|
Pada hari minggu yang lalu semasa sibuk menghadapi sarapan pagi, bob berpeluang menonton persembahan dari artis-artis tahu 60an ditv. Artis-artis dari Johor yang sangat popular pada era itu seperti A Halim, S Mariam dan Orchid telah sempat menyanyikan beberapa buah lagu popular mereka. Lagu-lagu seperti "Kisah dan Tauladan" nyanyian A Halim sudah cukup dirasakan dapat melepas rindu kepada peminat-peminat lagu 60an yang kini rata-rata sudah berusia lima puluh tahun keatas. Bob lagi terpegun melihat betapa cekapnya kugiran pengiringnya mereka ini yang sangat berjaya menghidupkan irama berkenaan. Pemain gitar utamanya, pemain drum, pemain gitar bass dan pemain organnya sememangnya benar-benar dapat sentuhan era berkenaan. Walau pun alat yang digunakan agak lebih mersik dari yang dulu tetapi dengan kematangan yang diraih dari usia ahli-ahli kugiran ini dapat mengekalkan keasliannya. Bob percaya ada diantara mereka ini sememangnya pernah menjadi ahli kepada kumpulan-kumpulan terkenal seperti D Fiction, The Wonderes, Orkes Nirwana dan lain-lain kerena sentuhannya amat asli sekali. Pada satu masa dulu bob pernah juga beberapa lama bermain musik bersama satu kumpulan dengan Allayarham M Sharif yang sangat terkenal dalam usaha beliau menghidupkan kembali irama 60an ini. Ia itu semasa sebelum beliau menumpukan dalam usahanya itu. Tetapi pada pendapat bob, petikkan gitar dan irama M Sharif lebih kepada hanya kesinambungan era itu. Tidak seperti yang bob tonton pada hari minggu itu yang benar-benar kekal dengan sentuhan 60annya. Walau bagaimana pun M Sharif adalah pemain gitar yang handal sehingga digelar "Fender Man of Malaysia". Beliau boleh menyanyi sambil jarinya memetik solo seakan penyanyi-penyanyi jaz terkenal antarabangsa seperti BB King dan George Benson. Begitu juga pemain trumpet terkenal tanah air Syed Agil yang sama seperti dengan Louis Armstrong. Bagi pemain Keyboard pula kita lihat ramai pemusik kita yang mempamirkan bakat mereka ditepi-tepi jalan TAR. Sesekali bob terfikir jika mereka ini diberi perluang mungkin mereka juga sangat berbakat seperti yang ada pada Ray Charles dan Steve Wonder. Apa yang membezakan ialah lagu mereka ini selalunya lagu sedih tidak seperti penyanyi dan pemain lagu barat itu agak rancak dan bertenaga. Begitu juga pada satu masa dulu dimana pemain dan penyanyi solo gitar latin kita Alfred How yang boleh digandingkan dengan Jose Feliciano yang sangat popular walau pun mereka ini semua cacat penglihatan. Kesimpulannya yang bob hendak ceritakan disini, ialah kita sememangnya kaya dengan artis-artis kita sendiri yang patut kita banggakan. Seperti artis era tahun 60an yang lebih dikenali dengan pop yeh-yeh yang telah berjaya mengurangkan tekanan budaya dari kemasukkan gejala The Beatle dan irama Rock n Roll pada zamannya. Kita juga lihat dan dengar ramai artis-artis kita seperti yang bob ceritakan diatas yang dapat melakukan apa yang dilakukan oleh artis-artis terkenal antarabangsa yang lain. Mereka ini sebenarnya telah banyak berjasa kepada pembentukan rasa seni masyarakat kita dinegara yang berbagai kaum ini. Sebenarnya banyak yang boleh kita perkatakan tentang ini. Tetapi untuk kali ini biarlah setakat ini sahaja dulu kita kenangkan. Mungkin dilain kali kita boleh sambungkan lagi kisah perkembangan irama musik tanah air kita ini. Beberapa soalan akhir dari bob, ada sesiapa yang kenal dan masih ingat lagi kepada Sayed Agil dan Alfred How? Mungkinkah kita sudah lupa pada Allahyarham Hamzah Dolmat, AR Azmi dan Taib Othman? Siapa pulak nama-nama seperti Saiful Bahari, Johar Bahar, Tony Soliano, Guz Tine, Datuk Johari Salleh, Ramli Salleh, Wan Salman, Ahmad Wan Yet, Kasim Masdor, S Atan dan......... |
| Hang Mokhtar January 26, 2009 11:50 PM PST Ini orang lama ni ka;au bob nak sembang pasal pemuzik lama jom kita bual Tq | ||
| Rohani March 26, 2006 09:12 PM PST Saya amat gemar lagu Wan Salman "Malam bulan sedang mengambang ..." B'mana boleh saya peroleh lagu itu? Juga lagu2 anake gronloh. Sukar nak dapat dari internet atau dikedai. Emel saya general_email8@hotmail.com | ||
| nd April 13, 2005 05:55 PM PDT good..aku kongsi minat dgn ko..aku pun ade band 60'an..slalu main kat umah org kawin..bapak aku pun join same.. | ||
| Leave a Comment: |