|
...........Korg musik workstation model Triton yang diburui........ Bob sendiri mempunyai sebuah synthesizer jenis rak O5R/W buatan Korg dan sebuah keyboard AV Wavestation Korg yang bob sering gunakan distudio bob. Memang tidak dapat dinafikan kedua-duanya mempunyai "bank" bunyi yang sangat bermutu dan fungsi alatnya yang sangat banyak dan luas. Ini menyebabkan bob tidak jemu-jemu meneroka kupayaan alat-alat ini dari masa kesemasa. Oleh kerena itu, harga alat yang berjenama ini sebenarnya adalah mahal dan bob hanya mampu memilikinya dengan membeli alat-alat ini dari kedai menjual barangan terpakai sahaja. Jenama Korg ini adalah berasal dari nama K dan organ yang digabungkan menjadi Korg. Manakala "K" pula adalah singkatan dari syarikat pembuat alatan ini pada permulaanya ia-itu "Keio" yang ditubuhkan dalam tahun 1963. Nama syarikat ini pula adalah gabungan dari dua nama pengasas syarikat yang berasaskan dengan inovasi teknologi tinggi musik ini ia-itu En. Tsutomu Katoh dan En. Tadashi Osanai. Sebagai ciptaan pertama mereka telah mencipta dan mengeluarkan mesin "rythm" bernama "Donca matic". Seterusnya beratus-ratus model alat synthesizer dan keyboard dicipta sehinggalah sekarang ini. Alat-alat yang mereka cipta adalah alat yang terlalu canggih sehingga ada yang mendahului zaman seperti workstation musik bersiri model "Triton" yang menjadi buruan pemusik-pemusik profesional pada masa ini. Salah satu alat yang pernah mengemparkan dunia musik adalah "Workstation M1" nya keluaran tahun 1988 yang masih popular dan dikagumi sampai sekarang.
Itulah serba ringkas mengenai pengeluar teknologi canggih ini. Tetapi apa yang lebih menarik untuk bob ceritakan disini ialah tentang erti kejayaan teknologi yang sangat dibanggakan oleh En Katoh sendiri. Apabila ditanyakan apakah barangan ciptaan musik yang menjadi kebanggaan disepanjang empat puluh tahun pembabitan beliau dalam bidang berteknologi tinggi ini. Beliau memberi jawapan yang sungguh mengejutkan dan bob percaya ramai pemusik yang mengenali jenama Korg ini juga akan terperanjat. Beliau merasa teramat bangga dengan ciptaan sebuah alat penalaan nada musik atau "tunner" model WT-10 nya yang cuma berharga hanya US$67. Berbanding dengan alat-alat canggihnya yang lain berharga hingga lebih US$5,000 sebuah. Mengapa pula alat ini yang dibanggakannya?. Sambil merenung kembali, beliau menceritakan bahawa pihaknya telah mengambil masa lima tahun penyelidikan sehingga tahun 1975 barulah alat ini dapat dikeluarkan. Ia dicipta untuk kegunaan murid-murid sekolah dan kumpulan brass band untuk mendapat talaan bunyi yang tepat bagi alat-alat musik mereka. Sebelum itu mereka terpaksa membuat talaan secara pendengaran sahaja. Jika adapun alat talaan berbentuk alat "strobos" yang ada pun cuma terdapat dimakmal musik yang tiap satunya berharga kira-kira US $3,350. Oleh itu dengan adanya alat talaan WT-10 yang mudah alih ini, ia memberi satu penyelesaian masalah pada gulungan-gulungan berkenaan yang dapat menala bunyi alat musik mereka dibilik-bilik darjah dan dipadang-padang sekolah. Beliau telah menerima banyak surat dari sekolah-sekolah menyatakan terima kasih mereka diatas inovasi alat ini. Inilah yang membuat beliau rasa sungguh kagum dengan ciptaannya itu. Apa yang kita dapat pelajari disini adalah tentang ciptaan atau inovasi yang dapat memberi benar-benar menafaat kepada kelompok yang benar-benar berkeperluan dan sudah tentu menghargainya. Oleh itu apa sahaja pembaharuan yang kita cipta hendaklah difikirkan kesan daripada penggunaannya samaada dapat membawa munafaat kepada umah. Bukan pakai hentam sahaja atau kerena kecanggihan dan menyimpan maksud dengan harapan supaya pengguna yang mesti berubah dan belajar untuk menggunakan ciptaan kita atau mengikut apa yang kita mahu. |
| Leave a Comment: |