|
Semalam sekali lagi isteri bob pergi betugas diluar kawasan. Kali ini pergi menghadiri sebagai fasilitator bengkel satu pasukan kajian disebuah resort di Port Dickson. Beliau diarah untuk tugas itu dalam keadaan tergesa-gesa dan terpaksa memandu sendirian. Mungkin hari ini beliau akan pulang. Bob doakan agar beliau selamat pergi dan kembali Pada bob pula, mencari tempat penginapan dibeberapa lokasi pelancungan dimusim cuti sekolah adalah merupakan perkara yang memeritkan. Usaha untuk membuat tempahan perlu dibuat sejak awal lagi supaya tidak dikecewakan dengan ketiadaannya disaat-saat akhir. Tempahan seawal dua hingga tiga bulan sebelum ianya diperlukan. Mengapa terlalu sukar begini? Mungkin kerena jumlah penawaran bilik-bilik yang ada tidak mencukupi bagi memenuhi permintaan yang meningkat pada satu-satu masa puncak. Juga dengan harga yang agak murah jika didasarkan kepada nilai tukaran matawang negara lain yang berjiran dengan kita menyebabkan pelancung-pelancung dari negara-negara jiran ini membanjiri tempat-tempat begini. Tetapi pada kita harga ini masih tetap mahal bagi pelancung-pelancung tempatan seperti kita. Permintaan ini berttambah memuncak terutamanya ketika musim cuti sekolah dinegara jiran serentak dengan musim cuti persekolahan anak-anak kita. Pada ketika inilah ada terdapat pengusaha-pengusaha tempat seperti ini cuba menangguk diair yang keruh dengan mengenakan kadar-kadar yang tidak munasabah. Semalam bob berkesempatan untuk menyemak keadaan suhu dan cuaca dikawasan istirehat ditanah-tanah tinggi dinegara kita. Bob dapati suhu di Cameron Highland sangat sesuai untuk mengamit kita pergi kesana. Tempat ini dijangkakan mengalami suhu terendah sehingga lima belas darjah celcius dan suhu paling tinggi dua puluh empat darjah celcius sahaja. Manakala di Bukit Fraser pula suhunya adalah diantara lapan belas dan dua puluh tujuh darjah celcius. Sesekali dijangka akan disirami hujan. Walau pun begitu melalui tinjuan bob, didapati kebanyakan tempat penginapan ditempat-tempat begini telah pun penuh ditempah untuk musim cuti sekolah yang akan datang ini. Oleh itu peluang bagi yang datang dengan tiada menempah terlebih dahulu adalah tipis. Kita tinggalkan dulu cerita ini, mari kita baca bait ringkas mengenai kuih koci yang pernah kita dengar semasa kita kecil-kecil dahulu, "Kuih koci tiga segi Sememangnya kuih koci yang berbungkus dengan daun pisang ini berbentuk seakan tiga segi. Sangat sesuai untuk dimakan pada waktu makan petang bersama kopi pekat panas. Tetapi kini telah menjadi hidangan biasa jika kita menghadiri mesyuarat-mesyuarat tidak kira petang atau pagi. Ada juga orang merungut bahawa kuih ini tidak sesuai untuk ini kerena tepung yang membalut badan kuih ini adalah tepung beras yang melekit apabila dipegang. Jadi ahli mesyuarat terpaksa bermesyuarat atau meneruskan mesyuaratnya dengan jari yang melekit. Kemudian terpegang pensil dan kertas. Memang semua orang yang bermesyurat masakini kebanyakan mempunyai banyak gigi. Jadi tidak ada masalah bagi mereka, walaupun kuih ini sangat sesuai dimakan oleh orang yang tiada bergigi. Ini disebabkan kuih ini tidak perlu dikunyah dan ianya boleh ditelan begitu sahaja. Walau bagaimana pun kuih ini perlu dipotong yang kecil-kecil sedikit terlebih dahulu sebelum dilahap. Jika ditelan terus begitu sahaja setelah dibuka bungkusnya boleh menyebabkan kita tercekik dan terbelahak. Harus dingat, kita masih belum terdengar ada ahli mensyuarat yang maut kerena tercekik kuih koci. Kemungkinan itu memang ada kalau kita cuba. Runggutan juga berlaku kiranya inti kelapa manis didalam kuih ini selalu akan terlekat pada kerongkong dan dicelah-celah gigi. Jika ia terlekat pada kerongkong kita, ianya akan membuatkan tekak kita rasa perit dikerongkong dan terbatuk-batuk. Walau pun begitu ianya senang dibersihkan dengan meneguk air minuman seperti teh atau kopi tetapi sekiranya terlekat dicelah-celah gigi kita ini akan menjadikan satu masaalah rumit. Disepanjang mensyuarat kita terpaksa mengesip-ngesip gigi. Jika ianya kedengaran oleh orang-orang sebelah kita, ini akan menganggu penumpuan mereka kepada perbincangan. Terpaksalah pula kita menerima jelingan marah. Walau bagaimana pun kuih koci adalah kuih tradisional kita yang menjadi kegemaran bob. Jika bob pergi membeli kuih digerai-gerai, bob tidak akan melepas peluang untuk memilih kuih ini. Apabila sahaja bungkusan daun pisangnya dibuka, akan kelihatan kuih ini lembab berminyak-minyak yang menyebabkan bagaikan tidak tertahan-tahan untuk jari kita menyuapkannya kemulut. Bau tepung pulut berbaur daun pisang yang dikukus ini sudah cukup membuatkan air liur kita membuak-buak keluar menyambut kuih ini kemulut kita. Jangan ditanya pada bob tentang resepinya. Sebenarnya, bob hanya tahu makan kuih ini sahaja. Oleh itu jika ada kawan-kawan yang pernah membuatnya silalah berkongsi ilmu dengan kita semua. |
| BOB March 9, 2005 11:44 AM PST kuih untuk orang yang tak de gigi...ekekeke | ||
| sofe March 8, 2005 05:02 PM PST KUIH PEBERET SAYA TU....... | ||
| Leave a Comment: |