|
"Jika lurus kelindan, luruslah benangnya". Begitulah bidalan bahasa yang tepat ditujukan pada sifat utama seseorang pemimpin. Ianya mengambarkan betapa penting seorang pemimpin yang bersifat jujur dan tahu bagaimana hendak memimpin pengikutnya dengan baik. Jika berlaku sebaliknya, pengikut-pengikutnya akan terseleweng kerena mengikut jejak pemimpinnya yang tergelincir diluar landasan. Sebagaimana yang kita tahu, kepimpinan terdapat pada setiap peringkat. Pemimpin dirumah ialah bapa kita, pemimpin dikampung adalah terdiri dari berbagai pihak termasuklah ketua kampung, tuk imam, pengerusi dan AJK JKKK , wakil rakyat dan lain-lain. Manakala pemimpin kita diperingkat daerah, negeri dan negara adalah para pegawai dan menterinya. Kesemuanya adalah sama dan sebagai pemimpin mereka ini mestilah bertanggungjawab pada orang yang dipimpinnya. Apa yang hendak bob bicarakan disini ialah perkara yang menyentuh tentang sikap kepimpinan yang baik yang perlu ada dalam diri kita sendiri. Ini adalah kerena kita juga perlu memimpin diri kita sendiri dan kitalah juga sebagai pemimpin diri kita. Kepimpinan yang baik inilah yang membawa kita kearah hala tuju hidup yang selamat, makmur dan bahagia. Kepimpinan diri kita dalam satu hari ianya bermula sejak awal semasa kita bangun tidur lagi. Jika kita dikejutkan untuk bangun tidur samada terkejut dengan sendiri atau dikejutkan oleh orang, kita mestilah perlu memimpin diri kita untuk terjaga dan bangun. Ada juga orang yang dirinya tidak dapat melakukan usaha memimpin ketika ini. Mereka terus diulit kesedapan tidur yang berselimutkan mimpi. Ini mungkin berlaku kerena tabiat yang suka berlambat bangun tidur atau kerena seseorang itu tidak sihat. Amatlah malang jika sebab yang pertama itu menjadi amalan kita. Sehinggalah kita memimpin diri kita untuk membujuk mata supaya lelap ditempat tidur apabila tiba masanya.Kita perlu tidur ditempat yang bersih dan selamat kerena kita akan menyerahkan tubuh kita kepada keadaan yang kita tidak dapat mengawalnya disepanjang masa kita tidur. Ada orang yang langsung tidak dapat melakukan tugas memimpin ini sehingga ia tertidur didepan tv atau yang paling teruk terus terbungkang ditepi-tepi longkang dan ditepi-tepi jalan apabila berada dalam keadaan mabuk. Begitulah pentingnya peranan kita memimpin diri kita sendiri sebelum kita boleh memimpin orang lain. Persoalannya, bagaimanakah caranya yang harus kita lakukan supaya apa yang kita pimpin menuju kearah yang benar? Apakah tugas-tugas yang perlu dijalankan sebagai seorang pemimpin? Ia adalah menentukan kemana arah tujuan hidup kita dan orang yang kita pimpin, memikirkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk sampai kearah tujuan itu. Membuat keputusan-keputasan yang baik kepada diri kita, pada pengikut dan pada persekitaran kita.. Mempamirkan kebaikan yang kita buat supaya menjadi contoh kepada yang lain. Berkomunikasi dengan baik tentang perkara-perkara yang patut dilakukan bagi membimbing orang yang kita pimpin.Sentiasa memastikan pencapaian dicapai mengikut langkah-langkah yang telah dirancangkan. Juga sentiasa memberi panduan kepada yang dipimpin supaya berada dilandasan yang betul. Melaksanakannya tidaklah semudah seperti yang dikatakan. Tetapi ianya akan bermula dengan langkah yang pertama. Sebagai pemimpin diri kita sendiri, kita sememangnya berupaya melakukan tindakan diatas untuk kita mulakan langkah pertama tanpa melibatkan orang lain. Sejak dari mula bagun tidur seawal pagi tadi tanpa dibangunkan oleh sesiapa, kita telah mengarahkan diri kita untuk pergi kebilik mandi dan melakukan pembersihan diri. Sebagai seorang muslim kemudian kita akan terus ketikar solat untuk mendirikan solat subuh dan mengukir janji kepada Allah SWT untuk menjadi seorang hambaNya yang soleh, sekurang-kurang untuk sehari ini. Disini kita telah melaksanakan proses untuk menentukan tujuan, halacara, matlamat hidup kita untuk sehari ini. Ini bermakna kita telah pun bersedia menempuh hari ini dengan penuh yakin. Langkah-langkah lain seterusnya akan kita lakukan adalah berpandukan kepada janji kita tadi. Ini adalah bertujuan supaya kita sentiasa tidak tergelincir. Berbagai kaedah yang boleh kita pelajari untuk menyempurnakan perlaksanaan tugas-tugas kita ini. Berbagai teknologi yang canggih-canggih boleh kita pakai untuk memudahkan lagi ianya dilaksanakan. Kita harus ingat bahawa matlamat jangka panjang kita sebagai seorang muslim ialah apa yang kita lakukan semasa kita hidup dimuka bumi ini adalah untuk kesejahteraan kita diakhirat. Oleh itu disepanjang perjalanan hari penghidupan kita, mestilah kita berusaha mengutip dan mengumpul kebajikan dan membuang kemungkaran demi untuk mencapai tujuan itu. Kemudian apabila tiba waktu kita hendak masuk tidur pula kita mestilah menilai semula apa sahaja tindaka-tindakan kita disiang tadi samada kita masih dilandasan yang betul atau tidak. Darinya kita dapat menentukan matlamat hidup kita untuk esuk hari. Mudah sahaja untuk memahami konsep kepimpinan diri sebelum kita dikatakan layak untuk memimpin orang lain. Jika perkara-perkara ini pun kita tidak mampu untuk melakukannya, janganlah kita boleh mendabik dada mengatakan kita ini seorang adalah seorang pemimpin. Nanti kita akan dilihat oleh pengikut kita seperti kebanyakan pemimpin sekarang ini seakan bapa ayam yang " mulut berkokok, ekor bergelumangan tahi". |
| Leave a Comment: |