Entry: Mencari Kaki Pelangi 3 Mar 10, 2005





                       ......mat rempit sedang menunggu mas untuk beraksi......

Bila terdengar satu statistik mengatakan bahawa secara puratanya setiap hari pihak polis telah mengeluarkan kira-kira sepuluh ribu saman lalu lintas diseluruh negara, ianya terus terlintas dikepala bob tentang betapa buruknya sikap kita yang tidak mahu patuh kepada peraturan. Setiap hari pula pihak polis kini berjaya memungut kira-kira satu juta ringgit dari pesalah yang melakukan berbagai kesalahan lalulintas. Tahun ini pula adalah dijangkakan bahawa pihak polis akan mengutip kira-kira empat ratus juta wang saman dari pesalah-pesalah lalulintas iaitu sekali ganda dari tahun lepas ia itu kira-kira dua ratus juta ringgit. Angka-angka ini adalah merupakan gambaran yang tidak baik melanda tabiat dalam diri kita masing-masing. Kejayaan ini hanyalah dipihak polis dalam melaksanakan tugasnya memungut denda dan menghukum pesalah, tetapi dalam keadaan sebenarnya adalah satu petunjuk yang menggerunkan terhadap keruntuhan moral rakyat.

Mengapa keadaan peningkatan sebegini berlaku? Walhal sepatutnya dengan tahap pendidikan dan kesedaran kepada kepentingan kesejahteraan hidup yang semakin tinggi dikalangan penduduk negara kita, perkara ini tentunya semakin akan menurun dari masa kesemasa. Ada yang mengatakan kerena dendanya terlau rendah dan tidak mengikut keadaan semasa. Ada juga berpendapat bahawa pesalah atau orang yang hendak melakukan kesalahan tidak sedar-sedar diri.

Kita ambil sahaja contoh seperti penunggang-penunggang motosikal yang menyertai lumba haram. Mereka ini tahu bahawa tentang betapa bahaya dan akibat yang serius mungkin ditanggung oleh mereka jika berlaku kemalangan ia itu kecederaan atau kecacatan kekal dan kemungkinan besar kematian. Mereka juga tahu bahawa aksi-aksi mereka itu boleh mendatangkan akibat yang buruk kepada pengguna jalanraya yang lain. Tetapi mereka sanggup mengambil risikonya, kenapa? Ini adalah kerena mereka tidak sedar apakah tujuan mereka hidup dimuka bumi Allah SWT ini. Kenapa mereka tidak sedar? Akibat dari mereka ini tidak pernah disedarkan, bahkan mereka ini terus dibuai dengan dengan agenda-agenda harian yang bersorak supaya mereka hidup dalam suasana berlumba-lumba, menunjuk-nunjuk, bermegah-megah, berbising bingit dan lain-lain perkara negatib.

Cuba kita lihat pada acara-acara sukan xtream yang sangat digalakkan dan dipopularkan pada waktu ini. Mungkin nilai yang didapati dari mereka yang melibatkan diri dalam sukan-sukan jenis ini adalah untuk mempertikatkan daya tahan diri. Tetapi hakikatnya ia membawa kepada kesan sampingan yang mengkibatkan pengujudan satu generasi yang tidak sayang nyawa dan hilang punca kenapa nyawa dan jasadnya diberi pinjam didunia ini. Bob bukanlah tidak setuju pada emua sukan lasak jenis ini, tetapi generasi baru patut memilih yang baik dan bermunafaat. Sukan yang berunsur strategi dan semangat berkumpulan seperti pemainan paintball misalnya, ianya lebih memberi kebaikan. Tidak seperti "bebudak" yang beraksi akrobatik dengan skateboard yang hanya menguntungkan pembuat atau pengeluar peralatan itu sahaja.

Persoalannya siapakah yang telah memimpin mereka ini untuk membuat pilihan? Kita sebagai generasi pemimpin masakinilah yang bertanggungjawab terhadap kekalutan kerena salah pilihnya gaya atau nilai hidup mereka ini. Sebagai contohnya, sebagai pengusaha pengeluar kereta, kitalah yang mengeluarkan kereta yang mempunyai rekabentuk yang lebih laju dan enjin yang lebih agresif. Sukan-sukan lumba kereta dan motor diagung-agungkan bagaikan satu agenda nasional yang amat besar. Kita harus tahu, apa yang berlaku dilitar Sepang ia juga berlaku djalan-jalan raya lain malah dijalan tanah merah dibatas sawah. Kita pernah berbangga dengan pencapaian Piala Thomas satu masa dulu sehingga menjadi satu perkara yang menghairankan jika sesebuah kampung itu tidak mempunyai persatuan dan gelanggang baminton. Oleh itu luapan semangat untuk mencuba dapat dilepaskan disini. Bagaimana pula bagi sukan lumba motor dan kereta?

Kita terus membujuk mereka melalui media dan menanamkan luapan ini hingga menyebabkan mereka menyalurkannya kepada pilihan yang tidak bermunafaat. Sebagai contohnya, seperti beraksi akrobatik dengan skateboard, berwili kesekolah dengan basikal bmx dan mengganggu ketenteraman orang yang sedang bersantai dipantai dengan jetski dan banyak lagi aktiviti jenis ini yang sedemikian rupa.Terlahirlah luapan tadi melalui aktiviti sebegini yang berakhir dengan rasa menjadi jaguh. Aktiviti-aktiviti ini pulalah yang selalu kita galakkan secara sengaja atau tidak sengaja.

Tidak hairan juga ada mereka yang memilih jalan raya sebagai tempat melepaskan tuntutan ini. Tuntutan yang ditanggung oleh setiap peringkat ahli masyarakat dari gulungan bebudak, remaja, dewasa, gulugan tua, lelaki dan perempuan. Jalanraya yang perlu digunakan dengan baik dan teratur menjadi gelanggang. Atas desakan luapan perasaan tadi peraturan yang diadakan sering dilanggar atau tidak diendahkan. Tabiat ini juga dianggap sebagai satu cabaran yang memerlukan jaguh. Apabila semua ingin menjadi jaguh, tidak hairanlah statistik pelanggaran undang-udang ini kian meningkat setiap hari.

   8 comments

prihatin
August 8, 2006   05:19 PM PDT
 
remaja zaman ini terikut2 perasaan.
kenapa mrk harus berlumba walupun krjn(polis) tetap sering memantau.mungkinkah salah rakan!
bagi saya tak mungkin.mana peginya otak dan akal yg dikurniakan oleh allah!alasan yang di berikan oleh kbykn remaja tak berasas..tak kira lah berapa kali polis memantau.tetapi kesedaran itu harus wujud dari diri remaja itu sendiri
Name
April 23, 2006   02:38 PM PDT
 
KENAPA BODOH NO POLIS ZAMAN SEKARANG MACAM GINI PUN TAK BOLEH BUAT NAK JADI BANGSA APA HIDUP KITA MESTI ADA MAT REMPIT BASIKAL DAN MOTOR
Name
April 23, 2006   02:38 PM PDT
 
KENAPA BODOH NO POLIS ZAMAN SEKARANG MACAM GINI PUN TAK BOLEH BUAT NAK JADI BANGSA APA HIDUP KITA MESTI ADA MAT REMPIT BASIKAL DAN MOTOR
pep 5967
March 26, 2006   04:08 PM PST
 
hati punya suka
Name
October 11, 2005   02:12 PM PDT
 
dasfdsfds
hudhud
September 26, 2005   04:30 PM PDT
 
remaja sekarang lupe diri.mrk x ingat akan akibta perbuatan mereka slm ni.klu dh terhantuk br terngadah...
BOB
March 14, 2005   09:53 AM PST
 
Hi Hana, inilah persoalan pokok yang menjadi asas kepada berlakunya perkara-perkara pelik yang sanggup dilakukan oleh remaja. Yang tua pun juga terikut-ikut...sampai hilang rasa takut menempuh hari pembalasan. kalau dah nyawa sanggup digadaikan, apa lagi dengan rasa taqwa, iman dan akidah yang mudah sahaja untuk digadaikan demi keseronokan didunia bukan untuk akhirat
Hana Kirana
March 13, 2005   01:58 PM PST
 
Org zaman sekarang mungkin rasa nyawa terlalu murah sehingga sanggup menggadai nyawa sendiri untuk kepuasan diri sendiri...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments