangnya pemandu mestilah mempastikan kereta itu mempunyai cukuo minyak supaya enjin tidak mati ditengah jalan. Seminggu sekali kita mestilah menyemak beberapa perkara dalam bahagian enjinnya pula supaya kereta itu selamat dipandu dan tidak mendatangkan masaalah semasa ia digunakan.

Inilah sikap yang mesti ada pada setiap kita. Sikap beginilah yang boleh membuatkan kehidupan seharian kita bertambah yakin dan ceria. Betul tak?


Posted at 10:26 am by bobzuwan
Make a comment


Next Page




Best viewed in 1024x768
with IE5.x and above


:: ßob d' ßlogger ::

ßob / Yoep / Reduan
  • a father of 4 childrens
  • Perakians


    YM ID : bobzuwan

    ßob feelingBob's mood


    :: ßob's Chat ßoard ::
    Mari sembang bergebang...

    orang online di sini



       

    << April 2005 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02
    03 04 05 06 07 08 09
    10 11 12 13 14 15 16
    17 18 19 20 21 22 23
    24 25 26 27 28 29 30




    :: ßob's Camera of Life ::



    :: ßobby's ::


  • Maintenance :
    | DCCR | eMail | Photo |


  • Male/46-50. Lives in Malaysia/Selangor/Ampang/Kuala Lumpur, speaks Malay and English. And likes music/cooking.
    This is my blogchalk:
    Malaysia, Selangor, Ampang, Kuala Lumpur, Malay, English, Male, Rebzuwan, 46-50, Music, Cooking, Fishing.


    :: ßob's Hobbies ::

  • Memancing
  • MIDI/PC Music Composing
  • Memasak
  • Pantun


    :: ßlog ßuddies ::

  • Budak Opis
    .: Aida Munira
    .: Ain Rahmah
    .: Asma Hanim Hunny
    .: Antusemut
    .: Ifa Alyana
    .: Jamilah
    .: Maria Teo
    .: Najah Nasseri
    .: Putri Afzan Maria
    .: Sarini
    .: Shahrina + Fariz
    .: Siti Aishah
    .: Pushpa
    .: Wynn Irene N R

  • Geng Luar Opis
    .: Aizuddin Danian
    .: Mim Umi
    .: Lolyta Poniman
    .: BandarSepi
    .: Shahar
    .: Sharizal Shaarani

  • Geng Singgah Sini
    .: Adiq Lady
    .: Aida
    .: Ballack
    .: Cik Easy
    .: Dona Joliekins
    .: EP
    .: Faryna
    .: Fairy Mahdzan
    .: Idham AKMA
    .: Hana Kirana
    .: Inai @Japan
    .: Joyz
    .: Liza
    .: Ogy Kem Lambaian D
    .: Sofeanny
    .: Suraya
    .: Mat Piah
    .: Zety


    :: ßuddies' Photo/Mob Log ::

    .: Ervan
    .: Farah + Zul
    .: Haslinda/Yong
    .: Ifa Alyana
    .: Irene N R
    .: Maria Teo
    .: Mat Piah I
    .: Mat Piah II


    :: Fav ßookmarks ::


    Geng Jurnal
    RMKL.fm
    example link 3


    :: Others ::

    Dictionary
    English-Indonesia-English



    :: ßob's Million Thx ::

    Template by: Blogdrive
    Template altered by: Ifa Alyana
    Album by: Textamerica
    Statistic by: Nedstatbasic
    Images by: Google Image Search
    Background music by: A Girl From Ipanema

    Powered by SPiN


    :: Disclaimer ::




    Creative Commons License

    DCCR is licensed under a Creative Commons License.



    Hakcipta Terpelihara
    Rebzuwan M.D.©2003

    "Segala tulisan, pandangan, peringatan dan hasil laman ini adalah milik saya. Seandainya ada pihak yang terganggu-gugat kerananya bukanlah atas tanggungjawab saya"


    sejak 31st December 2003
    Web Counter
    Free Web Counter





  • Contact Me

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


    rss feed



    Blogdrive