|
.......siput babi....... Selesai sahaja kami menghabiskan makanan kami, tiba-tiba seorang pelayannya datang dan terus meminta izin untuk mengambil pinggan kami kembali, walhal air yang kami minum masih belum dihabiskan lagi. Setelah beliau pergi isteri bob pun berbisik kepada bob sambil berkata "marilah kita pulang segera, pelayan itu telah pun memberi isyarat menyuruh kita bangun". Bob pun terfikir dan terus bingkas kekaunter membuat bayaran dan berlalu dari situ. Pagi tadi semasa memandu ketempat kerja sebuah kereta kembara berwarna hitam telah dengan tiba-tiba memotong kereta bob dengan cara yang agak marah. Semasa kereta itu berada seiringan dengan kereta bob, bob sempat melihat dari anak mata bob yang pemandunya memandang tepat dengan muka yang tidak puas hati kearah bob. Hati bob berkata, agaknya beliau marah kerena bob tadi tiba-tiba sahaja menekan berek kecemasan kerena mengelakkan lubang ditepi jalan. Ini membuatkan beliau turut memberek kecemasan. Dari bahasa muka yang telah ditunjukkannya itu tentu dia marah kepada bob yang tiba-tiba menyebabkan adrenalinnya pada waktu pagi sebegini memuncak. Bob tidak hairan dan menghiraukan orang yang seperti ini dan dia patut berbuat demikian. Kita tahu bahawa bahasa adalah gambaran budi yang terbitkan melalui berbagai saluran. Manakala budi pula adalah apa yang terkandung didalam hati seseorang. Melalui percakapan, bahasa badan seperti mimik muka, tulisan dan bacaan, musik, lukisan, seni tari, perbuatan atau tindakan dan isyarat-isyarat perhubungan yang lain. Melalui percakapan pula kita tahu ianya disalurkan dengan berbagai saluran yang banyaknya tidak boleh kita jumlahkan. Sebagai contohnya, pada pagi tadi lapuran di RMKL mengatakan ada kesesakan lalu lintas berlaku di Jalan Duta. Ini disebabkan terdapat sebuah kereta rosak disitu. Pernah pada satu masa dulu terdapat juga kereta rosak di Jalan Duta, tetapi ia membawa maksud yang lain. Oleh itu bahasa yang digunakan juga mengikut dimensi masa, dimana perkataannya sama tetapi berlainan penerimaan jika dimasa yang berlainan. Seorang jiran menanam sedikit sayur-sayuran didalam pagar dihadapan rumahnya. Setiap petang beliau akan memerhati, membaja, merumput kebun kecilnya itu. Pada satu satu petang jiran sebelahnya menegur kenapa bebrapa pokok sayurnya itu hilang. Sambil bersahaja beliau menjawab "sayur saya ni dimakan siput babi". Tetapi jika dia menjawab begini "sayur saya ni dimakan siput, .....babi" tentu sahaja berlaku pergaduhan antara keduanya. Ini adalah kerana sesuatu ayat itu boleh berubah maksudnya jika kita mengubah cara kita menuturkannya. Oleh itu dimensi cara kita bertutur juga adalah diantara satu saluran bahasa untuk melahirkan budi. Timbul masalah bagi orang yang ditujukan bahasa ini tidak faham atau tidak peka tentang isyarat-isyarat yang diberi. Bertambah buruk lagi jika ada unsur kurang sabar diantara kedua pihak. Seperti membunyikan hon apabila kereta dihadapan kita yang kita rasa dia tidak perasan lampu trafik sudah lama hijau. Selalunya orang ini akan marah, kerana mungkin dia ada sebab lain yang melambatkan dia menggerakkan keretanya. Apa yang dia faham ialah kita yang tidak sabar atau perangai kita yang suka membunyikan hon tidak kena tempat. Salah faham tentang makna bahasa inilah yang sering menyebabkan konflik dan berakhir dengan sesuatu yang buruk. Satu lagi contohnya ialah apabila kita membunyikan hon kereta untuk menarik perhatian kawan kita yang berada didalam kereta disebelah kita, tetapi disalah ertikan oleh pemandu kereta yang berada dihadapan kereta kita. Atau menyalakan lampu besar kepada kereta yang berada disebelah jalan yang berlainan arah dilebuhraya untuk memberi isyarat adanya perangkap had laju dihadapan mereka. Tetapi ini disalah ertikan oleh kereta yang berada dihadapan kita. Tentunya pemandu dihadapan kita mengangap keretanya sudah tidak cukup laju walau pun speedometernya sudah menunjukkan lebih dari seratus dua puluh kilometer sejam. Akibatnya kita akan bergaduh dan seterusnya kepala kita boleh hilang dipenggal. Oleh yang demikian, perlulah kita berfikir terlebih dahulu sebelum kita berbahasa, tidak kiralah melalui saluran mana yang kita hendak gunakan supaya tidak disalah tafsirkan oleh pihak yang menerimanya. Fikir-fikirkanlah..... |
| BOB March 24, 2005 05:03 PM PST eh wynn.....tentu sekali bukan..kalu wynn, bob akan bagi flying kiss je... | ||
| Wynn March 22, 2005 06:35 PM PST Err.. pemandu Black kembara tu bukan saya kan??? | ||
| Leave a Comment: |