Entah kenapa agaknya sejak akhir-akhir ini bob sering kedaerah Kertih, Kemaman dan Cherating. Mulanya pada pertengahan dua bulan yang lalu bob telah menghadiri kusus selama empat hari. Kemudian pada awal bulan lepas bob telah diminta menjalankan audit disebuah pejabat kontraktor di Pengkalan Kemaman selama satu hari. Semuanya pada hujung minggu dan sudah tentulah bob tidak pulang cepat kerena isteri bob pun turut serta. Pada dua minggu yang lalu pula bob telah menemani isteri bob bertugas memberi ceramah disebuah resot di Cherating.
Semasa berada disana bob telah berpeluang sekali lagi ke Kuala Trengganu untuk menemani isteri bob berbelibelah. Kemudian bermalam di sebuah resot yang pernah bob ceritakan dulu iaitu d’Buai yang terletak dikuala sungai Marang. Chaletnya yang comel telah dibina diatas paya bakau itu menghadap pemandangan indah ke Pulau Kapas yang sangat terkenal didaerah ini. Meniti titian kayu yang dibina bagi menghubungi chalet-chalet ini dimana dibawahnya berkeliaran anak-anak ikan adalah merupakan satu pengalaman yang sangat disukai oleh isteri bob. Begitu juga ketika beliau ketika memilih batik-batik yang berwarna-warni corak tempatan dikedai-kedai yang melambai-lambai disepanjang pantai Marang yang indah itu.
Ketika itu program AF sudah pun sampai kemuncaknya dan Marang adalah tempat kelahiran Faizal . Bob sempat memerhatikan kehangatan sokongan oleh orang Marang kepada beliau. Semasa bob dan isteri bob singgah disebuah gerai yang menghidangkan gulai kawah berhampiran dengan pantai itu, peniaga gerai berkenaan pun turut menceritakan perihal calon pujaan mereka itu. Sememangnya keenakan nasi minyak dan gulai kawah dipantai Marang itu telah menjadi kenangan bagi kami.
Semasa berada di Cherating pada kali itu pula, bob dan isteri sempat juga menjamu selera disebuah gerai yang menghidang menu gulai kawah ini. Gerai ini terletak disebelah kiri jalan dihujung kampung Sungai Ular yang berhampiran dengan sebuah pusat pertanian disitu. Bayangkan pada waktu makan tengahari dimana keadaan angin pantai yang bertiup nyaman dibawah gerai yang dipayungi pokok besar. Kami berdua sekali lagi menikmati hidangan yang kombinasinya sangat enak dan dalam suasana yang indah sekali.
Pada kali ini kami dihidangkan dengan dua pinggan nasi putih bersama semangkuk gulai kawah daging. Turut juga dihidangkan ialah beberapa potong buah tembikai, acar timun, sambal belacan, sayur tumis kobis bercampur kacang, telur asin dan ikan gelama masin. Apabila angin bertiup tidak berhenti-henti dari pantai berdekatan yang tidak terlihat kerena terlindung oleh pokok bakau telah membuatkan bob meminta sepinggan lagi nasi tambah. Ketika tangan bob masih belum dibasuh lagi, teh o ais pula dihirup perlahan-lahan menandakan santapan telah selesai dan kini untuk menanti sendawa pula. Tiba-tiba sahaja kami berpandangan antara satu sama lain dan terus tersenyum dengan rasa puashati dan kekenyangan. Apa yang paling mengejudkan bob dan isteri ialah kesemuanya itu hanyalah dibayar dengan RM14.00 sahaja.
Sememangnya seronok jika sekali sekali pergi berjauhan dari anak-anak. Walaupun begitu setiap masa hati kami sentiasa teringatkan mereka. Kami sedar bahawa pada satu hari juga nanti, mereka akan tetap kami tinggalkan. Oleh itu mereka perlu berlajar berdikari untuk hidup didunia yang penuh dengan cabaran ini. Setelah didikan, tunjukajar dan harapan yang diberikan kami hanya mampu berdoa semoga mereka tergulung dikalangan insan-insan yang beriman dan hidupnya diberkati Allah SWT.
Sejak akhir-akhir ini apabila sahaja sesorang itu ditemuramah oleh pihak tv kita akan lihat merka ini menjawab dalam bahasa Inggeris. Tidak kiralah samada mereka itu tukang kebun atau penoreh getah apatah lagi jika tokoh-tokoh korporat dan menteri-menteri. Cuma pendatang atau pekerja Indonesia sahaja yang sanggup untuk bercakap dalam bahasa Melayu.
Saban hari kita dengar keluhan tidak putus-putus dari pembaca-pembaca yang menulis didalam ruangan-ruangan dalam suratkhabar berbahasa Melayu. Nada yang serupa kita telah dengar sejak 50 tahun yang lalu. Ungkapan yang sama telah dilaungkan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan bangsa yang landasannya adalah untuk mengangkat kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kini ada juga sekali sekala sahaja kita terbaca kertas-kertas persidangan dan rungutan dari mereka-mereka yang masih mampu untuk tegak berjuang demi kedaulatan ini. Itu pun seperti anjing menyalak bukit sahaja dimana suara-suara ini dianggap sebagai nyamuk yang berdesing ditelinga orang yang sedang tidur.
Beberapa hari dulu seorang "Melayu" bekas pegawai tertinggi kerajaan telah diundang membentang satu kertas dalam satu persidangan kebudayaan Melayu. Apa yang memeranjatkan pembentangan itu dilakukan dalam bahasa Inggeris. Tidak diketahui apakah tujuannya beliau berbuat demikian walhal ada pembentang lain yang berbangsa Inggeris membentangkan kertas kerjanya dalam bahasa Melayu di persidangan tersebut. Atau mungkin kerena tidak berkeupayaan berbahasa Melayu kerena buku-buku yang pernah "dituliskan" beliau semasa beliau berkhidmat dengan kerjaan dahulu sebenarnya adalah hanya atas usaha tulisan oleh kakitangannya sahaja?.
Paling menyedihkan apabila empat lima orang ketua-ketua pengarah pendidikan yang akhir-akhir ini sibuk dengan pandangan mereka untuk mengenepikankan persada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam aliran sistem pendidikan kita. Dari raut muka mereka yang sentiasa mencebik dasar pendidikan bahasa kebangsaan yang lahir dari "Lapuran Razak" mereka dengan tidak teragak-agak memperakukan banyak usaha yang mengakibatkan bahasa Melayu semakin terkikis dan tersingkir. Alasan yang mereka kemukakan hanyalah kerena kekuatan bahasa Inggeris yang diperlukan untuk agenda globalisasi, kelemahan pelajar-pelajar dipusat pengajian tinggi berkomunikasi, keperluan bagi K-ekonomi demi untuk mendirikan lebih banyak pusat pengajian tinggi swasta dan kecepatan keupayaan untuk mengejar perkembangan teknologi maklumat.
Pelik sekali kerena kesemua mereka ini adalah produk yang dihasilkan dari sistem pendidikan pada zaman sebelum merdeka yang rata-rata berlandaskan kepada sistem penjajah. Mereka kini masih memegang jawatan-jawatan strategik bagi membuat dan pengubal dasar. Oleh kerena mereka ini tidak langsung mempunyai "jiwa" dan tidak yakin pada perjuangan bangsa diatas, jadi segala apa tindakan mereka menjurus kearah penolakan walaupun dasar pendidikan itu sudah berjalan dengan lancar dan baik sejak lapuran itu dilaksanakan. Mereka ini hanya memandang perjuangan itu hanya untuk kulit ekonomi dan dari segi nilai materialnya sahaja. Diceritakan, masih ada lagi pada lapuran asal bekas titisan air mata Allahyarham Tun Abdul Razak semasa menjadi Menteri Pelajaran ketika beliau menanda tangani lapuran tersebut. Air mata yang menitis dari rasa penuh takzim dan sedar akan usaha untuk menjulang anak bangsa dan bahasa Melayu dibumi bertuah yang merdeka ini pada masa akan datang. Mengapa perlunya ini dikhianati?
Kita ambil contoh tentang bagaimana cara mereka memandang karya seniman agung P. Ramlee yang sememangnya menjadi pujaan bagi sesetengah mereka. Mereka seperti langsung tidak mengendahkan sindiran-sindiran yang dipaparkan terhadap masyarakat yang kian melupakan nilai bahasa dan budaya Melayu. Dalam cerita Labu dan Labi, kita lihat bagaimana beliau sambil berjenaka menyindir pegawai kerajaan dan gulungan profesional kerajaan yang berlagak dengan gaya dan kelakuan yang tidak bermoral. Kemudiannya dalam karya terakhirnya juga dalam filem Jangan Tinggal Daku juga memaparkan gelagat sedemikian. Lagak-lagak ini sepatutnya menjadi teladan pada semua pegawai kerajaan terutama bagi mereka yang mempusakai lagak zaman penjajah supaya mereka tidak lagi mempunyai sikap sedemikan. Tetapi apa yang mereka ambil hanyalah nilai karya "genius" Allahyarham sahaja untuk disanjung bukan isi dan pengajaran yang mau disampaikan.
Apakah jaminan bahawa globalisasi berjalan seiring dengan keperluan berbahasa Inggeris? Untuk mengalahkan pasukan bolasepak Myamar dalam Piala Merdeka yang jurulatihnya tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris pun kita tidak mampu. Apakah sistem aliran kebangsaan yang sebelum ini telah tidak berjaya melahirkan cendiakawan, pakar, profesional, saintis yang melambak-lambak sekarang ini? Mereka ini sering menjulang nama negara diperingkat antarabangsa. Apakah bahasa komunikasi yang digunakan oleh dua orang pemberita kita yang ditahan diLubenan tempuhari ketika berada ditangan pihak pejuang yang membolehkan mereka tidak dicurigai?. Apakah bahasa teknologi itu hanya bahasa Inggeris, bukan bahasa Jerman, bukan bahasa Perancis bukan bahasa Jepun, bukan bahasa Korea atau bukan "bahasa Singapura"?
Sejak setahun dua ini pula diberitakan pula bahawa bukan sedikit majlis-majlis perjumpaan dan mesyuarat yang dianjurkan oleh jabatan-jabatan kerajaan menggunakan bahasa Inggeris baik dalam ucapan oleh penceramahnya, ketua atau pengerusinya. Malah doa pun perlu disampaikan dalam bahasa itu. Mungkin agaknya jika dibaca doa itu dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu tidak dapat dihayati oleh mereka yang dihati dan berbahasa ibunda bahasa Inggeris. Kita tahu tujuannya adalah usaha-usaha untuk meningkatkan supaya kakitangan kerajaan fasih berbahasa itu. Atau pun ada pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang mewarisi saki baki penjajah suka menunjuk-nunjuk dan mengilap keupayaan mereka berbahasa itu dikalangan kakitangan mereka?. .
Mungkin bagi setengah kelompok "elit Melayu" mahu bahawa semangat perjuangan untuk menjulang bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ini perlu diketepikan demi mengutamakan "survival" Melayu dari segi ekonomi dan keupayaan jatidiri. Ini adalah alasan yang tidak menghormati jiwa perlembagaan yang ditegakkan atas darah dan airmata perjuang-pejuang kemerdekaan. Oleh itu bagi mereka ini baik dari gulungan pegawai-pegawai tinggi kerajaan, ahli-ahli politik, ahli-ahli korporat dan yang merasa diri mereka itu sebagai elit Melayu, bertindaklah dengan penuh kebijaksanaan. Ini adalah kerena mereka telah dilantik dengan diberi tanggungjawab dan amanah oleh itu sudah tentunya mereka ini tidak bodoh dan malang seperti malang Pak Kaduk. Janganlah cepat teruja atau jangan jadi Inggeris lebih dari orang Inggeris
Pada musim menyambut perayaan bulan kemerdekaan tahun ini rasanya tidak mahu mengantung Jalur Gemilang. Bukan apa, ianya hanya sebagai tanda protes kepada mereka yang telah mengkhianati jiwa atau roh kemerdekaan yang kita sebutkan tadi. Roh yang berteraskan kepada bahasalah yang menyatukan kita semua dan Bahasa Jiwa Bangsa.
Memetik dari dari tulisan seorang pakar dan ulama terkenal masakini, dapatlah diulaskan bahawa kita manusia ini dijadikan dengan sifat haiwan. Sifat-sifat ini jelas diceritakan semasa Nabi Adam a s dijadikan. Semasa hendak dilahirkan kemuka bumi ini kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memerdekakan dan membebaskan diri ini dari sifat haiwan itu. Allah SWT yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih telah mengkabulkan janji itu. Tetapi sebaik sahaja kita menghirup nafas didunia ini, perlahan-lahan kita telah melupakan janji itu. Perlakuan kita ini telah dipakaikan dengan topeng. Ini adalah kerena kita telah diberikan juga nikmat nafsu dan nikmat akal. Oleh itu topeng ini diwajahkan oleh kedua-dua nikmat ini selagi belum menerima hidayah dan taufikNya. Jika dari peringkat bayi lagi nafsu ini dididik sebagai seorang Nasrani, Yahudi dan ugama lain yang bukan direhdai Allah SWT, manakala akal pula diatasi oleh nafsu daripada mendapat hidayah, maka hiduplah orang itu sebagai orang yang tidak menerima taufik.
Sememangnya sifat nafsu ini liar. Setiap masa ianya harus dikawal supaya tidak menjadi kiar. Allah SWT juga telah memberi kita nikmat akal untuk kita sentiasa berfikir bagi mengawal cara kita menikmati nafsu. Walaubagaimanapun akal mungkin dan sering pula boleh ditunggangi oleh nafsu. Ini adalah kerena jika sifat haiwan dan nikmat nafsu ini digabungkan ianya akan menjadi nafsu haiwan yang apabila buruk tiada batasannya. Tetapi Allah SWT juga masih memberi kita nikmat iman yang kadangkala ada pasang surutnya. Iman ini datangnya dari hidayah Allah SWT. Kemudian disuburkan oleh taufikNya yang sentiasa berhamburan untuk ditadah seperti hujan yang turun dari langit. Nikmat iman ini dianugerahkan untuk membawa kita kembali kepada perjanjian kita pada mula tadi. Ianya disandarkan kepada panduan atau risalah yang diturunkan melalui para Rasul dan KitabNya. Ini adalah untuk mempastikan nikmat iman ini dalam keadaan yang sentiasa baik dan meningkat. Nikmat iman inilah yang dapat memerdekakan kita atau bebas dari sifat dan nafsu haiwan yang buruk.
Bersandarkan hujah diatas, kemerdekaan yang hakiki seseorang itu adalah keadaan dimana kita telah bebas dari nafsu dan sifat haiwan ini. Begitu juga bagi makna kemerdekaan sesebuah negara itu juga adalah akan dicapai jika ianya bebas dari perlembagaan yang dibina dari nafsu haiwan ini. Tidak ada perlembagaan yang sempurna selain dari berlandaskan kepada panduan dan risalah yang telah diturunkan oleh Maha Pencipta tadi. Jika kita masih berpandukan sumber yang lain bermakna kita juga tidak merdeka atau bebas dari perlembagaan haiwan yang tidak terbatas apabila melaksanakan sifat buruk dan nafsu haiwan. Itulah sebabnya isme-isme yang dicipta oleh manusia sering membawa manusia sendiri kejurang keruntuhan. Ini kerena isme ini dilahirkan dalam keadaan akal yang bercampur dengan nafsu haiwan, kemudian dari mereka yang tidak menerima taufik dan telah lalai kepada perjanjian yang asal tadi. Inilah sebabnya keadaan umat manusia yang sentiasa dalam keluh kesah dan huru hara.
Persoalannya, apakah kita telah merdeka ketika mana kita masih lagi memperjuangkan sesuatu kebebasan untuk mempertahankan nafsu atau sifat buruk haiwan? Marikita lihat contoh yang paling mudah. Dalam memperjuangkan hak kebebasan wanita kita sering memperkatakan hak samarata dengan orang lelaki. Apa yang orang lelaki lakukan, orang perempuan juga boleh lakukan. Sememangnyalah singa betina lebih berkuasa dari singa jantan dalam banyak perkara. Tetapi kita jarang memperjuangkan untuk membanteras sifat haiwan yang ada pada manusia yang sering mengeksplotasikan kaum wanita untuk melariskan perniaagaan bagi melabakan keuntungan. Laba dunia yang berkait rapat dengan nafsu kuasa bagi memperlekehkan hak yang lain ini juga adalah nafsu haiwan. Bukankah halatuju perjuangan ini adalah kembali kepada kepada mendekatkan diri kepada nafsu haiwan? Apakah ini yang dimaksudkan "kebebasan" yang perlu diperjuangkan?
Begitu juga bagi keadaan jika sesebuah negara yang kian tahun meningkatkan peruntukannya untuk kegagahan tentera dan peningkatan pembangunan ekonomi materialnya demi untuk menyisih rasa takut dari serangan negara jiran atau penjajahan dari negara lain, adakah ini menandakan negara itu telah merdeka? Cuba kita lihat tindakan perangai negara Yahudi tentang "pre-amptive war"nya keatas negara-negara disekelilingnya. Atau ada sebuah lagi negara lain yang sering mahu memaksa isme-isme yang diamalkannaya untuk digunapakai oleh negara lain. Bukankah negara-negara itu masih lagi bersifat haiwan?. Berdasarkan kepada huraian diatas cecara mudahnya dapatlah kita gulungkan negara itu adalah negara-negara masih tidak merdeka. Kesimpulannya, jika negara kita juga memakai sikap dan berkeadaan sedemikian maka sudah tentu juga bahawa negara kita ini masih belum bebas dan merdeka.
Maka bersyukurlah kita yang dilahir dalam keluarga muslim yang sudah tentu dianugerah taufik dan seterusnya merima hidayat dariNya. Dari asas ini terbinalah iman sebagai satu nikmat yang amat berharga bagi setiap manusia yang mahu menunaikan janji asalnya dengan Allah SWT tadi. Apabila kita berusaha menunaikan janji tersebut, inilah maksud kemerdekaan dan kebebasan hakiki atau yang sebenar-benarnya. Wallahualam.....
Kawasan Lembah Kinta di Perak adalah merupakan kawasan yang paling banyak menerima guguran bom dari kapal terbang baik dari pihak tentera Jepun maupun dari pihak tentera pihak Berikat semasa Perang Dunia II. Kita pernah terbaca beberapa tahun dulu telah dilakukan satu usaha besar-besaran bagi membersihkan Lapangan Terbang Ipoh dari sisa-sisa bom lama tersebut. Agaknya oleh kerena kawasan ini merupakan nadi ekonomi negara pada masa itu mungkin ia menjadi sebab kenapa kawasan ini telah menjadi medan peperangan strategi diantara kedua belah pihak.
Tidak berapa lama dulu kita pernah terbaca satu cerita bagaimana seorang petani telah menemui sebiji bom lama didalam kebun ditepi rumahnya. Tanpa mengetahui tentang kesan bahayanya, beliau telah membawa bom itu kebalai polis dengan mengikatnya ditempat duduk belakang basikalnya. Jarak diantara tempat dimana bob itu dijumpai adalah kira-kira satu setengah km. Apabila sampai sahaja dibalai polis tersebut beliau terus meletak bom berkenaan diatas meja untuk membuat lapuran. Apabila sahaja pegawai dan anggota polis disitu mengetahui bahawa benda yang dibawa itu adalah bom, dengan tidak membuang masa kesemua mereka lari bertempiaran lintang-pukang untuk menyelamatkan diri. Walaubagaimanapun akhirnya bom itu telah selamat dimusnahkan oleh pasukan pemusnah bom.
Walaupun cerita ini agak mengelikan hati kita, tetapi jika perkara tidak diambil tindakan yang betul, ia akan mengakibatkan kematian. Banyak lagi peristiwa-peristiwa lain yang kita dengar tentang penemuan bom-bom lama ini. Selaluya kita akan terbaca didalam surat khabar dan bom ini ditemui apabila aktiviti mengorek tanah dilakukan ataupun bom-bom ini tersangkut didalam jala atau pukat ketika menangkap ikan disungai. Kemalangan boleh berlaku jika penemu bom ini tidak kenal dan tidak tahu akan betapa bahayanya pada benda ini.
Pernah satu ketika dulu semasa bob kecil-kecil dikampung, satu peristiwa sedih telah berlaku pada seorang bapa kawan bob dan bapa saudaranya. Pada satu hari kira-kira diakhir tahun 50an, mereka telah menemui beberapa biji bom yang masih berfungsi didalam hutan berhampiran kebun mereka. Ketika itu mereka sedang menoreh getah. Bom-bom ini telah dibawa pulang kerumah tanpa mengetahui tentang betapa bahayanya benda itu. Selain dari menoreh getah, bagi menambah pendapatan mereka ini juga melakukan aktiviti menangkap ikan disungai dan dilombong dikampung bob. Apabila sahaja terlihat logam berupa seakan timah ini mereka pun mula terfikir untuk mencairkannya bagi dijadi timah pemberat jala. Oleh yang demikian mereka telah mengetuk benda itu dengan menggunakan belakang kapak. Apalagi, apabila sahaja diketuk, bom itu tiba-tiba meledak dan mengakibatkan bapa kawan bob itu meninggal ditempat kejadian dan bapa saudaranya kehilangan sebelah tangan. Peristiwa ini menjadi pengajaran bagi penduduk kampung yang lain dan kawan bob itu menjadi anak yatim.
Pelombong-pelombong bijih timah juga seringkali menemui bom-bom lama ini yang masih bolih berfungsi semasa menjalankan aktiviti-aktiviti perlombongan. Ini samaada melalui aktiviti lombong dedah ataupun menggunakan kapal korek. Kebanyakan bom-bom ini tidak meletup tatkala digugurkan dan ianya terbenam didalam tanah berselut dan berpaya disekitar lembah yang kaya ini. Apabila usaha mengorek tanah tersebut dijalankan bom-bom ini akan digali bersama.
Pada satu hari kira dalam tahun akhir 70an, seorang bapa saudara bob yang bertugas sebagai pengendali pergerakan kapal korek disatu kawasan berpaya telah tersodok sebiji bom lama. Apabila sahaja salah seorang petugas yang memancutkan air kedalam rantaian "bucket" kapal korek itu ternampak sebuah benda logam yang berbentuk bundar bersaiz besar dan mempunyai sayap kecil dibahagian belakangnya yang tersangkut dalam salah satu "bucket" itu, beliau pun menjerit terkejut. Dari pusat kawalan disebelah atas kapal korek itu, bapa saudara bob pun bertindak dengan serta merta memberhentikan pergerakan rantaian "bucket" berkenaan. Setelah diperiksa benda itu adalah merupakan sebiji bom besar yang masih aktif. Pihak polis dan pemusnah bom pun dipanggil. Dikatakan kekuatan bom ini boleh memusnah samasekali dengan mudah seluruh kapal korek berkenaan Akhirnya bom itu telah diletupkan dengan selamat.
Manakala dinegara-negara yang telah dilanda peperangan seperti di Vietnam, Kambodia, Afghanistan, Iraq dan Palestin, bom dan periuk api terdapat bersepah disana sini. Ramai rakyat yang tidak berdosa telah menanggung penderitaan akibat dari keganasan senjata yang dihasilkan dari cetusan akal manusia yang telah dirasuk sebagai pembunuh. Persoalannya apakah perlunya derita-derita seperti ini ditanggung terus menerus oleh rakyat jelata walaupun telah lama dilanda selepas peperangan?
Keadaan inilah yang sedang dihadapi oleh rakyat Lubnan masakini terutama dari kalangan kanak-kanak mereka. Bom-bom yang digugurkan oleh Yahudi mungkin terencat dan tidak meletup tetapi tiba-tiba akan meletup apabila diganggu oleh kanak-kanak yang tidak tahu akan bahayanya dan menyangkanya sebagai alat permainan. Ia juga mungkin terselit jatuh dicelah-celah bangunan yang runtuh dan akan meletup apabila ada orang yang memasukki kawasan ini. Inilah mimpi ngeri yang menanti mereka setiap kali selepas sahaja dilanda peperangan. Nyawa bagaikan tiada harga
Apabila melihatkan keadaan penduduk-penduduk Lubenan yang telah kembali merasakan sedikit kelegaan dari ancaman serangan Yahudi, bob terkedu sebentar dan terus berfikir. Penduduk Selatan negeri itu yang telah melarikan diri ke ibu negara dan kesebelah utara telah berpusu-pusu kembali kekampung halaman mereka masibng-masing. Dalam keadaan bersesak-sesak dan perjalanan yang berantai-rantai merayap perlahan melalui jalan-jalan yang telah musnah, mereka tetap juga mahu kembali walaupun kemungkinan bahaya yang menanti adalah besar sekali. Disekitar kawasan kampung dan bandar selatan negara ini telah hancur dan dilaporkan kira 50% sehingga 80% musnah sama sekali. Harapan bagi mereka ini untuk hidup seperti sebelumnya adalah sangat tipis kerana semuanya telah musnah.
Pejuang Hizbullah sebelum ini telah memberi amaran kepada mereka supaya jangan tergesa-gesa pulang kerena pihak musuk akan menyerang kembali kerena bila-bila masa sahaja berdasarkan kepada perangai-perangai buruk mereka yang tidak patuh kepada perjanjian sejak dulu lagi. Kelmarin pula pihak tentera Yahudi telah menaburkan kertas-kertas memberi amaran supaya penduduk-penduduk ini tidak kembali kekawasan mereka kerena peperangan masih belum tamat. Pihak kerajaan Lubenan dan PBB pula telah memberi amaran kepada mereka bahawa bahaya terkena kepada bom-bom yang tidak meletup dan bahaya terkena runtuhan-runtuhan bangunan sentiasa menanti mereka dikawasan-kawasan ini. Soalnya mengapakah mereka ini masih mahu kembali dan mempunyai harapan besar untuk hidup aman makmur dikampung halaman mereka seperti sebelumnya? Soalan inilah yang bob cuba selami.
Kita terpinga melihatkan mereka sedang teruja dengan kemenangan walaupun ditimpa kemusnahan. Masing-masing berteriak dengan menjulang gambar poster Hassan Nasurullah. Keadaan ini berlaku dimana-mana, baik di Berut sendiri dan apatah lagi bagi mereka yang sedang menuju kembali keselatan. Tidak dinafikan bahawa pejuang-penjuang Hizbullah adalah wira mereka dan dalam diam dibenak hati turut diraikan oleh umat Islam seluruh dunia. Apatidaknya, semalam satu undian sms telah dilakukan oleh TV 1 yang menyokong satu kenyataan Presiden Iran sebelum ini bahawa Yahudi patut dilenyapkan dari muka bumi ini. 79% undian didapati telah bersetuju kepadannya. Ini menunjukkan kita disini telah juga turut teruja dengan perkembangan terkini ini.
Seorang penduduk Selatan Lubenan yang ditemuramah telah menyatakan rasa kesalnya melarikan diri meninggalkan kampung halamannya ketika perang mula meletus bulan lalu. Dia juga berasa amat tertekan dan malu kepada dirinya dengan tindakannya itu disepanjang masa ketika berlindung di Berut. Katanya kali ini beliau tidak akan meninggalkan kawasanya itu dan sanggup terkorban berjuang jika diserang lagi. Terlintas difikiran bob bahawa mereka ini sebenarnya tidak dapat dipisahkan dari pejuang-pejuang mereka. Inilah sebabnya mereka berpusu-pusu pulang sebelum tentera kerajaan dan pasukan pendamai PBB sanggup untuk melindungi mereka walaupun tentera-tentera musuh sedang menanti dengan muncung senjata yang masih berasap.
Ini bermakna pihak-pihak musuh yang mendatang terpaksa berperang diatas landasan kemenangan moral ini. Keadaan kemenangan seperti inlah yang amat ditakuti dan amat susah untuk dikalahkan. Inilah sebabnya perdana menteri Yahudi yang sedang nazak itu agaknya tidak mahu memulakan peperangan dengan Hizbullah.Akibat kepada mereka akan bertambah buruk lagi apabila ujudnya lebih ramai kumpulan-kumpulan pejuang seperti ini diseluruh dunia. Oleh itu sudah tentu dasar luar AS dan sekutunya untuk membasmi "keganasan" juga turut menerima tekanan kesan buruk. Sememangnya kita percaya bahawa dasar inilah sebenarnya membiakkan keganasan dalam ertikata mereka.
Pada masa yang sama apabila dipaparkan tentang keadaan rakyat Yahudi yang telah pulang kembali kewilayah utara negara itu, mereka kelihatan seperti tidak apa-apa yang telah berlaku. Tiada kemusnahan bangunan, jambatan atau bandar yang digambarkan. Mereka telah kembali memenuhi restoran-retoran terbuka ditepi-tepi kakilima dan duduk bersenda gurau sambil minum dan makan. Apa yang disiarkan hanyalah pergerakan mengundur tentera mereka yang kelihatan letih, lusuh setelah mabuk darah.
Dari keadaan ini jelaslah pada kita bahawa serangan tentera Yahudi ini sememangnya dari dulu dirancang untuk melanyak orang awam tidak kiralah di Lubenan atau di Palestin manakala sebaliknya roket-roket pejuang Hizbullah hanya ditujukan kearah kawasan yang berpilih-pilih dan mempunyai strategi. Tidakkah kita terfikir bahawa kaedah dan strategi berperangan ini pun mengikut ajaran ugama masing kerena sudah tentunya peperangan yang melibatkan akidah?. Yahudi percaya bahawa membunuh semua orang yang bukan dari kalangan mereka adalah seperti membunuh binatang manakala pejuang Islam pula semasa berperang perlu melindungi orang tua, perempuan, kanak malahan tempat beribadat musuh pun tidak boleh diusik. Oleh itu sukar juga untuk kita menolak bahawa peperangan ini bukan berperang kerena akidah juga apabila melihatkan bahawa ramai tentera Yahudi yang kelihatan membaca kitab mereka ketika duduk diatas kereta kebal dan dibawah pokok ketika dalam berperang. Kesimpulannya, apa yang dilakukan oleh seseorang itu secara sepontan itulah yang terkandung didalam hati beliau.
Mari kita tinjau pula apa yang sedang berlaku disini pula ketika meraikan sesuatu kemenangan. Kini telah jelas bahawa ada orang Melayu yang sudah merasakan dirinya bodoh untuk berbicara dalam Bahasa Melayu. Perilaku yang berlaku dari keadaan bersahaja ini tentunya datang dari benak hati seseorang ini. Ianya datang dari perasaan yang terpantul terus dan tidak bersandiwara atau memakai topeng. Apa yang kita lihat dari perlakuan ini adalah hatibudi orang-orang berkenaan yang terlahir begitu sahaja. Maka salahlah kita yang selama ini mempunyai anggapan bahawa mereka ini hanyalah pelaku-pelaku yang berjaya menggarap dan menghayati skrip filem sahaja. Sebenarnya mereka mempunyai tujuan yang tersirat iaitu menerapkan fahaman libralisme dikalangan kita dan mereka turut memperjuangkan supaya orang lain mengikut jejak mereka. Adalah malang sekali jika perkara ini berlaku pada ramai diantara kita.
Kemenangan bukanlah dinilai dari apa yang kita lihat setelah berjuang, tetapi ianya mestilah berdasarkan kepada kebenaran dan keikhlasan sesuatu perjuangan itu. Manakala kebenaran pula bukanlah selalunya pada yang menang. Berjuanglah kerena Allah SWT.
Saudara-saudara kita diseberang sedang diuji dengan kesan tsunami dan gempa bumi di Jawa. Dimana geruh tsunami di Aceh pun masih kuat terpahat diingatan dan ditanggung kesannya yang sangat mengguris. Belum pun sempat bercerita tentang itu, tiba-tiba sahaja berlaku pencerobohan, pembunuhan dan kemusnahan di Gaza, Palestin dan di Selatan Lubnan oleh Yahudi. Semuanya adalah merupakan peristiwa yang melanda serentak masakini. Terlupa langsung kita kepada cerita tentang bencana itu, kini kerena kita sedang menumpukan kepada kejutan dari bencana buatan bangsa biadap, ego dan suka membuli itu.
Beban penderitaan ini telah digalas dan ditanggung oleh umat Islam disana walaupun ada ramai yang bukan Islam. Ramai yang terkorban dan sehingga kini masih lagi tiada bantuan. Bagaikan tiada mahu dihentikan pembunuhan dan pemusnahan ini. Pihak Yahudi yang biadap itu, seperti biasa telah mengecap gerakan-gerakan pejuang Islam sebagai pengganas dan bertanggungjawab diatas malapetaka ini walaupun dengan jelas sebaliknya merekalah yang mengganas dan membunuh. Malah berani pula mengugut dan mempermainkan umat Islam didunia yang berjumlah 1.3 billion masakini
Dalam suasana begini, kita disini pula sedang diuji dengan gerakan penghakisan akidah. Walaupun perkara ini sudah lama berlaku secara perlahan-lahan dan terancang tetapi pada masa kini telah menampakkan geloranya. Ianya kini menyerang secara terbuka melintasi dari berbagai penjuru dan sudut sehingga membuat kita jatuh tergamam. Kita sedang berhadapan dengan fahaman sekularisma yang mementingkan pembangunan ekonomi dan pemisahan dunia dengan akhirat, rencana globalisasi yang mengimpot budaya hedonisme, penyalahan guna dadah yang penyelasaiannya mengikut cara yang bertentangan dengan syariah, pandangan Islam pluralisme yang menyerang diperingkat pemimpin iaitu semua ugama dianggap sama, fikiran libralisme yang menyerang dikalangan intlektual dan kini agenda murtad yang menyerang bidang kehakiman kita. Keadaannya seakan saling memperlengkap-melengkapi usaha zionis, anti-ugama dan Yahudi ini diperingkat antarabangsa. Mujurlah ada pihak yang masih peka dan mahu ambil kisah terhadap serangan ini walaupun suara mereka ini sering tenggelam dibawah gelombang apa yang dikatakan sebagai mainan politik. Mereka ini sering dicemuh apabila pihak media perdana sering berpegang atau mempunyai akidah yang telah terperosok jauh kedalam rancangan jahat itu.
Apakah agenda memusuhi umat Islam yang berpegang kapada akidah hidup yang memperhambakan diri kepada Allah SWT ini menjadi satu kegilaan bagi mereka yang biadap ini? Adakah ajaran Islam yang salah satu terasnya mengutamakan hubungan sesama insan ini menjadi kesalahan atau musuh untuk hidup rukun damai didunia fana ini? Apakah erti cogankata "keamanan" seperti yang sering dilaungkan oleh puak-puak kononnya memperjuangkannya? Atau cukup hanya berpegangkan kepada simbol-simbol kemudian merogolnya dalam keadaan yang sedang mabuk berilusi dengan ego dan kemarahan? Banyak lagi soalan dan pertanyaan yang menghantui jiwa kita sebagai seorang muslim, baik kita dalam tidur atau jaga, masa kenyang atau lapar, ketika sibuk atau ketika senggang dan bila-bila sahaja.
Beberapa hari dulu Raja Abdullah, Raja Jordan, dalam satu temuramah telah mempersoalkan tentang agenda barat untuk negara-negara Asia Barat melalui resolusi-resolusi, perjanjian demi perjanjian dan usaha untuk menegakkan apa yang disebut sebagai "demokrasi". Lihat apa yang terjadi kepada Iraq, Somalia, Sudan apatah lagi Palestin dan kini pula apa yang akan berlaku kepada Lubnan katanya. Kita memang tahu bahawa Jordan selama ini adalah rakan karib kepada AS, Britain dan Yahudi, tetapi kini telah mula bersuara apabila melihatkan kejayaan yang sedang dicapai oleh pejuang Hizbullah. Beliau juga tergamam melihat tentang pengorbanan yang telah dilakukan oleh penduduk Lebanon dan juga rakyat Palestin di Gaza demi sedikit perhatian dari pemimpin-pemimpin negara Islam diseluruh dunia.
Usaha-usaha damai sengaja diambil lewa oleh pihak AS dan Britain kerena terlalu taksub dengan Yahudi walaupun dunia telah mula untuk memencilkan mereka. Tindakan agresif Yahudi terus mengikut rencana untuk menakluki Selatan Lebanon sehingga ke Sungai Litany. Hilang sudah cerita tentang rakyat Palestin dan kerajaan Hamas yang sedang dilanyak dan tenyeh mereka hidup-hidup. Penduduk Gaza yang menderita kini lansung tidak diketahui oleh kita apakah yang sedang terjadi kepada mereka. Ini sudah tentu sengaja dilakukan oleh media barat yang berpihak kepada Yahudi.
Tiba-tiba sahaja, kini dunia dialihkan pandangan dengan babak-babak usaha untuk meletupkan 10 kapal terbang yang akan terbang dari Heathrow yang kononnya dari perancangan pengganas Islam. Seramai 21 orang telah ditahan dari beberapa buah bandar oleh pihak berkuasa negeri itu. Nama baik kumpulan-kumpulan yang sedang dijulang sebagai pejuang yang akan menang ini telah kembali mahu dipalitkan semula dengan tahi. Supaya ianya lebih busuk dan jijik dari nama Yahudi yang terang-terang mengganas, membunuh, memusnah dan menipu umat dunia. Dua tiga hari sebelum ini, tentera Yahudi telah juga berjaya menahan seseorang di Selatan Lubnan. Beliau ini kononnya telah mengaku datang dari Iran dan ada membawa berbagai-bagai dokumen penting.
Soalnya, tidakkah ini berkebetulan apabila kerajaan Yahudi semalam telah mengutarakan rasa tidak puashatinya kepada BBC yang kononnya berat sebelah dalam siarannya yang tidak menyebelahi mereka dalam peropaganda perang mereka? Juga kepada kerajaan Perancis yang telah menyokong permohonan pembaikan keatas kertas kencatan senjata untuk diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB? Atau kerena telah terdapat percangahan pendapat yang ketara mengenainya dalam kabinet British sendiri?
Adalah munasabah jika perkara-perkara inidilakukan sendiri oleh pihak Yahudi demi untuk "survival" mereka dimuka bumi ini. Fikir-fikirkan lah...jangan kita diperbodohkan lagi.
Memakai kata seorang kawan bob yang kedengaran merungut ketika menuju kebilik air yang secara kebetulan terletak bersebelahan bilik minuman dipejabat, berbunyi begini "Hajat kita hendak buat air boleh ditangguh, tetapi jika kita berhajat hendak buang air, adalah lebih baik jangan ditangguh". Sambil bergegas laju sementara ditangannya memegang sebiji cawan besar.
Rasanya sudah terlalu lama bob tidak berpeluang untuk pergi memancing. Kini hati bob bagaikan direngut-rengut untuk menyambung kembali aktiviti kegemaran bob itu. Bialakah agaknya hajat ini dapat ditunaikan entalah. Alatan memancing bob tentu sekali sudah dalam keadaan berkulat kerena merajuk sudah lama tidak digunakan. Segala bau yang menarik ikan untuk memakan umpan pancing itu pun tentu nya sudah lama hilang. Apatahlagi kemahiran memancing bob pun tentu sudah menjadi tumpul dan akibatnya nanti apabila memancing tentu sukar hendak mendapatkan ikan.
Sahabat baik bob yang juga sahabat memancing, Shahar pun sudah pindah jauh dari tempat bob. Beliau pindah kerumah barunya yang lebih selesa dan besar. Kemudian membeli sebuah kereta baru pula. Sekarang ini beliau tentu sibuk dengan rumah dan kereta barunya itu. Oleh itu tentu tidak berpeluang untuk memancing dengan bob seperti dulu lagi.
Bob masih ingat lagi satu peristiwa ketika pergi memancing dengan beliau di satu kawasan Pelabuhan Klang. Entah macamana kami telah mendapat kebenaan untuk memasuki kawasan itu dan pergi memancing pada malam hari. Shahar telah mengesyorkan untuk menggunakan umpan kerang mentah. Kami berjaya menaikkan beberapa ekor ikan gelama pada malam itu sebelum salah seorang dari kawan kami terpaksa pulang kerena panggilan kecemasan dirumahnya yang kebetulan tidak jauh dari situ kira-kira pukul 3.30 pagi. Kami pun tidak sempat untuk bertanya apa-apa, melainkan tersenyum sesama sendiri....agaknya hendak menyempurnakan hajat.
Oleh kerena malam itu merupakan air pasang yang sesuai untuk memancing, jadi selain dari kumpulan kami terdapat ramai juga pemancing lain yang menggunakan bot disekitar kawasan itu. Peristiwa yang paling menarik pada malam itu ialah apabila salah sebuah dari bot pemancing itu menambatkan bot mereka pada satu tiang pelabuhan itu yang berdekatan dengan kami. Pada ketika itu air sedang pasang penuh. Tidak diketahuilah apakah sebabnya mereka berhenti sebentar memancing dan naik kepelantar pelabuhan pergi menghilang didalam gelap.Mungkin mereka pergi minum kopi agaknya atau juga mungkin kerena hendak menyempurnakan hajat. Oleh itu tinggallah bot mereka yang dipenuhi dengan peralatan memancing dan ikan yang sudah dipancing.
Satu jam kemudian apabila mereka kembali, mereka dapati air sudah surut jauh. Bot mereka telah tertambat pada tiang pelabuhan yang tinggi tergantung diatas air. Segala peralatan dan tangkapan yang terdapat dalam bot itu kini telah terbuang kedalam air yang dalam. Dalam perasaan hampa mereka terpaksa menunggu air pasang semula untuk mendapatkan bot mereka, tetapi peralatan-peralatan memancing mereka telah hilang begitu sahaja.
Selalunya kami pergi memancing bukannya berhajat sangat untuk mendapatkan ikan tetapi lebih kepada kerena suka untuk bertemu dengan kawan-kawan disatu tempat yang sensasi dengan membuat satu aktiviti yang digemari bersama. Kami akan duduk bersama-sama menanti dengan penuh debaran demi pagutan ikan pada pancing kami masing-masing. Kadangkalanya kami bersembang, tertawa terbahak-bahak ketika berkongsi jenaka dan saling mengucapkan tahniah ketika ada diantara kami yang mendapat ikan. Suasana beginilah yang sukar untuk kami perolehi ketika waktu lain terutama dikawasan bandar yang hiruk pikuk ini selain dari "ditempat-tempat larangan" yang sukar untuk mendapat justifikasi dari berbagai "pihak" dan juga diri sendiri.
Walaubagaimanapun aktiviti ini adalah aktiviti bagi mengisi waktu senggang. Oleh itu semuanya yang terlibat mengenainya hendaklah juga dibuat dengan cara suka rela. Tidak ada masa yang perlu dicuri dari keluarga dan tidak ada perbelanjaan yang diambil dari peruntukkan asas. Dengan kata lain, kita tidak perlu membeli peralatan yang mahal-mahal dan terpaksa meninggalkan tanggungjawab pada keluarga terlalu lama kerena pergi memancing ditempat yang agak jauh dan terpencil. Oleh yang demikian, bob sering membuat rancangan umtuk aktiviti memancing ini bersama anak-anak dan isteri bob dan ditempat-tempat yang agak selesa dan lebih selamat. Selalunya ini akan dilakukan ketika pulang kekampung halaman bob yang sememangnya merupakan kawasan popular tempat memancing ikan air tawar. Tetapi malangnya isteri bob mempunyai tanggapan lain tentang memancing ini dan ini menyebabkan beliau akan sering mengelak untuk turut serta.
Pagi tadi bob telah bernasib baik. Walaupun keadaan dalam bas penuh sesak tetapi seorang penumpang yang baik hati telah memberikan tempat duduknya untuk bob sebelum beliau turun disatu perhentian. Bob bersyukur dan berterima kasih kepadanya.
Sejak akhir-akhir ini kita kerap dilanda hujan waktu petang. Di ibu kota, ini mendatangkan satu masaalah terutama jika hari berkerja. Orang yang pulang dari pejabat pada waktu petang akan mengalami kesesakan lalu lintas. Mereka akan terperangkap sehingga berjam-jam lamanya samaada dalam keenderaan sendiri atau pun didalam pengangkutan awam. Semua orang tahu mengapa keadaan ini berlaku.
Diantara sebab-sebabnya ialah kerena terlalu banyak keenderaan keluar kejalan raya dalam masa yang serentak Ramai orang yang hendak pulang awal dari pejabat atau tempat kerja apabila sahaja hujan turun kerena takut kesesakan lalu lintas. Oleh itu keadaan jalan raya terlalu sibuk dan sesak. Ditambah pula dengan masing-masing mempunyai sikap yang berebut-rebut untuk sampai terlebih dahulu.
Dijalan raya pula sering terdapat penunggang-penunggang motosikal yang berteduh dibawah-bawah jambatan apabila hujan turun. Mereka ini akan meletakkan motosikal mereka berasak-asak ditepi jalan sehingga kadang-kadang menutup satu laluan dibawah jambatan berkenaan. Ini akan menyempitkan laluan keederaan lain. Seringkali juga kita diberitakan berlaku kemalangan apabila ada keenderaan lain yang terlanggar mereka ini.
Ada juga jalan-jalan yang direkabentuk dan dibina tidak betul dimana laluan air tidak disediakan. Ataupun jika ada pun ianya tidak dapat menampung laluan air yang banyak Ditambah pula jika ianya tidak diselenggarakan dengan sempurna sehingga menyebabkan ia tersumbat apabila sekejap sahaja hari hujan. Apabila banjir laluan keenderaan akan tersekat kadang-kadang sehingga beberap jam jika air banjir itu terlalu tinggi. Apatah lagi jika ibukota dilanda banjir kilat sehingga boleh menenggelam dan menghanyutkan keenderaan.
Bahkan ada juga jalan raya itu sendiri tidak diselenggarakan dengan baik dimana keadaan mukanya yang berlubang-lubang. Apabila hari hujan lubang-lubang ini akan dipenuhi air dan ianya kan bertambah besar hingga menjadi kubang dan berlopak.lopak. Pemandu-pemandu keemderaan akan memperlahankan keenderaan mereka apabila melalui jalan seperti ini. Sudah tentulah keadaan ini akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Kadangkala juga terdapat juga persimpangan yang pada waktu biasanya dikendalikan oleh pihak polis trafik, tetapi apabila hari hujan pihak yang bertanggung jawab ini tidak kelihatan. Keenderaan yang melalui persimpangan ini hanya akan dikendalikan mengikut lampau trafik walaupun dalam keadaan sesak dan penuh tegang. Apalagi jika ada yang berani tidak mematuhi peraturan dengan berhenti dipetak kuning. Tentulah laluan keenderaan akan tersumbat.
Dalam keadaan sesak ini sering berlaku kemalangan kecil. Kejadian kemalangan ini akan menyebabkan laluan akan tergganggu apabila mereka yang terlibat menghentikan keenderaan masing-masing untuk meyelasaikan masaalah mereka. Ditambah pula jika sering terdapat pemandu atau penunggang yang lain pun ikut turut berhenti atau pun pun memperlahan keenderaan mereka samada untuk membantu atau melihat kejadian itu.
Pada waktu sesak ini juga sering mendatangkan masalah kepada keenderaan yang tidak diselenggarakan dengan betul. Pada dasarnya enjin keenderaan akan lebih menderita jika ia dipandu secara tersekat-sekat kerena kesesakan. Suhu enjin akan menjadi lebih panas dalam keadaan begini dan pada keenderan yang mempunyai masaalah akan menyebabkan enjin tidak dapat berfungsi. Ini akan menyesakkan lagi keadaan lalu lintas jika ianya mengalami kerosakan ditengah jalan yang sememangnya sudah sesak.
Selain dari sebab-sebab diatas, kesesakan jalan raya juga pada hari hujan berlaku disebabkan ada pemandu bas yang berhenti lama ditiap-tiap perhentiannya. Ada diantara mereka ini telah memberhentikan basnya di tengah jalan yang tentunya menghalang laluan keenderaan lain. Pada beberapa hari yang lalu, bob terlihat pemandu bas yang bob naiki terus begitu sahaja memberhentikan basnya disatu perhentian yang berhampiran dengan setesen minyak. Ini adalah kerena beliau hendak pergi membuang air. Mungkin disebabkan kesejukan hujan dan bas yang mempunyai pendingin udara menyebabkan beliau terpaksa menunaikan hajatnya dengan tidak dapat ditahan-tahan. Jika ini tidak dilakukan tentulah dia akan mengalami tekanan dan akan manambahkan lagi ketegangan dalam kesesakan memandu.
Apa yang peliknya walaupun sebab-sebab kesesakan lalulintas yang diceritakan diatas telah diketahui oleh semua pihak, tetapi penyelesaian masaalah ini tetap juga tidak berlaku sejak dulu lagi. Boleh dikatakan kesemuanya adalah masaalah sikap pihak yang bertanggungjawab dan sikap pemandu keenderaan itu sendiri. Ianya boleh diperbaiki dengan tidak melibatkan perbelanjaan yang besar jika ada pihak yang benar-benar mahu memikirkannya. Tetapi apa yang berlaku ialah ada pihak yang berlepas tangan dan suka menuding jari. Akibatnya masalah kesesakan lalulintas dibukota ini apabila hari hujan sampai kini semakin meruncing.
Pada hujung minggu yang lepas bob berkesempatan menonton vcd cerita "Man Laksa". Ketika menonton filem ini bob lantas terkenang pada peristiwa ketika bob masih menuntut pada tahun akhir diuniversiti dulu. Maklumlah pada ketika itu para mahasiswa adalah merupakan pemangkin yang diharapkan oleh orang kampung untuk memimpin kearah kemajuan. Tidak ramai anak-anak kampung bob yang berjaya dalam pelajaran sehingga sampai kemenara gading. Jadi apabila tiba musim cuti adan pulang kekampung, maka banyaklah agenda-agenda orang kampung memerlukan perkhidmatan bob. Selain dari mengadakan program kelas bimbingan, bob juga telah dilantik kedalam jawatan-jawatan penting dalam beberapa pertubuhan.
Pada kali itu bob memegang jawatan pengerusi persatuan bekas pelajar sekolah yang mana persatuan itu telah diminta untuk menganjurkan satu acara pertunjukan pentas. Tujuannya adalah sebagai salah satu agenda untuk orang kampung berhibur sekali sekala dan juga untuk mengutip wang pembiyaan bagi persatuan kami itu.Walaupun sebelum itu bob pernah turut serta sebagai salah seorang AJK penganjur, tetapi pada kali itu bob telah diberi tanggungjawab yang lebih berat kerena mereka yakin pada gaya pimpinan bob.
Selanjutnya kami pun telah mengadakan satu mesyuarat khas dan melantik beberapa orang AJK untuk maksud ini. Kami mengambil keputusan untuk mengadakan acara itu pada malam hari sukan tahunan disekolah itu dan PIBG sekolah sebagai penaung baginya. Jawatakuasa telah dibahagi kepada 2 bahagian besar. Satu jawatakuasa persembahan dan satu lagi jawatan kuasa kutipan. Jawatan kuasa kutipanlah yang akan menguruskan hal kutipan derma dan perniagaan makana dan cendermata pada malam itu. Mereka ini telah mengundang beberapa orang kampung untuk membuka gerai sementara pada malam itu yang menjual berbagai juadah seperti laksa, mee dan bihun goreng, rebus kueh mueh dan lain-lain.
Manakala jawatankuasa persembahan pula sibuk membuat program persembahan dan bertanggungjawab untuk menjemput kumpulan musik dan penyanyinya. Oleh kerena pada ketika itu dikampung kami itu tidak mempunyai kumpulan musik, kami terpaksa mengundang sebuah kumpulan musik dari tempat yang jauh. Bob masih teringat, dengan beberapa buah motorsikal kami terpaksa melalui kawasan-kawasan lombong dan estet utnuk sampai ketempat itu bagi mengesahkan tempahan dan harga.
Apabila tiba tarikhnya, pihak PIBG telah pun mendirikan sebuah pentas dihujung padang sekolah berkenaan untuk maksud ini. Pentas yang bertiangkan tong drum, berlantaikan papan tebal, bertiangkan buluh, beratap dan berdindingkan kanvas kami hiaskan dengan dengan tabir dan lampu yang berwarna warni. Selesai sahaja acara sukan disiangnya kami pun mengatur kerusi untuk tetamu jemputan. Tugas bob pada malam itu hanyalah memberi ucapan pembukaan dan mempastikan semuanya berjalan dengan lancar.
Hati bob yang sudah berminggu-minggu agak kelam kabut telah merasa lega sedikit apabila kumpulan musik telah sampai dan naik kepentas pada petang itu. Satu demi satu gerai-gerai jualan telah kelihatan sibuk bersedia dan apabila selesai waktu maghrib orang kampung telah mula membanjiri padang sekolah tersebut. Tepat pada pukul 8.15 tirai pentas pun dibuka dan bob diminta untuk berucap. Ucapan yang bob telah sediakan sejak seminggu yang lalu terpaksa dipendekkan sahaja kerena bob telah terlihat keresahan dikalangan kanak-kanak dihadapan pentas. Setelah pengerusi PIBG sebagai penaung selesai memberi ucapan, kumpulan musik pun mulalah beraksi dengan penyanyi-penyanyinya.
Turut serta dalam acara itu ialah bakat-bakat kampung bob. Mereka yang sebenarnya telah berlatih beberapa minggu sebelum itu telah muncul pada malam itu untuk menyanyi dan berlawak. Penonton-penonton pula bukan sahaja terdiri dari orang kampung bob tetapi datang dari kampung-kampung lain, perumahan lombong dan estet-estet yang berhampiran. Pada satu ketika, bob sendiri telah diminta oleh pengacara untuk menyanyi sebuah lagu pada malam itu. Tetapi belum pun habis lagu bob telah diminta turun pentas kerena terlupa senikata lagu ..oops tak!....kerena ada kejadian disebuah gerai yang periuk kuah laksanya terbalik dan terkena pada penjualnya. Nasib baik beliau tidak melecur, hanya cuma kami membuat keputusa untuk tidak mengutip wang kutipan darinya sahaja.
Pertunjukan pentas itu tamat pada 11.30 malam dan orang kampung pulang dengan puas hati walaupun kami AJK kelam kabut berkemas hingga pukul 2.00 pagi. Dua tiga hari kemudiannya kami pun mengadakan satu mesyuarat khas. Kami bersyukur kerena telah berjaya mengutip banyak juga wang kutipan. Kesemuanya kami masukkan kedalam tabung PIBG sekolah itu.
Sepanjang kami menonton cerita Man Laksa karya Mamat Khalid itu sememangnya sentiasa membuat anak-anak bob tidak kering gusi. Keseluruhan cerita itu mengenai kejadian-kejadian yang berlaku pada satu malam pementasan hiburan anjuran JKKK di Kampung Talang, Perak. Jalan ceritanya ringkas tetapi penuh dengan sindiran secara jenaka sepontan. Watak-watak yang digambarkan didalam cerita itu sememangnya ujud dikalangan mana-mana penduduk kampung pada masa itu. Watak-watak inilah yang memberi nafas dalam kehidupan dikampung-kampung. Tetapi bob kurang pasti, masih adakah orang-orang seperti mereka ini sekarang atau kesemuanya telah pupus ditelan zaman?.....
Pagi tadi sewaktu bob berjalan bersama Fatin untuk sama-sama menuju ke perhentian bas, kami telah melalui jalan dihadapan rumah seorang jiran. Disitu terdapat sepohon pokok yang sederhana besarnya dan sedang berbuah dengan lebat. Bob terlihat kepada sebiji buahnya yang jatuh ditengah jalan. Bob mengarahkan Fatin untuk mengambil buah berwarna kuning yang agak besar sebesar ibu jari dan sihat ini. Setelah beliau puas membediknya, bob pun bertanya kepada beliau apakah nama buah ini. Fatin terkedu sambil menggelengkan kepala kerena tidak dapat memberikan jawapan. Begitulah bebudak sekarang, hati bob berkata.
"Inilah buah asam jermal atau ada setengah orang panggil dia asam ceremai" bob memberi penjelasan kepada Fatin. Dia pun tersenyum dan masih lagi memegang buah itu. Dia bertanya apa yang hendak di buat dengan buah itu, bolehkah ia dimakan? Bob meminta dia meletakkan semula buah itu. Sambil kami meneruskan semula perjalanan bob meneruskan cerita mengenainya, jika kita ada segenggam buah ini kita boleh membuat rojak yang sedap.
Bob terus menceritakan semasa kecil-kecil dulu dikampung dibelakang rumah bapa saudara bob terdapat sepohon pokok buah ini yang sangat lebat berbuah. Kami sering memetiknya kemudian memungut dan mengumpul buah ini dengan menggunakan kain pelikat dan saku baju melayu kami. Apabila sampai dirumah kami akan terus membersihkannya dan memilih segenggam yang agak besar saiznya.
Kami ambil sebiji dua cili merah dan kami tumbuk sehingga lumat didalam lesung batu bersama sedikit belacan. Apabila sudah lumat kamu masukkan pula dua tiga sudu gula pasir. Akhir sekali kami masukkan, gaul dan tumbuk sehingga separuh lumat buah-buah asam jermal tadi. Setelah disenduk kadalam piring kami akan pergi keanjung rumah dan makan rojak ini perlahan-lahan dengan menggunakan sudu kecil.
Sambil menahan pedas sehingga menyebabkan meleleh air hidung, kami akan menyuap kemulut sesudu demi sesudu sambil mengunyah rojak buah jermal ini. Biji-biji buah ini yang juga separuh lumat mendatang keenakan yang sukar dibayang apabila dikunyah, berdetap-detap bunnyinya.. Rasa rojak ini yang masam bercampur sedikit kelat dengan pedas dan manis ditambah pula dengan sensasi rasa belacan membuatkan kami terus khayal dalam keenakan.
Satu lagi cara untuk menikmati buah ini ialah dengan menjadikannya jeruk. Buah-buah yang telah dibersihkan ini dimasukkan kedalam balang kaca kemudian dituang dengan air panas. Masukan sedikit garam bersama gula mengikut rasa. Biarkan jeruk kita ini selama dua hari. Jika perlu hendaklah ia disorok disatu tempat yang selamat supaya tidak diambil oleh orang lain. Jeruk buah jermal yang bercampur rasa masam, masin dan manis ini adalah merupakan kegemaran kami semasa bebudak dulu. Lagi manis jeruk ini, lagi sedap.
Bercerita tentang manis ini, bob suka juga bercakap tentang kisah gula dipasaran kita masakini. Sudah seminggu bob mendapati gula tidak ada dijual oleh pasaraya ditempat bob membeli keperluan harian. Timbul perasaan didalam hati bahawa barangan ini sememangnya sudak tidak adalagi dikeluarkan oleh pengilang gula kita atau diimpot dari luar negeri. Manakala pihak kerajaan pula bising sekali menyuruh kita berhenti memakan gula. Terdapat pula pemimpin-pemimpin yang sememang mereka sendiri mengalami masalah kesihatan dan tidak dibenarkan mengambil gula menyarankan orang ramai pula supaya mengubah cara hidup supaya minuman tidak memasukkan gula dalam miniman harian.
Pada hakikatnya kita ada kilang yang mengeluarkan gula. Kita juga ada pengimpot yang mengimpot gula kemudian dibekalkan kepada pemborong seterusnya diedar oleh pengedar untuk dipasarkan dikedai untuk kegunaan harian. Ada juga gula yang dibeli terus dari pengeluar gula diluar negeri oleh syarikat-syarikat pembuat makanan manis seperti ais krim, minuman tin, botol, kordial, kuih, susu dan lain-lain. Bolehlah disimpulkan disini bahawa kita mempunyai dua "pengguna" gula iaitu isi rumah dan kedai makanan yang membuat kuih mueh dan miniuman Satu lagi ialah pengilang atau pengeluar makanan dan minuman manis. Dalam pada itu kita juga mempunyai dua "pembekal gula" iaitu pengimpot gula dan kilang pengeluar gula.
Antara alasan yang diberi bagi menjelaskan masalah kekurangan bahan ini dipasaran ialah pihak pengeluar barangan makanan manis ini telah membeli bahan ini dari pengimpot dan pengluar dalam negara ini. Akibatnya jumlah gula yang perlu diedarkan untuk kegunaan isi rumah dan kedai makanan mengalami kekurangan. Tidak diketahui dengan jelas apakah sebabnya. Ada yang mengatakan harga gula dipasaran dunia telah meningkat inilah yang membuat mereka bertindak sedemikian.
Dalam pada itu pula ada yang mengatakan bahawa harga bahan ini telah naik dengan mendadak dinegara-negara jiran. Banyak juga berlaku penyeludupan bahan ini sejak akhir-akhir ini. Kedaan ini menambahkan lagi kegawatan ini.
Biar apa pun, ada pihak yang tidak boleh atau pun tidak mahu bertindak untuk menyelesaikan rantaian masalah ini. Mereka hanya mampu mengeluarkan alasan demi alasan yang alasan-alasan itu seakan alasan ketika hendak menaikkan harga petrol dan tarif letrik beberapa bulan yang lalu. Kita semua telah tahu bahawa dengan alasan-alasan inilah akhirnya harga bagi kedua-duanya bahan itu telah naik. Oleh itu, jika pihak-pihak yang berkenaan tidak dapat melakukan sesuatu dalam masa seminggu dua ini tatakala bekalan gula dirumah sudah kehabisan, maka kenaikan harga bahan inilah satu-satu cara untuk memulihkan keadaan. Langkah ini akan membebankan pula pihak kerajaan masakini yang sedang berhadapan dengan rungutan kenaikan indeks harga barangan keperluan. Tetapi walaubagaimnapun akibat itu akhirnya akan ditanggung oleh rakyat selaku pengguna.
Beberapa hari dulu ketika bob menghadiri satu majlis perkahwinan, walaupun dalam keadaan gawat begini air sirapnya masih tetap merah dan manis. Kelihatan para jemputan khasnya masih dijamu dengan sirap yang lebih manis kerana hidangannya telah disediakan secara lebih istimewa dari para jemputan yang lain. Masing-masing masih boleh tersenyum dengan manis walaupun alasan-alasan yang diberikan dalam media tentang isu ini tidak lagi manis.
"Segala tulisan, pandangan, peringatan dan hasil laman ini adalah milik saya. Seandainya ada pihak yang terganggu-gugat kerananya bukanlah atas tanggungjawab saya"