|
Setelah lebih seminggu kita dihuruharakan oleh media aliran perdana akan perihal IRC yang kemudiannya ditukar mejadi IFC, kini terjawablah sudah semua pertanyaan yang dinanti-nantikan. Persoalan yang menjawab tentang pendirian setengah pihak mengenainya. Pendirian jenis Islam yang dianuti mereka ini. Pernyataan-pernyataan yang dibuat telah langsung mengguris luka setiap hati orang mukmin dinegara ini. Pernyataan yang sememangnya telah diketahui oleh semua orang mukmin dinegara ini cuma menunggu masa sahaja ianya terkeluar dari mulut orang yang mengelar diri mereka pemimpin yang bijaksana. Kini sahlah halatuju apa yang tersirat didalam dada mereka dan apa yang mahu seterusnya mereka lakukan. Kenyataan pihak berkenaan semasa di Formation of IFC conference kelmarin berbunyi begini :'tidak ada penganut agama yang boleh menyatakan bahawa agama mereka adalah lebih baik daripada agama lain'. Ini sangat mengelirukan orang-orang Islam yang berpegang teguh kepada ayat-ayat Allah SWT telah berfirman yang bermaksud "Maka apakah patut Kami menjadikan orang-orang Islam itu sama dengan orang-orang yang berdosa (orang kafir). Mengapa kamu (berbuat demikian); bagaimanakah kamu mengambil keputusan. Atau adakah kamu mempunyai sebuah kitab (yang diturunkan Allah) yang kamu membacanya, bahwa didalamnya kamu benar-benar boleh memilih apa yang kamu sukai untukmu. Atau apakah kamu memperoleh janji-janji yang diperkuat dengan sumpah dari Kami, yang tetap berlaku sampai hari kiamat; sesungguhnya kamu benar-benar dapat mengambil keputusan (sekehendakmu) Tanyakanlah kepada mereka:"Siapakah di antara mereka yang bertanggung jawab terhadap keputusan yang diambil itu" Atau apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu? Maka hendaklah mereka mendatangkan sekutu-sekutunya jika mereka adalah orang-orang yang benar" (Al-Qalam: 35-41) Dalam satu ayat lain Allah SWT juga telah memberi amaran kepada kita yang bermaksud "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu". (Al-Baqarah: 120) Apa yang hendak diperkatakan disini bukan tentang boleh atau tidaknya kita bebrbaik-baik dengan orang bukan Islam, tetapi ialah peristiwa yang mempersoalkan tentang akidah kita terhadap Islam yang kita anuti. Selama ini pun kita tidak mempunyai masaalah besar untuk menerima orang bukan Islam yang duduk sekampung dengan kita. Malah mereka juga turut sekali sekala membersihkan surau dan masjid kita. Kita juga turut membakar mercun dan menghidupkan pelita dimusim perayaan tanpa merosakkan akidah kita. Tetapi kali ini apabila ada diantara kita telah menyamakan ugama Islam dengan ugama-ugama lain adalah perkara yang terlalu melampau. Kita sememang sudah dan boleh duduk berbincang di parlimen atau dikabinet bagi menguruskan pentadbiran negara yang terdiri dari rakyat yang menganut berbagai kepercayaan. Tidak pernah timbul persoalan kita tidak faham tentang apa yang bukan Islam anuti. Bahkan umat Islam dinegara ini adalah lebih memahami perihal ugama-ugama lain dari rakyat dinegara lain tentang ugama lain. Disebabkan pegangan yang kuat kepada Islamlah kita mempunyai daya toleransi yang tinggi untuk hidup aman saling hormat dan menghormati bersama dengan mereka. Cuma apa yang telah berlaku ialah ada dikalangan pemimpin dikalangan kita yang teramat jahil mengenai Islam yang kononnya mereka anuti. Mereka terlalu jahil untuk memahami konsep hidup bersama bukan Islam yang terkandung dalam tuntutan agama Islam. Pandangan mereka terlalu sempit seperti keadaan umat-umat yang terjajah dulu. Kemudian mereka ini terputar belit dimainkan oleh nafsu. Tidak mahu langsung merujuk kepada Al-Quraan dan hadis usahkan untuk memutuskan perkara atau isu mengenai pentadbiran negara, malah didalam membuat keputusan mengenai urusan pentadbiran agama dan umat Islam itu sendiri sering tidak dirujuk kepada tuntutanNya. Bob terlalu tersinggung mengenainya.......wallahu alam... |
| Leave a Comment: |