|
......bersulam-sulaman antara dendan dan kasih..... Apa yang hendak dibicarakan disini ialah dendam kesumat yang terdapat diantara dua orang yang berkasih mesra. Dendam yang membawa runtuhnya istana kasih diantara dua insan yang sememangnya sedang berjuang bermati-matian untuk membina menjadi tugu yang agung buat mereka. Mungkin ini satu perkara pelik untuk dibincangkan. Walhal sepatutnya diantara dua insan yang sedang berkasih sememangnya tidak ada dendam diantara mereka selain dari perasaan rindu dendam apabila keduanya berjauhan. Memang selalu kita dengar orang bercerai berai, putus tunang, putus hubungan ketika berkasih-kasihan, putus hubungan keluarga atau saudara, anak tidak mengaku ibu dan sebaliknya, abang tidak mengaku adik dan sebaliknya. Ini lah senario dendam yang ujud dikalangan mereka yang mahu kita bicarakan disini. Seorang isteri menyimpan dendam kepada suaminya kerena suaminya telah melakukan satu "kesilapan". Walaupun dimulut perkara ini telahpun lama dimaafkan dan diselesaikan namun ianya merupakan bagai "api dalam sekam" yang membakar hati siisteri secara diam-diam dan perlahan-lahan. Apabila tiba masanya, perkara ini akan diungkit semula dan proses membalas dendam pun dijalankan. Begitu juga dalam konteks hubungan antara dua orang yang sedang bertunang atau yang sedang berkasih-kasihan. Oleh kerena berlaku sedikit "kesilapan" sahaja pada salah seorang diantara mereka, seorang lagi akan menyimpan dendam dan cuba akan membalasnya pada satu hari nanti. Walhal pada masa bercinta perkara ini tidak langsung ditimbulkan malahan disorok dan dipendam jauh kelubuk hati. Pada masa itu semuanya indah belaka. Tetapi dendam ini juga akan menjadi satu ungkitan utama jika ditakdir berlakunya perpisahan diantara kedua insan ini. Dendam juga sering menyelinap diadalam perasaan dalam hubungan kekeluargaan. Misalnya kerena tersalah layanan atau "berat sebelah" dikalangan adik beradik oleh ibu bapa dalam satu keluarga yang menyebabkan simangsa menyimpan dendam. Apatah lagi jika perkara ini telah terpendam berlanjutan sejak dari kecil. Ianya akan mengakibatkan luka yang lebih buruk dan mendalam sehingga begitu parah apabila proses membalas dendam terluang. Mengapa dendam seperti ini terujud dan menyulam ditengah-tengah kemesraan berkasih? Sukar untuk dijawab. Mungkin disebabkan sikap yang sudah terdidik tidak mahu memaafkan seseorang. Sukar untuk melupakan peristiwa-peristiwa buruk yang menyakitkan dan terlalu berasa kerugian apabila ditimpa petaka. Terlalu menyimpan hati dan memendam rasa terhadap tingkah laku pasangan yang dianggap melukai perhubungan. Tidak mau berbincang dengan baik dan menyuarakan perasaan juga memang terlekat kuat pada sesetengah orang. Berperasangka buruk pada pasangan dan tidak berfikir secara wajar atau rasioanl juga adalah sikap yang menyuburkan persaan dendam ini. Pada bob, oleh kerena sikap seseorang yang negatib sebeginilah yang memudahkan dendam ini bersarang dibenak perasaan. Apa yang perlu dilakukan ialah kita mestilah belajar jika samada dengan segera atau perlahan-lahan membuang sikap-sikap negatib itu. Sikap negatib yang terdapat pada tabiat berdendam ini akan mengurangkan daya kekebalan tubuh kita dari menghadapi penyakit. Perkara ini pernah dijelaskan dengan dengan penemuan fakta-fakta yang boleh diterima dalam The Journal Proceedings of The National Academy of Science. Fakta-fakta ini telah di sokong oleh pakar-pakar dari University of Wisconsin-Madison yang mengatakan orang yang selalu menyimpan dendam atau banyak beranggapan negatib sering dihinggapi virus selsema. Mereka juga turut menyatakan "Emosi memainkan peranan penting dalam pengaturan kekebalan tubuh yang mempengaruhi kesihatan kita!" Bob ulangi lagi persoalannya, mengapa kita suka bersikap menyimpan dendam pada orang yang kita sayang atau kita kasih? Mengapa terdapat perasaan dendam datang menyusup diantara kasih sayang? Sehingga menyebabkan dada kita sentiasa merasa sesak untuk bernafas. Bob teringat pula pada sebuah bidalan "seperti gunting dalam lipatan" yang mengambarkan keadaan seperti ini. Mari kita lihat firman Allah SWT mengenai perkara ini seperti dimana jelas menyatakan orang-orang yang masuk dan bergembira disyurga akan dihilangkan tabiat buruk berdendamnya terlebih dahulu. FimanNya dalan surah Al-Hijr yang bermaksud "Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam surga (taman-taman) dan (di dekat) mata air-mata air (yang mengalir). Dikatakan kepada mereka):"Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman". Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan. Mereka tidak merasalelah di dalamnya dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya." (Al-Hijr: 45 - 48) Sebagai untuk renungan kawan-kawan yang masih lagi ada menyimpan dendam pada mereka yang kita kasihi disekeliling kita....... |
| Leave a Comment: |