|
Pada satu hari diminggu yang lalu, bob telah berpeluang pergi ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) KL pada sebelah tengahari. Sebenarnya bob kesitu kerena hendak menyelesaikan urusan bank bob. Tetapi pada waktu berjalan hendak pulang kembali kepejabat. ketika melalui sebuah kedai makan berhadapan disebelah seberang kompleks belibelah Sogo, bob telah memutuskan untuk makan tengahari dengan menu nasi kandar Pulau Pinang. Dihadapan kedai nasi kandar ini terpampang namanya " Sithique". Kelihatan mamak yang menjual nasi kandar ini sedang sibuk menyusun lauk pauknya. Lauk pauk ini dipamirkan didalam rak kaca yang terdapat dibahagian hadapan kedai itu. Bob terus sahaja meminta sepinggan nasi kandar bersama lauk dan kuahnya. Bob memilih bahagian dada ayam masak hitam sebagai pilihan utama walaupun terdapat lauk lain seperti udang goreng, ikan goreng, sotong ketam dan lain yang kelihatan sungguh mengancam. Kemudian kuah dan sayurnya yang lain bob serahkan kepda simamak itu sendiri memilihnya kedalam pinggan tadi. Sebelum bob menerima pinggan yang bertimbun itu bob meminta beliau untuk memasukan juga sebiji cili hijau. Sesampai sahaja kemeja bob terus meminta pula segelas teh o ais. Setelah membasuh tangan dipili yang disediakan dan membaca bimillah secara otomatik tangan bob pun terus memulakan suapan. Setelah suapan kedua, bob terasa ada sesuatu yang tertinggal. Bob terus bangun dan menatang pinggan bob semula kehadapan meminta sambal. Mamak itu menghalakan bob kepada satu meja berhampiran yang terdapat sebesen potongan timun, papedum dan dua mangkuk besar sambal. Satu mangkuk berisi sambal belacan dan satu lagi berisi sambal kelapa yang bob cari-cari. Bob menceduk dua sudu sambal kelapa dan terus menyambung semula suapan bob. Memang sedap nasi kandar dimakan bersama sambal kelapa yang dibuat khas untuknya. Ianya agak cair, sedikit masam dan sedkit rasa pudina. Apabila sahaja selesai makan dan sebelum minum teh o ais tadi bob pun cuba menjilat jari. Kemudian barulah bob pergi membasuh tangan. Tetapi tidak dibasuh dengan sabun supaya baunya boleh dicium lagi disepanjang perjalanan pulan kepejabat. Begitulah enaknya apabila kita dapat makan makanan yang lama kita rasai. Sesekali kita bertukar selera, teramatlah sedap rasanya. Sekali cuba rasa masakan Melayu, sekali mamak, sesekali ala Cina atau Siam dan lain-lain. Negara kita ini sememangnya kaya dengan bebagai citrasa masakan. Tidak hairanlah kadar obesiti dikalangan penduduk negara ini semakin menggerunkan. Bob juga terus teringat pada kedai makan nasi kandar ini yang dahulunya bob dan kawan-kawan bob sering mengunjunginya. Kedai ini juga terletak di Jalan TAR berhampiran kawasan yang dulunya Pawagam P Ramlee. Memang ramai kawan-kawan bob sekarang tidak pernah tahu mengenai pawagam ini. Tetapi untuk pengetahuan, seniman agung itu bersama rakan-rakannya dulu pernah mendirikan panggungnya sendiri disitu. Nama kedai nasi kandar yang terletak dibahagian hadapan pintu masuknya dari jalan TAR ialah Kudu b Abdul. Kedai ini pada satu masa dulu dalam tahun-tahun 60an dan 70an pernah menjadi tumpuan tempat berehat, berbincang dan makan gulungan karyawan filem, pelakun dan penggiat seni kita. Jadi apa lagi kawan-kawan. Jika ada peluang marilah kita mencuba makan nasi kandar yang popular ini dengan tidak payah pergi ke Pulau Pinang. Ianya sangat sesuai untuk menu makan tengahari. Tambah enak jika gerai itu terletak dibwah pokok besar seperti yang terdapat dibandar Teluk Intan pada masa dulu dalam awal tahun 60an. Kedai terbuka ini adalah berhampiran dengan setesen basnya. Bob masih terasa lagi ikan tenggiri goreng dan air sarbatnya. Pernah juga, tidak berapa lama dulu bob ke Pulau Pinang, tetapi susah pula untuk berjumpa dengan kedai nasi kandarnya. Kalau ada kedai makan pun mereka hanya menjual nasi campur sahaja. Cuma bob hanya bertemu dengan kedai yang benar-benar menjual menu ini disebuah kedai ditengah-tengah simpang tiga berhampiran dengan komplek Komtar. Tetapi bob lupa pula namanya. |
| Leave a Comment: |